Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada
bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka.
Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari
rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak
menetapkannya untuk bayaran tertentu. Beliau berkata, terpulang kepada bekas
isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit.
Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita)
RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Bagaimanapun, sejak
keluar (rumah) saya hanya bagi RM2000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah
RM3000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” - Aidil Zafuan
Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam
syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah
dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Rita Rudaini, 38, sebelum ini menuntut RM5392 sebulan daripada
Aidil Zafuan sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3,
merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.
Sumber: Berita Harian
Amount RM2000..banyak tu... Hope memasang mencapai kata
sepakat dan persetujuan. Buat Aidil Zafuan, selamat pengantin baru. Ooops…lambat
pulak nak bagi wish. Hihi.. Moga bahagia dan hubungan berkekalan hingga ke
akhir hayat.
10 comments
toleransi sangat penting berkaitan hal macam ni kan...
Fuhh... klu sama2 tak berfikiran terbuka & bertolak ansur dlm hal ni, mmg boleh jadi parah tu.. semoga sama2 dpt mencapai kesepakatan..
kena ada sefahaman & tolak ansur dlm hal2 mcm nie..byk tu 2000
hurm...apapun hope dapat bertoleransi...
Assalamualaikum.. rm2000 sebulan untuk 2 anak sebenarnya tak cukup. zaman sekarang kan mahal2 barang. lagi kalau anak masuk sekolah. fuhhh. hopefully mencukupi untuk perbelanjaan anak2 mereka tu. in shaa Allah ~~~
memang zaman sekarang semuanya mahal.. tapi rm2000 dah banyak sebenarnya.. apapun harap semuanya mcukupi untuk perbelanjaan anak2 mereka..
Banyak juak rm2000 ya..
Assalamualaikum dik Yumida...utamakan perbelanjaan untuk anak2 dia dulu...
Nafkah wajib dibayar...
Moga dapat diselesaikan dengan sebaiknya
EmoticonEmoticon