Hafiz Suip kecewa gosip isu kelewatannya

Hafiz Suip atau lebih mudah aku panggil Hafiz AF terpalit dengan gosip kelewatan dirinya hadir ke sebuah rancangan terkenal. Isu itu kian digembar-gemburkan. Al maklum la, orang tengah glamour. Bila berlaku kesilapan sedikit, sure jadi bahan berita.

Penyanyi Hafiz Suip berasa kecewa apabila isu kelewatannya menghadiri program siaran langsung TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) beberapa minggu lalu diperbesar-besarkan. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, isu tersebut tidak patut dijadikan sebagai bahan gosip memandangkan ia telah diselesaikan menerusi cara baik dengan pihak produksi program berkenaan.

Hafiz Suip kecewa gosip isu kelewatannya, gambar Hafiz Suip
Hafiz Suip 

"Diakui memang saya lambat ke program itu tetapi ia tidak sepatutnya jadi isu kerana saya telah meminta maaf kepada seluruh produksi. Malah isu itu sudah selesai. Saya kecewa apabila ada pihak yang sengaja mahu jadikan ia jadi bahan berita," - Hafiz Suip

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Hafiz gagal menghadirkan diri ke sesi temu bual khas di MHI bagi mempromosikan projek Minggu Setiausaha A Golden Moment With Hafiz yang bakal diadakan di dewan Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta di sini pada 22 April depan.

Hafiz dikatakan menyebabkan seluruh produksi kelam-kabut memandangkan waktu slot itu diberikan khas kepadanya dan ia membuatkan penerbit program itu terpaksa menukar pengisian program itu serta-merta. Sementara itu, Hafiz menyifatkan kejadian itu merupakan kesilapan normal yang dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun ia bukan dilakukan dengan sengaja. Dalam pada itu, sebagai seorang penyanyi profesional, Hafiz berkata, dia tidak pernah merosakkan reputasinya dengan menimbulkan masalah sikap tidak berdisiplin.

"Diakui, sebagai manusia biasa, saya bukannya sempurna, ada masanya kita melakukan kesilapan. Tetapi saya bukan seorang penyanyi yang suka melanggar disiplin. Seboleh-bolehnya saya akan tepati masa agar tidak menyusahkan pihak lain. Cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan," - Hafiz Suip
Sumber: Mstar

Sering terdengar kes artis lewat dalam temu janji. Memandangkan jadualnya yang padat, memang ada kebarangkalian mereka akan lewat tiba. So, no gosip-gosip pasal Hafiz Suip erk. Rambut kerintingnya yang memikat jiwa. Lontaran vokalnya memukau pendengaran. Yeah..olwes support Hafiz Suip!

14 comments

Dtg komen lagi hihi...
Haihhhh...ssh jd retis, xleh buat silap sikit..huhuhu

datang singgah malam2.. artis memang xboleh lari dari gosip.. sama ada positif or negatif

kadang2 macam tu laaa...manusia ni suka cari kesilapan orang...kebaikan tak nak pula dicanang satu dunia, tapi kalau keburukan cepat je berita sampaiiii....

kak yumida, jemput join GA ika :)
http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

Sapa yang bersalah nie..?

kalau dah jadi artis..perkara sekecil zarah pun kena jadi isu

Benda kecik pun nak dibesarkan

suka sgt nak cari kesalahan orang lain. apa pun, love hafiz!
morning yumida :) PG singgah menabung sama :)

Assalamualaikum, alaaa touching pula dia. buat rileks je dahhh

retis ni 24 jam di perhatikan.. dah nama nya retiss.. silap skit jadik isuu.. =)

susah jadi atris ni...semua sudut orang perhati.

ya pun mok jadi isu nak.. hee

Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Yumida..dunia artis tak akan lari dari gosip...

jadi artis, apa saja menjadi perhatian..kena plak artis yang tengah glamour nih..


EmoticonEmoticon