Sinopsis Novel Black Widow Karya Raja Azmi
Black Widow
mengisahkan seorang wanita cantik bernama Mas Ayu. Penampilan Mas Ayu begitu
anggun dan mempesonakan, juga seorang yang berfikiran terbuka. Mas Ayu adalah
anak luar nikah hasil hubungan sulit Aton, ibunya dengan Agus, seorang pemuda
misteri yang pernah muncul dalam hidup Aton.
Gambar asal novel Black Widow yang dikeluarkan pada tahun 1993
Mas Ayu, seorang pramugari dan
berkawan dengan ramai lelaki tetapi seorang demi seorang lelaki yang
didampinginya menemui ajal secara misteri, sama seperti Pak Dek dan Dollah yang
juga mati kerana Aton. Aton yang cuba menghalang peristiwa serupa yang menimpa
dirinya daripada terjadi kepada anak perempuannya, Mas Ayu. Aton berusaha
mengubati Mas Ayu menggunakan ubat kampung.
Dalam masa yang sama Mas Ayu mencintai
dua orang adik-beradik iaitu Imran dan Jalil. Mas Ayu terperangkap lalu
berkahwin dengan Jalil, adik Imran. Di hari perkahwinan mereka, Aton sedar yang
Mas Ayu sebenarnya lebih mencintai Imran dari Jalil sama seperti dirinya dulu
yang lebih mencintai Agus, bukan Dollah.
Apakah yang menjadi punca kematian lelaki
yang mendampingi mereka? Adakah kerana suratan takdir, kebetulan, keturunan
atau sumpahan? Ikuti kisah selanjutnya menerusi novel karya hebat Raja Azmi berjudul Black Widow.
Gambar Novel Black Widow Penulis Raja Azmi
Harga novel RM21.00
Kontroversi Novel Black Widow
Novel
Black Widow dihasilkan sekitar tahun 1993, selepas 22
tahun barulah novel ni dibenarkan dijual di pasaran secara terbuka. Mengapa? Dikatakan
dalam novel Black Widow ni ada
berunsurkan seksual. So, nak tahu apa kisah yang terkandung dalam novel ni,
dapatkan segera di kedai buku.
Raja Azmi mempromosi novel Black Widow di Pesta Buku baru-baru ini
Filem Black Widow Wajah Ayu Diadaptasi Dari Novel Black Widow
Rupanya novel ni pernah dijadikan
sebagai filem. Baru tahu! Tajuk filem tu Black
Widow Wajah Ayu. Mesti jalan cerita filem ni menarik, baca dari sinopsis
novel ni pun dah tahu best.
EmoticonEmoticon