Hadiah shawl dari Hijabterkini.com

Alhamdulillah, rezeki lagi. Kali ni dapat hadiah shawl dari butik online Hijabterkini.com.

Hadiah shawl dari Hijabterkini.com, Shawl Bella Chanteks Bergabung

Hadiah shawl dari Hijabterkini.com, harga Shawl Bella Chanteks Bergabung, tutorial shawl
Model menggayakan Limited Edition Shawl Bella Chanteks. Ala-ala begini la bila aku pakai nanti. Santek tak? Mesti la santek! Nak pakai bila gi berdating dengan encik hb nanti. Gojes i nanti tau..

Hadiah ni dapat sempena menang tempat ke-2 Contest SEO yang dianjurkan oleh Hijabterkini.com. Tempoh penganjuran hari tu sekitar sebulan lebih. Alhamdulillah, tersangkut jugak url di halaman utama Google. Try and error je. Ada kalanya strategi menjadi. Adakalanya tidak. Pemahaman ilmu SEO tidaklah sebanyak mana, suka-suka mencuba. Tetibe menjadi..hihi..hepi la. Alhamdulillah…rezeki..

Selain hadiah shawl, Yumida dapat hadiah wang tunai RM40.00. Yey…dapat menambah dana untuk percutian tahun depan. Tengah kumpul duit ni.

Buat pihak Hijabterkini.com terima kasih bebanyak atas hadiah ni. Moga butik online u olls maju dan sukses. Haaa..buat kengkawan yang minat pakai shawl, dapatkan shawl yang cantik-cantik dan murah di Hijabterkini.com. Iye…murah dan cantik! Ada pelbagai warna. Kalau nak tahu cara menggayakan fesyen shawl, dapatkan tutorial menggayakan shawl di Hijabterkini.com. Terbaik!

23 comments

yes, nice colour :)
congrats yumida :)

Assalamualaikum yang, alhamdullilah. cantik betul hadiah tudung ni.. singgah menabung tesco sini~~~

tahniah yumida. Kombinasi warna yang cantik dan menarik! Yumida pasti kelihatan cantik memakainya :)

tahniah..memang cantik.bertuah

tahniah mmg santekk gojes gituww

ALHAMDULILLAH REZEKI AWK YUMIDA...HEHE

wahhh... jelesnyee.. hihi.. cantek sgt laa... kombinasi kaler mmg menarik hati ... tahniah yumida..

ehh.. dpt duit gak ye? wahhh...bile nak belanje deqla?... hahahhaa...

tahniah yumida...agak-agak akak sesuai tak pakai shawl nie....huhu

Cantiikkk...kombinasi warna kontra.

pink lagi. hehee pink dengan hijau ni memang cantik. tahniah2. :D

Assalamualaikum dik Yumida...wahh..tahniah akak ucapkan menang hadiah shawl...cantik sangat,murah rezeki adik...

Cantik warnanya . Lembut gitu. Tahniah :D

Eh cantik lah kombinasi warna ni.. Gojes


EmoticonEmoticon