Jaclyn
Victor sudah mempunyai buah hati dan bakal berkahwin. Wah! Good news! Kalau
dulu Jaclyn Victor bertunang dengan orang putih. Now, dah de pengganti.
Baguslah, bertambah ceria dah bahagia empunya diri. Kalau kat tv, suaranya
memang memukau semua orang. Siapa sangka, Yumida sendiri pernah face to face
dengan Jaclyn Victor. Rupanya orangnya cilik je. Tapi vokalnya…fuh! Menggegar
pentas!
"Sudah lama saya mengenali dirinya. Itupun disebabkan kerja. Kalau nak kata ia cinta pandang pertama buat saya, tidaklah. Tetapi bagi dirinya, memang saya cinta pandang pertamanya. Apabila saya bertanya mengapa beliau memilih saya, jawapan yang diterima adalah, sebaik saja dirinya terpandang saya, ia seolah-olah mendapat petunjuk tuhan sayalah wanita yang akan dijadikan isteri," - Jaclyn Victor
Gambar Jaclyn Victor
Menurutnya, pada peringkat awal perhubungan beliau langsung tidak terfikir lelaki itu bakal menjadi calon suaminya. Kesungguhan yang ditunjukkannya bagaimanapun berjaya membuka pintu hatinya yang selama ini tertutup untuk sebarang lelaki.
"Ketika beliau meluahkan perasaannya, saya ketawa dan tidak mengambil serius langsung perkara itu. Bagaimanapun, dengan kesungguhan ditunjukkan dan persamaan yang ada pada kami, serta masing-masing pernah gagal dalam percintaan, akhirnya saya terima dirinya untuk menjadi bakal pasangan hidup," - Jaclyn Victor
Walaupun puas dipujuk, namun Jaclyn Victor tetap enggan mendedahkan lebih lanjut identiti bakal suaminya. Kata Jaclyn Victor, beliau hanya akan menjelaskan perkara itu serta maklumat lanjut mengenai perkahwinannya pada sidang media khas, 12 Ogos nanti.
"Apa yang boleh saya kongsi, beliau masih solo, berusia akhir 30-an dan bekerja di syarikat rakaman antarabangsa. Selebihnya, kena tunggu sidang media kami nanti. Pada hari perkahwinan nanti, saya mahu semua pihak yang banyak menyokong kerjaya seni saya hadir untuk memeriahkan majlis," - Jaclyn Victor
Sumber: Berita Harian
10 comments
ok la tu..mungkin jodohnya dah sampai kan
tahniah
tahniah..dh sampai jodoh dia la tuh..
Assalamualaikum.. nak kawin dah jac..
jodoh dia dah sampai la tu..akak suka dengar suara jac
tahniah kepada jac.. :D
tahniat buat JV :)
Tahniah jac...akhirnya..
Good News...Congrats
Assalamualaikum dik Yumida...tahniah kat Jaclyn Victor...jodoh dia dah sampai..
EmoticonEmoticon