Tetibe update kisah buaya. Hihi.. Since crocodile atau nama
glamournya kokodai pemes bulan Mac
lepas. Bermacam grafik kelakar pasal gambar buaya. Bila buka Facebook, sure ada
yang kongsi gambar buaya tu. Rasanya semua dah tahu pasal kisah kokodai ni.
Wokeh kali ni, kisah serius…kisah tragis pasal buaya yang membaham 4 mangsa! Jom
baca..
Beberapa orang menyaksikan seekor buaya yang membaham empat
orang di daerah Jinja, Uganda pada 31 Mac lalu. Besarnye!
Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan
Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak
Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu
selama empat hari di Jinja.
Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai
berat sekitar 1,000 kilogram (kg). Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada
buaya paling berat di dunia, Lolong. Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat
memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria.
Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat
satu tan dengan panjang 6.4 meter. Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada
usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17
bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas
ia dipercayai membaham seorang nelayan.
"Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu
ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja," kata
Tumanya.
Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan
daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara
Jeram Murchison. - Agensi
Sumber: Kosmo Online
Berat 1000kg tuuu… Sekali dilipas dengan
ekor buaya sure pelanting berpuluh meter. Teringat kat kampung halaman nenek,
sungai di sana penuh dengan buaya! Pernah terjadi kes mangsa dibaham buaya. 2
kali. Yang latest berlaku pada tahun 2010. Korang nak baca? Jom klik artikel
ni: Serangan Buaya Di
Sg. Sarawak
Al-fatihah buat arwah…
15 comments
Assalamualaikum yangg, ngerinya baca. adehhh.
Menakutkan jak..
Scary!!!
sori sis.. mula2 sis kata buaya tu umur 80 tahun, tapi mati masa berusia 50tahun.. just ter'aware :D hope will be fix..
Yarabbi..
Memang seram ler...
dlm gambar umo buaya 80 thn. yg umo 50 thn itu buaya lain (lolong) buaya paling berat di dunia. kedua-dua buaya tu berbeza.
Dahsyat ye.
oh buaya lain..sory misread..
Buaya mmg ganas.. menakutkan...
uu takutnya..
buaya memang anas, kena plak time dia kelaparan,ngerinya..
memang dahsyat..huhh tak beranila lya nak tgk buaya
banyak pulak kisah buaya sekarang nie kan... sekali dia libas, mmg tak selamat..
Assalamualaikum dik Yumida...besarnyer buaya tu...tengok pun dah seram sangat...
EmoticonEmoticon