Episod akhir Jika Itu Takdirku

Siapa ada menonton Jika Itu Takdirku episod akhir? Angkat tangan.. Ker aku sorang je tengok. Tu pun lepas drama bersiri ni dirakam. Nak tengok secara live, memang tak sempat. Nak tahu endingnya??? Jom baca.. Episod akhir Jika Itu Takdirku

sinopsis Jika Itu Takdirku, slot akasia tv3 Jika Itu Takdirku, pelakon Jika Itu Takdirku, gambar Jika Itu Takdirku, Episod akhir Jika Itu Takdirku

Pelakon Jika Itu Takdirku
Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid dan Azwan Kombos.

Episod akhir Jika Itu Takdirku

Nek Bah datang menemui Hakimi untuk memperbetulkan keadaan. Hakimi masih marah dengan ibunya, Datin Jasmin. Nek Bah menjelaskan situasi sebenar punca Datin Jasmin bersikap dingin. Datin Jasmin tertekan dalam hidupnya apabila tidak dikurniakan cahaya mata dalam rumah tangganya. Sejak dari itu, dia cuba membuktikan bahawa dirinya berjaya sebagai usahawan wanita.

 Selepas Hakimi lahir, Datin Jasmin kecewa dengan kekurangan dirinya. Dia tidak pernah menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada Hakimi. Namun, jauh di sudut hati, Datin Jasmin amat menyayanginya.

Selepas mengetahui dirinya bukan anak kandung kepada Datin Jasmin, Hakimi begitu kecewa. Dia berpendapat kerana itu Datin Jasmin tidak pernah menyayanginya. Nek Bah memujuk Hakimi agar melupakan apa yang berlaku dan menerima kenyataan tersebut. Selepas Nek Bah meminta diri untuk balik, Umairah memujuk Hakimi agar berjumpa dengan ibunya sendiri walaupun Datin Jasmin bukan ibu kandung Hakimi.

Hakimi datang ke rumah orang tua Umairah untuk menemui anaknya, Kasfi. Hakimi mendukung Kasfi dan meminta Umairah untuk menjaga Kasfi sebaiknya apabila ketiadaannya kelak. Di dapur, Hakimi bersembang dengan ibu mertuanya. Hakimi meluahkan betapa bertuahnya dia menjadi menantu kepada mereka.

Hakimi kemudiannya berjumpa dengan ayah mertuanya. Sambil menatap gambar Umairah ketika muda, mereka bersembang. Mereka membincangkan kisah lalu ketika mana pertama kalinya Hakimi menjejakkan kaki ke rumah itu. Hakimi menjelaskan niatnya pada ayah mertuanya. Dia ingin menjadi ayah yang baik pada anaknya. Ayah Umairah menasihatinya agar menyelesaikan dahulu masalah antara dia dan Umairah. Hakimi terharu dengan nasihat dan sokongan dari ayah mertuanya.

Azri pergi berjumpa dengan Hakimi. Azri bertanyakan sebab apa tujuan Hakimi datang menemuinya. Hakimi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sikap ambil berat Azri pada Umairah. Hakimi terus berlalu dan membuatkan Azri terpinga-pinga..

Di hospital, Hakimi diberikan bantuan kecemasan! Keadaannya kelihatan kritikal dengan darah membasahi wajahnya. Ahli keluarga termasuk Umairah menunggu di luar hospital. Namun, Hakimi tidak dapat diselamatkan. Hakimi telah pergi buat selamanya. Datin Jasmin dan Umairah berasa amat sedih menerima berita itu.

Qistina menjadi tidak siuman selepas pemergian Hakimi. Dia tidak dapat menerima berita tersebut. Dia melayan alam fantasinya sendiri..

Azri, Kasfi dan Umairah mengenakan pakaian hitam dan biru. Mereka ingin menuju ke satu tempat. Azri dan Umairah membacakan yasin di kubur Hakimi. Semasa balik, mereka terserempak Sarah bersama suaminya. Sarah kelihatan sarat mengandung. Selepas diusik oleh Umairah, Sarah menunjukkan tanda-tanda ingin  melahirkan anak. Situasi itu membuatkan mereka kecoh seketika…Tamat

Kesimpulan:

Selepas kematian Hakimi, Azri berkahwin dengan Umairah. Suka pulak aku tengok si Umairah, Intan Ladyana ni. Sweet sangat bertudung! Wajah Kuna pun ayu bertudung. Even usianya menginjak tetap cantik pada pandangan aku. So, korang ada menonton episod akhir Jika Itu Takdirku? Apa pendapat u olls? Bez ker idok?

7 comments

Kmk tgk mula2 jak.. hee

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...akak tengok episod akhir cerita ni...suka bila semua hidup berbahagia...

Ada tgok jgk hari tu..sedihkan

Episod akhir tu paling sedih...

Dah abis rupanye cerita nie... ketinggalan betullah, hehe

citer nih kejap tgk kejap xtgk..tp kat nak abis tuh ada la jgk tgk..ada sedih dan happy..apapun smua hidup bahagia..

best endingnya kalau bahagia nie :D


EmoticonEmoticon