Pihak Istana Budaya akan melakukan
kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang
pementasan teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana
Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata,
tindakan itu berikutan langkah
berjaga-jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima pelakon Hanez Suraya yang
dibuat oleh segelintir individu selepas dia dikatakan merampas suami orang.
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun
Kisah kontroversi 2014: Pemusnah rumah tangga/ sebagai orang ke-3
"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan," katanya pada sidang media Teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, Selasa.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, kontroversi rampas suami orang yang menimpa pelakon itu tidak akan menjejaskan penonton yang bakal hadir menyaksikan pementasan tersebut. Malah katanya, insiden itu secara tidak langsung memberi promosi awal yang besar kemungkinan mampu membuatkan penonton tertarik menyaksikan pementasan berkenaan.
Kontroversi mengenai Hanez Suraya mula tercetus selepas pelakon itu membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Bagaimanapun Hanez Suraya menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
Sumber: Mstar & kredit foto to Harian Metro
Fuh… Ugutan tu yang gerun dengar.
7 comments
Assalamualaikum dan salam singgah lewat malam dik Yumida..betul tu dik rasa gerun kalau terima msj yang berunsurkan ugutan...
Kesiann..
Salah sendiri?
macam2 hal sekarang ni...hmmmm
dah jadi artis kenala tanggung sebarang risiko
ms tgk teater suara kita haritu ada iklan teater hanez ni, satu panggung tu dok boooo ke die..
mmg ptt la ada security utk die..xpasal2 nnti..hohoh
mmg takut bila kena ugut kan??? apapun sbg artis mmg xlari dari pelbagai gosip dan perhatian dari peminat.. jd segala tindak tanduk perlulah dijaga klu tak mau berdepan dgn pelbagai mslh kelak.. artis xlari dari menjadi perhatian xkira di mana dia berada..
EmoticonEmoticon