Saya Nak Menang Tudung Instant/Inner Neck Naazneen Faiqa By Neenaanuar

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 15/05/2015

Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-
- Tidak perlu digosok
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potongannya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur


UCAPAN BUAT KAK NEEN:

Selamat maju jaya dengan bisnes
Seronoknya ada produk sendiri. Yumida doakan moga bisnes tudung instant NaazneenFaiqa sukses dengan cemerlangnya. Dapat permintaan tinggi, dipos seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Juga termasuk bisnes pin2it hijab pin, memang cantik pin-pin tu semua. Moga bisnes berjalan lancar. Mana tahu buka butik satu hari nanti. Butik NaazneenFaiqa. Wah, best! Best!

Moga kak Neen dimurahkan rezeki
Rezeki dalam pekerjaan. Mendapat kenaikan pangkat, dapat reward dan sebagainya. Rezeki dalam cabutan bertuah. Mana tahu join contest besar tetibe menang hadiah utama. Siapa tahu..jika ianya ditakdirkan rezeki. Moga dimurahkan rezeki kak Neen dan hb dalam mendapat cahaya mata.

Moga kak Neen dan husband dirahmati olehNya
Moga hubungan u olls sentiasa mendapat keredhaan dariNya. Dirahmati, hidup bahagia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Moga dipermudahkan segala urusan
Urusan dari segi pekerjaan, pengurusan hidup, urusan keluarga, urusan sampingan, urusan perniagaan, moga dipermudahkan segalanya. Tiada kerumitan. Moga apa dirancangkan berjalan lancar.

Moga apa diimpikan kak Neen tercapai
Impian, harapan, matlamat..moga segalanya tercapai. Kita hanya merancang, Dia Yang Maha Esa menentukan dan memberikan apa yang terbaik buat kita.

Moga diberikan kesihatan yang sejahtera
Moga kak Neen sekeluarga sihat walafiat senantiasa. Diberikan umur yang bermanfaat. Diberikan kesempatan ruang dan peluang dalam menambah amalan kebaikan.


All the best kak Neen. Tengok gambar kak Neen selalu merantau kat luar negara. Seronoknya! Nak ikuttttt…

2 comments

singgah sini dari segmen yang sama... :)

http://www.dramaticuniq.com/2015/05/naazneen-faiqa-by-neenaanuar.html

Hai...datang dari segmen yang sama..
http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/05/saya-nak-menang-tudung-instantinner.html


EmoticonEmoticon