Resepi Kari Daging Istimewa

Resepi Kari Daging Istimewa

Yummy! Resepi kita kali ni cara nak masak kari daging. Daging merupakan kegemaran aku, tak kisah masakan apa, masak kari, kicap, sup, semua aku rembat! So, hari ni nak share dengan korang semua masakan kari daging yang aku buat minggu lepas. Sebab apa namanya kari daging istimewa? Jeng jeng jeng..nanti aku kongsikan campuran bahan yang aku guna dalam kari daging special ni.

Gambar Resepi Kari Daging Istimewa Campur Carrot & Kacang Panjang 

resepi kari daging istimewa, resepi kari daging sedap dan mudah dimasak, gambar kari daging, masakan kari daging paling sedap, resepi masakan terbaru 2015, resepi masakan ramadhan 2015, resepi lauk-pauk mudah, cara membuat daging masak kari campur carrot dan kacang panjang, masakan kari daging special

Bahan-bahan masak kari daging istimewa:

300 gram daging (1 mangkuk daging)
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Serai
Halia 2 inci
1 peket santan
Serbuk kari daging (aku guna serbuk kari Baba’s yang saiz kecil tu)
Carrot potong memanjang ½ mangkuk kecil
Kacang panjang potong 2 inci ½ mangkuk kecil
1 kiub pati ayam
Sedikit asam jawa, garam dan ajinoto
Rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)

Cara membuat masakan kari daging istimewa campur carrot & kacang panjang:

- tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumiskan bersama rempah ratus. Bila tumisan dah kekuningan, masukkan serbuk kari.
- sentiasa kacau tumisan dikuali untuk elak perencah hangus. Pastikan serbuk kari tadi dah betul-betul masak sehingga ia mengeluarkan minyak.
- masukkan 2 cawan air berserta daging dan kiub ayam. Biarkan mendidih hingga daging menjadi empuk.
- bila daging dah empuk, masukkan carrot dan kacang panjang. Biarkan ianya layu. Kemudian masukkan santan, asam jawa (boleh guna asam keping), juga tambah perisa garam dan ajinomoto ke dalam masakan.
- bila rasanya dah cun! Tutup api! Siap!

Istimewa ker?? Kikiki.. Istimewa la jugak di hati aku. Pasal aku jarang nak masak benda berkari ni. Sekali masak, nah macam-macam aku nak masuk. Bergantung pada apa yang ada dalam peti ais. Kasi kreatif sikit masakan kita. Jemput la try Resepi Kari Daging Istimewa ni bila cuti hujung minggu tu.

Oh ya, sebelum ni jugak aku ada konsikan cara masak daging kari paling simple! Boleh rujuk entry ni: Resepi Daging Kari Mudah Dimasak Dengan Menggunakan Perencah Segera (Tumisan Kari Ayam) Serius, hasilnya mabeles! Sedap menjilat jari. 

6 comments

singgah pagi..
sedap...nampaknyer tuh..

makan dengan nasi panas² memang terangkat kan

Tahniah!
http://seindahcerita.blogspot.com/2015/05/tahniah5-blog-bertuah.html

sedap! makan dengan nasik panas-paans memang layaannn...


EmoticonEmoticon