Program My Best Buy

Program terbaru iaitu My Best Buy kini diperkenalkan. Ianya baru dilancarkan, khabarnya program ni mendapat sambutan hangat! Ye la, sape tak suka beli barangan dapur dan barangan keperluan harian dengan harga yang jauh lebih rendah! Untung la mereka yang bershopping di gerai yang melaksanakan Program My Best Buy ni. Murah..murah… Nak jugak la Program My Best Buy ni dilancarkan kat sini.

Program My Best Buy, FAMA, pembeli
Program My Best Buy - ramainya orang di pasar tani

Program My Best Buy mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai apabila peniaga-peniaga menjual barangan dapur dan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding tempat lain. Program My Best Buy merupakan langkah dan strategi untuk membantu mengurangkan beban masyarakat.

Keluhan pengguna di kawasan bandar mengenai harga barang mentah yang tinggi mungkin tidak lagi kedengaran selepas ini dengan adanya program My Best Buy yang menyediakan lokasi-lokasi khas menjual barangan segar dengan harga lebih rendah.

Menariknya pasar ini, para peniaga yang turut terdiri daripada ahli Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sepakat menawarkan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Walau harga yang ditawarkan sudah cukup rendah, konsep tawar-menawar yang menjadi amalan dalam masyarakat kita masih diterima pakai peniaga-peniaga di sini.

"Ikan merah di sini berharga RM22 sekilogram tetapi di pasar borong harganya RM28 hingga RM30 sekilogram. Begitu juga ikan tenggiri yang dijual RM22 sekilogram di sini tetapi di pasaran harganya bermula dari RM28 dan RM30 sekilogram," - Pembeli

Harga jualan di bawah program My Best Buy sentiasa dipantau sesuai dengan matlamatnya untuk mengurangkan beban pengguna. Menyasarkan 700 lokasi tapak jualan di seluruh Malaysia bermula akhir Mac ini, jaminan dan kawalan harga tetap menjadi keutamaan dalam memastikan program ini mencapai matlamatnya.

Justeru, sukarelawan iM4U akan bertindak memantau harga barangan yang dijual supaya ia terus berpatutan dan tidak lari daripada kempen Jihad Memerangi Orang
Tengah. "Sukarelawan iM4U akan memantau harga barang dan akan membuat laporan. Setiap hasil jualan akan dicatat sebagai rekod," katanya.

"Kita tahu harga ikan tidak menentu mengikut musim tetapi dengan program ini pengguna masih lagi berpeluang membeli dengan harga murah berbanding harga
pasaran kerana ia mengurangkan peranan orang tengah," katanya.
Sumber: Mstar

12 comments

assalamualaikum yumida...best juga kalau mcm ni...:)

bagus jugak diperkenalkan program my best buy ni...

Zumal selalu beli di pasar tani anjuran fama :)

Bagus juak ya bah.. ;)

wah.. bagus program begini yumida.. :D

Bagus program camni.. amboi ketam tu bestnya kalau dapat masak..sedappp

Huh seronok... berbaloi klu mcm ni Yumida... best.. :)

Wahhhh.. kat sabah xda ka cmani ? Huhu

best program mcm nih..dpt jgk bjimat kan dlm membeli brg mentah..

elok sgt ada program mcm nie kan


EmoticonEmoticon