Ambil Iktibar Nahas Duke - Jadilah Pemandu Berhemah
Kisah 3 sekeluarga yang maut di Lebuhraya Duke benar-benar meruntun hati kita. 2 kanak-kanak kini bergelar yatim piatu. Ibu, adik dan ayahnya maut di tempat kejadian.
Kes lumba
kereta yang dikatakan punca kepada terjadinya kemalangan ini. Kes ini masih
lagi dalam siasatan polis, moga dipermudahkan urusan polis mencari punca nahas
ini berlaku.
foto nahas Duke
Terdengar
sahaja berita menyedihkan ini, pastinya hati kita turut sakit sama. Benci pada
sikap pemandu yang mementingkan diri di jalan raya, benci pada pemandu yang
mengundang bahaya pada pengguna jalan raya yang lain. Marah..semestinya kita
marah pada orang sebegini.
Ambil Iktibar Nahas Duke - Jangan Jadi Pemandu Minta Puji
Ambillah
iktibar daripada nahas Duke, kadang-kadang kita tak sedar dalam diri kita
tersemai sikap sebegini secara tak sengaja. Orang pandu laju, kita pun nak pandu laju. Ada kereta member di hadapan,
kita pun nak show off sambil tekan minyak, tekan hon, meluru laju ke hadapan. Tanpa
kita tahu apa risiko yang ada di depan. Sikap menunjuk-nunjuk semasa memandu,
buangkanlah! Tak guna nak disimpan.
Nak tunjuk
kereta kita lebih laju? Lebih bising? Lebih banyak asap? Konon-konon nanti
orang puji la, ‘wah hebatnya ko drive, laju bangat!’. Ooo suka minta puji
rupanya..
Pujian
tu tak guna kalau ia melibatkan nyawa kita yang melayang. Tak pun ia meragut
nyawa orang lain di jalan raya. Bawa-bawalah sedar diri. Merenung jauh ke dalam
diri. Memandu dengan berhemah buat hati lebih tenang. Rasa lebih selamat.
Menjadi orang yang prihatin dengan perkara sekeliling.
14 comments
sedih bila ingat kisah ni
betul tu..sampai sekarang ni pun akak masih tak boleh nak dengar cerita pasal dua beradik yatim piatu...sedih teramat sangat...moga menjadi iktibar kepda pemandu² lain..akibat kecuaian kita,orang lain yang menjadi mangsa
sedih kan
segelintir masih tak sedar...nyawa itu
Singgah pagi...
Sama² la kita menjaga keselamatan diri dan org lain...
tula..moga kita semua ambil ikhtibar
itu yg terbaik
dijadikan iktibar
semai kesedaran dlm diri..menjd pemandu berhemah
nahas duke jd iktibar buat semua
terutama yg berjiwa muda..
isu semasa kena ambil tahu. dri situ kita blh belajar memperbaiki diri kita. mcm nahas ni, kita jdkan iktibar. pengajaran buat kita semua bergelar pemandu.
al fatihah buat arwah mangsa nahas duke
Alfatihah utk mangsa. Semoga yang bertanggungjawab tu insaf. kesian anak kecil arwah jd mangsa keadaan.
btw, jemput singgah and follow kalau sudi blog saya :)
http://nanuenchoding.blogspot.com
ye,patutnya semua orang kena ambil iktibar daripada kes ni,bukan menangguk di air yang keruh,ambil kesempatan mengeruhkan keadaan.
ya sgt2 kesian pd anak yg jd yatim piatu tu. setiap org harus bertggjwb pd tindakan masing2. sama2 kita tunggu hasil siasatan pihak polis.
al fatihah
x dinafikan ada yg bersikap mcm tu
menangguk di air yg keruh
kita ambil dri sudut positif, belajar menerusi kisah org lain, dijdkan iktibar n pengajaran
EmoticonEmoticon