Rozita Che Wan rugi RM500,000

“Sebab iklan itu, saya kehilangan kontrak produk kecantikan bernilai hampir setengah juta. Jadi saya kena ambil tindakan,” kata pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan mengenai keputusannya mengemukakan notis tuntutan kepada pihak yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran pada iklan dua produk kecantikan.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 43, mengambil tindakan itu kerana mengalami kerugian selepas kehilangan kontrak sebagai duta satu produk kecantikan bernilai hampir RM500,000, baru-baru ini.

Rozita Che Wan rugi RM500,000
Rozita Che Wan 

Difahamkan, pihak ketiga yang berhasrat melamar Rozita Che Wan sebagai duta produk membatalkan rancangan itu kerana mereka menyangka aktres terbabit sudah terikat dengan dua produk berkenaan.

Rozita Che Wan berkata, dia mengambil keputusan menghantar notis tuntutan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dirahsiakan identiti itu kerana gagal menurunkan iklan daripada pelbagai platform promosi selepas diminta berbuat demikian sebelum ini.

“Saya sudah beri mereka tempoh dan tunggu dua hingga tiga bulan. Pengurus saya juga pernah menghubungi dan cuba berunding dengan ejen jualan produk itu untuk turunkan nama dan wajah saya. Namun, tiada apa-apa tindakan daripada mereka. Jadi saya menerusi peguam akan hantar notis menuntut mereka turunkan iklan itu dalam masa 14 hari atau berdepan tindakan seterusnya,” - Rozita Che Wan

Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan wajahnya mempromosikan dua produk kecantikan termasuk satu produk membesarkan payudara.
Sumber: Harian Metro

RM500,000 memang jumlah yang besar. Moga kes ni menemui jalan penyelesaian terbaik antara Rozita Che Wan dan syarikat berkenaan.

8 comments

Kaya lah rozita lps ni klo dpt saman org2 tu

Tu lah.. kesian Che Ta.. Ada orang ambil kesempatan ke atas kecantikkan dia..

Kesian nya..

Kesiannya kat Che Ta.. Klu menang saman nih, kaya laa dia..

Assalamualaikum dik Yumida...banyak tu jumlahnyer...kesian jugak kat Rozita Che Wan ni kan...


EmoticonEmoticon