Heboh sebelum ini apabila Hanez Suraya dikaitkan dengan
kontroversi bercinta dengan suami orang. Setiap hari ada sahaja kisah HanezSuraya dipapar di dada media. Namun, kehadiran berita tragik dari pesawat MAS
MH370, sedikit sebanyak meredakan isu kontroversi berkenaan. Tapi kini, timbul
kembali apabila Hanez Suraya diugut dengan ancaman. Hmmm…kesian pulak aku
tengok. Setiap orang pernah melakukan kesalahan. Yang lepas, jadikan pengajaran
buat kita bersama.
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun
Hanez Suraya kini mempunyai seorang pengawal peribadi selepas dia diancam
dibaling selipar dan dilempar telur kerana kontroversi bercinta serta berkahwin dengan kekasihnya, Romie
yang merupakan suami orang.
Dikecam dan ditohmah pelbagai kata-kata nista orang ramai,
terutamanya kaum wanita, Hanez Suraya
akui tertekan dan tidak percaya
dengan hakikat tersebut. Termanggu-manggu dan menyepikan diri seketika,
fikirannya ligat memikirkan kejadian yang berlaku. Selama 10 tahun membina nama dan mula disukai orang ramai, namanya terus jatuh
dek kontroversi tersebut. Lalu, air mata mengalir tanpa dapat
ditahan-tahan.
"Memang saya akui pernah menangis ketika mula-mula
kontroversi ini melanda. Sebabnya, selama 10
tahun menjadi pelakon dan dilantik sebagai duta produk, saya meraih kepercayaan peminat. Namun, semua itu
tidak lagi mereka nampak setelah kontroversi ini terjadi," luah Hanez Suraya
kecewa apabila kontroversi yang melanda
melenyapkan rasa minat peminat kepada dirinya.
Apa yang boleh dilakukannya, akui Hanez Suraya, dia perlu berusaha bangkit semula untuk menjernihkan semua kemelut itu. Dia juga
sedar, perkara yang terjadi mempunyai hikmah
di sebaliknya. Dalam industri ini, kalau tidak belajar sabar, mungkin sudah
lama saya mengundur diri. Saya sangat
sayangkan karier lakonan saya," tutur Hanez Suraya sambil berharap agar dirinya kembali meraih
kepercayaan peminat.
Bagaimanapun Hanez Suraya
memberitahu, kini dia berasa lega kerana
sedikit demi sedikit peminat mula menerimanya kembali. Malah, di laman
sosial Instagramnya juga tidak lagi banyak kata-kata caci dan nista daripada
orang ramai, sebaliknya kata-kata
semangat kepadanya.
Sumber: Kosmo Online
9 comments
bagi peluang supaya die sedar..
wah siap pasang bodyguard
Macam-macam
Macam2, dulu bkn main belagak lg.........'
moga dia sedar akan kesilapannya
Kesiann..
harap dia sedar ats kesilapan dia...
Dunia retisss.. mmm..
Assalamualaikum dik Yumida...kesian jugak kat Hanez...
EmoticonEmoticon