Drama slot Akasia TV3 Jika Itu Takdirku telah pun berakhir. Jom ketahui sinopsis episod akhir Jika Itu Takdirku. Layannn.....
Ending Jika Itu Takdirku
Nek Bah datang menemui Hakimi untuk
memperbetulkan keadaan. Hakimi masih marah dengan ibunya, Datin Jasmin. Nek Bah
menjelaskan situasi sebenar punca Datin Jasmin bersikap dingin. Datin Jasmin
tertekan dalam hidupnya apabila tidak dikurniakan cahaya mata dalam rumah
tangganya. Sejak dari itu, dia cuba membuktikan bahawa dirinya berjaya sebagai
usahawan wanita.
Selepas Hakimi lahir, Datin Jasmin kecewa
dengan kekurangan dirinya. Dia tidak pernah menunjukkan rasa kasih dan
sayangnya pada Hakimi. Namun, jauh di sudut hati, Datin Jasmin amat
menyayanginya.
Selepas mengetahui dirinya bukan anak
kandung kepada Datin Jasmin, Hakimi begitu kecewa. Dia berpendapat kerana itu
Datin Jasmin tidak pernah menyayanginya. Nek Bah memujuk Hakimi agar melupakan
apa yang berlaku dan menerima kenyataan tersebut. Selepas Nek Bah meminta diri
untuk balik, Umairah memujuk Hakimi agar berjumpa dengan ibunya sendiri
walaupun Datin Jasmin bukan ibu kandung Hakimi.
Hakimi datang ke rumah orang tua
Umairah untuk menemui anaknya, Kasfi. Hakimi mendukung Kasfi dan meminta
Umairah untuk menjaga Kasfi sebaiknya apabila ketiadaannya kelak. Di dapur,
Hakimi bersembang dengan ibu mertuanya. Hakimi meluahkan betapa bertuahnya dia
menjadi menantu kepada mereka.
Hakimi kemudiannya berjumpa dengan ayah
mertuanya. Sambil menatap gambar Umairah ketika muda, mereka bersembang. Mereka
membincangkan kisah lalu ketika mana pertama kalinya Hakimi menjejakkan kaki ke
rumah itu. Hakimi menjelaskan niatnya pada ayah mertuanya. Dia ingin menjadi
ayah yang baik pada anaknya. Ayah Umairah menasihatinya agar menyelesaikan
dahulu masalah antara dia dan Umairah. Hakimi terharu dengan nasihat dan
sokongan dari ayah mertuanya.
Azri pergi berjumpa dengan Hakimi.
Azri bertanyakan sebab apa tujuan Hakimi datang menemuinya. Hakimi mengucapkan
penghargaan dan terima kasih atas sikap ambil berat Azri pada Umairah. Hakimi
terus berlalu dan membuatkan Azri terpinga-pinga..
Di hospital, Hakimi diberikan bantuan
kecemasan! Keadaannya kelihatan kritikal dengan darah membasahi wajahnya. Ahli
keluarga termasuk Umairah menunggu di luar hospital. Namun, Hakimi tidak dapat
diselamatkan. Hakimi telah pergi buat selamanya. Datin Jasmin dan Umairah
berasa amat sedih menerima berita itu.
Qistina menjadi tidak siuman selepas
pemergian Hakimi. Dia tidak dapat menerima berita tersebut. Dia melayan alam
fantasinya sendiri..
Azri, Kasfi dan Umairah mengenakan
pakaian hitam dan biru. Mereka ingin menuju ke satu tempat. Azri dan Umairah
membacakan yasin di kubur Hakimi. Semasa balik, mereka terserempak Sarah bersama
suaminya. Sarah kelihatan sarat mengandung. Selepas diusik oleh Umairah, Sarah
menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan
anak. Situasi itu membuatkan mereka kecoh seketika…The end!
8 comments
lah sedih lah endingnya
BEST GAK ENDING DIA
tgk mula2 jak ending drama tok ariya..
x sempat nak tengok
tak tengok pun endingnya.. Sedih endingnya ya..
mase hakimi mati tu memang sedih..huhu
tak tengok pun yumida.. blk keje tak sempat..
fae tgk 1 episod saja and that's it haha
EmoticonEmoticon