Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu

JAKARTA-BANDUNG
PART 2

Bangun2 je tengok jam dah pukul 9 pagi.. lepas mandi dan berkemas, kami turun ke bawah untuk sarapan pagi.. My sister in law dah sarapan.. dia cakap supir kitaorang dah tunggu kat bawah.. actually my hb n i yang paling lewat time tu..  hehehe... apalagi, kitaorang cepat2 ke restoran untuk sarapan.. ternampak la our supir tengah tunggu kitaorang sambil minum jugak di situ.. my hb recognise dia dari baju yang dia pakai.. ada nama company yg my hb book tu hari..

Selesai je sarapan, kami masuk van.. kali ni kami guna kia pregio.. supir kami introduce dia sendiri.. namanya cecep.. duda anak 1 baru 7 bulan bekerja sebagai supir di syarikat tu.. orangnya ramah dan baik hati.. lucu jugak.. puas hati la guna dia ni.. ni pun aku rekomenkan kat korang kalau nak cari supir di bandung ni.. tersangatlah berbaloi.. lupa lak nak bagitau.. kami guna perkhidmatan supir dari Hayukka Bandoeng.. boleh cari dalam FB.. murah dan terbaekk... my hb dah survey semua perkhidmatan supir di bandung ni.. Hayukka ni yang termurah yang dia dapat.. kalau guna van pregio, chargenya rp 550k agak2 dalam rm157 macam tu la termasuk dengan bayaran supir, minyak dan tol.. kalau korang pergi berempat atau berlima, boleh guna avanza.. chargenya cuma rp 390k atau rm112 la.. my hb sempat jugak tanya gaji supir ni.. dia kata sehari rm15.. diorang dibayar ikut hari. Kalau ada pelancong, dapat la gaji harian. Kalau takde pelancong, takde income harian.

Ok.. destinasi pertama yang kami pergi adalah di Tangkuban Parahu.. Supir kami siap bagitau tentang keadaan di sana.. dengan para penjual yang akan sentiasa mengiringi kami di mana2 sahaja.. Bayaran masuk ke situ adalah sebanyak rp 75k atau rm21 sekepala.. bayaran bawak kereta masuk ke dalam rp 15k atau rm4.30.. jalan naik ke situ ala2 jln ke Genting Highland.. Sejuk dan dingin.. 

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Signboard Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu yang menjadi tumpuan pelancong bergambar

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
 Pemandangan berlatarbelakangkan Kawah Ratu di Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
 Nampak tak betapa luasnya Kawah Ratu tu...

Sampai je kat atas, tengok2 ramai dah pelancong lain.. majoritinya orang Malaysia.. Lepas parking van, kami terus bergambar di signboard Tangkuban Parahu.. supir kami yang ambilkan gambar.. tak sampai seminit, ramai dah penjual mengerumuni kami.. diaorang tu sebenarnya bekerja di sana jugak sebagai pemberi maklumat tentang gunung tu.. siap ada tag nama lagi.. sambil2 tu, diaorang berniaga menjaja barangan..

memang rimas la asyik diekori walaupun kita cakap tak nak beli.. aku sarankan korang ucap terima kasih jer.. kalau diaorang asyik ikut, biar je la.. lagipun diaorang tak kacau pun.. macam2 la taktik diaorang nak suruh kita beli.. pilihan di tangan kita sendiri la.. tawar-menawar tu penting kalau betul2 nak beli.. kalau setakat key chain, fridge magnet, tasbih, rantai, semua tu korang boleh beli di Pasar Baru.. tapi kalau korang nak jugak beli, tawar la elok2..

souvenir yang takde kat tpt lain cuma kayu seakan2 ukiran batik.. ha.. yang tu cuma terdapat kat sini saja.. memang unik sangat dan cantik sebagai hiasan rumah. my hb ada rembat satu.. harga ikut saiz.. yang my hb beli tu, harganya rp 250k tapi my hb tawar kaw2.. then boleh dapat rp 150k atau rm43..

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Kayu batik. Ini bukan ukiran kayu, tapi kayu itu bercorak batik secara semula jadi! Menarik kan? Hanya terdapat di Indonesia sahaja

Pemandangan kat atas tu memang menakjubkan.. Subhanallah.. lukisan alam.. kadang2 bila kabus tebal, kawah gunung berapi tu x nampak.. dilindungi kabus.. kira2 seminit, barulah nampak balik... so, kalau nak ambil gambar, kenalah cepat2 sebelum kabus menutupi kawah.. kami sempat ke kawah ratu je.. kawah yang terkenal kat situ.. kalau korang tak tahan hidu bau bolerang, korang gunalah mask.. kat sini memang kuat bau bolerangnya. Ala2 bau mercun

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu, KAWAH RATU
Asap bolerang...ada nampak? Bau mercun

dikhabarkan kawah ratu telah meletus pada tahun 2011 yang lepas.. selain kawah ratu, terdapat juga kawah lain seperti kawah domas.. rata-rata kesemua pelancong bergambar berlatarbelakangkan kawah gunung berapi, banyak jugak tempat2 menarik kat situ.. ada jugak pokok tua yang tumbuh di situ.. Datuk Siti pun pernah bergambar di situ.. Terus diberi nama pokok Siti Nurhaliza.. 

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Poko Siti Nurhaliza namanya. Bertuah betul siti..hihi

Agak lama juga kami di sana.. Korang bolehlah nikmati gambar2 yang aku snap kat sana... Sebelum balik, aku sempat rembat souvenir dari sana.. Bersambung PART 3

 Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
View sekitar Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu. Ini atap kedai jualan di sana. Panjang! Boleh shopping kat sini sampai duit habis. Haha...

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Bonsai...

Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu
Jualan bonsai. Yer erk ni bonsai..rasanya kot.

15 comments

bestnya.. selalu baca pasal tangkuban perahu ni.. bila la agaknya dapat pergi

Tangkupan Perahu kan sinonim dengan Si Tenggang ...kalau tak salah bunda lah..

menakutkan juga kan kalau tiba2 gunung berapi tu meletup :)

menarik tempatnya..ntah bila thn la dpt jejak tmpt2 mcm nih..

Akak pun dah sampai sini yumida.. best tempat dia cantik kan.. =D

assalamualaikum
dan salam jumaat
singgah pagi

Bestnya kak ;D

subhanallah cantik pemandangan kawah ratu tu yumida.

cantiknye bongsai.. bongsai yg besar tu nama siti ey.. untung betul.. mmg cantik kawasan kawah tu kan...

cantik pemandangan...kuasa allah

Pokok siti tu tak lawa sangat.. Siti lawalah.. hahaha

Zara & suami perna bgmbr kat situuuu.. area ni mmg sejuk !! Fuh...

wah..wah..wah.. pemandangan dia lawaaa... tak penah tengok lagi gunung berapi..
btw: betuah kan siti nurhaliza.. hehe

saya dah sampai..asyik ucap terima kasih je...

Assalamualaikum dik Yumida...bestnyer pemandangan dia kan...


EmoticonEmoticon