Barangan antik

Sebut je barangan antik automatik membayangkan barangan tu dah berkurun lamanya. Lama dari segi usia barangan tersebut. Alhamdulillah, pergi ke Pesta Kaul Mukah pada Sabtu lepas, memberikan pengalaman berharga bila dapat menyaksikan dan menyentuh barangan antik dengan jari aku sendiri. Keting-keting je bunyi barang bila berlaga.

Barangan antik
 Radio lama
Radio antik macam ni selalu tengok dalam cerita P.Ramli.

Barangan antik
Basikal tua

Barangan antik
Yang ni dipanggil apa? Ianya terhasil melalui tembaga. Barangan lama jugak. Antik!

Barangan antik
Jam antik

Barangan antik
Seterika antik
Nak pakai seterika ni kena letak bara arang dalam tu, baru digosok ke kain. Antik sangat! Ni kalau masih dipakai zaman sekarang, sure renyuk-renyuk je baju aku pakai. Hihi.. Malas bebeno nak buat cara manual dan tradisional macam ni. Alhamdulillah, teknologi makin berkembang.

Barangan antik
Alat pemadam api antik
Yang ni aku musykil, macam mana nak padam api pakai benda tu. Dah la bahan dia logam, sure berat nak angkat.

Terpegun tengok barangan antik. Ye la barangan yang kita jarang jumpa. Otal ligat berfikir cara kehidupan orang dulu-dulu bila melihat barangan antik macam ni. Nasib baik ada di pamerkan kat Pesta Kaul Mukah. Boleh mengetahui sejarah orang dulu-dulu. 

17 comments

Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

sekarang ni berharga sangat tau

Assalamualaikum yangg, sheila suka barang antik! bestnya. kalau papa tengok ni, mau dia borong semua. hehehe singgah menabung inti sini~~~

salam. suka tengok barangan antik..unik..tak sama macam barangan yang ada sekarang ni :) lagi satu barang antik lebih tahan :)

wa.. klu di perak benda2 cmni blh cri stiap hari ahad di lokin, pekan ipoh..

radio dan seterika lama tuh masih ada lagi di rumah arwah tok..
husna tak berapa minat sgt dgn barangan antik nih.. rasa mcm menyemak rumah..:p

Kalau kumpul boleh buat muzium mini nie :)

Basikal Tua tu mengimbas kembali zaman kanak2 dulu Fuza belajar naik basikal Arwah atuk. Jenuh jatuh. Tapi sekarang dah terer..hehe

Suka tengok seterika tu...teringat kat kampong dulu2 :)

suka tgk brang antik...ada value yang x kan ada pada benda lain...huhu

kalo ada brg2 ni mmg dijaga dgn sebaiknya.. antik kot.. mana nk dpt lagi..kan...

Saya pun suka tengok brg2 antik... back to the past... :)

Barangan antik tinggi nilainya..penah tengok jam antik ja kt umah arwah atok dulu..sekarang dah tak pasti kt mana ia berada..


EmoticonEmoticon