Siapa
ada akaun Instagram? Angkat tangan! Yeah, kita geng. Aku pun baru memiliki
akaun Instagram gak bermula tahun lepas (2014). Jom jadi member aku kat Insta. Follow
as friend kat sini: INSTA Yumida. Terima
kasih :) Sejak dulu-dulu lagi aku blur tak tahu macam nak ambil gambar kat
Instagram kasi save dalam handphone. Berpuluh kali klik kat gambar konon-konon
nak download a.k.a muat turun gambar Instagram tapi hampeh. Tak dapat! Rupanya aku
baru tahu nak download gambar kat Instagram kena install aplikasi kat telefon
pintar.
Terima
kasih banyak-banyak buat blogger Jia
Rizaira pasal sediakan entry khas: Cara
mudah download gambar di Instagram. Aku dah try tadi, memang menjadi! Dah dapat
dah nak download foto kat Instagram. Horrey! Jom terjah cara muat turun gambar
di Instagram. Cara ni khas buat pengguna peranti
Android je tau.
Cara Download & Save Gambar Di Instagram
1. Pergi
ke Google Play Store taip aplikasi Insave.
Kemudian akan keluar aplikasi tersebut, klik aplikasi tu dan terus muat turun
kat telefon pintar korang. Ataupun boleh ke link ini: Install
aplikasi Insave
Aplikasi INSAVE untuk ambil dan save gambar Instagram
2. Pergi ke Instagram dan pilih gambar yang kita nak download tu.
Contoh macam aku berkenan kat gambar yang dikongsi oleh TV3 Malaysia.
3. Kat gambar tu, skrol bawah sikit dan korang akan jumpa 3 titik, klik kat 3 titik tu dan pilih copy share URL.
4.
Buka aplikasi Insave kat handphone kita, url gambar yang kita copy
kat Instagram tadi automatik tersedia ada kat situ, korang hanya perlu klik
button paste & download.
Sangat mudah nak save gambar Instagram guna Insave
5. Tunggu paparan gambar selesai loading, kemudian klik button SAVE.
Gambar akan masuk ke dalam galeri handphone di bawah folder INSAVE. Selesai! Gambar di
Instagram berjaya di download!
Gambar yang berjaya dimuat turun menerusi Instagram
Ini adalah
contoh gambar yang aku berjaya ambil di Instagram TV3 Malaysia, lepas save gambar
tu aku repost balik kat IG aku.
Save gambar di Instagram menerusi PC
Nak save
gambar di Instagram kat pc (laptop) pun susah, sebab tak dapat download secara
direct. Kena buat cara manual iaitu dengan printscreen
gambar kat Instagram, kemudian paste kat software paint.exe. Baru dapat save gambar Instagram tersebut di laptop. Leceh,
sebab banyak kerja, nak crop bagai. Dengan aplikasi
Insave ni memudahkan kerja nak muat turun gambar di Instagram.
4 comments
wah, saya pun baru tahu ada app ni kat phone. Tq kak :)
oo..saya guna iconosquare kalau nak download gmbr kat instagram
wow. saya screen capture je. hihi
kalau guna PC printscreen je la cara plg sng kan...hehe
EmoticonEmoticon