Disebabkan drama bersiri Korea
paling popular, paling mendapat sambutan hangat daripada penonton, drama Korea
berjudul MyLove From The Star kini ditayangkan semula di tv!
Menerusi saluran ONE
HD (Astro 393), My Love From The Star akan disiarkan secara maraton selama 2 hari! Patut la hari tu,
hb cakap takde Running Man minggu ni, rupanya siaran ulangan My Love From The Star. Rindu nak tengok Kwang Soo si senget tu. Hihi..
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Astro, drama
bersiri 21 episod itu akan ditayangkan bermula Jumaat (esok) dan Sabtu, pukul
6.30 petang. My
Love From The Star bukan
sahaja mendapat rating tertinggi di Korea malah ia merupakan drama nombor satu
di Singapura selain beberapa negara lain di Asia Tenggara.
Drama
bersiri popular itu dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun. Ia
mengisahkan mengenai Kim yang memegang watak sebagai Do Min Joon seorang guru
yang sebenarnya adalah makhluk asing. Hidupnya mula didekati oleh Chun Song Yi
seorang wanita yang garang, mementingkan diri dan mempunyai pelbagai masalah
dalam kerjayanya. Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara
perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh
cinta.
Sumber: Mstar
Yang terlepas tengok drama ni, boleh la tengok secara
marathon. Aku suka tengok lakonan Jun Ji Hyun. Dah la cantik, lakonannya jugak selari
dengan kecantikan dia. Bila part nangis dia buat betul-betul, bila part mereng
dia jadi mereng betul-betul. Hihi.. Cantik orangnya..
5 comments
best la cerita nie..tapi tak dapat layan sangat huhu
kmk ada tgk malam tdik. Heran juak kenak ditayangkan semula.. hee ;D
This is another hit from Korean Drama!
Belum berkesempatan tengok lagi...
lya dah lama tak layan korea :)
EmoticonEmoticon