Gambar isteri baru Radhi OAG

Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat Radhi OAG atas perkahwinannya yang ke-2. Cantik, hidung mancung, putih melepak, sweet, ayu..itulah ciri-ciri yang ada pada isteri baru Radhi OAG. Tengok dalam Galaxy TV9 semasa Radhi dan isterinya ditemubual oleh wartawan, memang cantik wife dia. Tak sangka umur dia 20 tahun. Muda.. Alhamdulillah, mendirikan rumah tangga di usia muda. Moga bahagia bersama Radhi. Teringat masa program Master Chef dulu, orangnya sangat aktif di dapur. Sentiasa menjadi sasaran lensa kamera. Tak sangka, rupanya Radhi hebat jugak di dapur.

Vokalis kumpulan OAG, Muhammad Radhi Razali, 37, mengakhiri zaman dudanya dengan mengahwini model sambilan, Nur Shahirah Ayu Zahiri, 20, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Gambar nikah Radhi OAG dan Nur Shahirah, gambar isteri baru radhi oag
Gambar nikah Radhi OAG dan Nur Shahirah 

Muhammad Radhi atau nama pentasnya, Radhi OAG, sah bergelar suami kepada Shahirah yang juga pembantu peribadinya dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah pasangan ini disempurnakan oleh Penolong Pendaftar masjid tersebut, Mohd. Firdaus Subhi. Nur Shahirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.
Sumber: Kosmo Online

Buat Radhi OAG dan Nur Shahirah, selamat pengantin baru! Moga bahagia hingga ke jannah!

10 comments

Mudak bini nya.. Tahniah..

lain rupa radhi sitok owh. berisik dah nya.. apapun tahniah buat sidak duak. :D

Selamat pengantin baru buat Radhi :)

Aik ?? Xtau pula.. apa pon.. tahniah =D semoga kekal hgga ke jannah.. amin..

mudanya wife dia.. apapun tahniah..smoga kekal bahagia hingga ke jannah..amin..

semoga kekal hingga ke hujung nyawa...tahniah Radhi.....

Assalamualaikum dik Yumida...tahniah diucapkan kepada Radhi OAG dan isteri,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..


EmoticonEmoticon