Drama TV3: Sebab diberi tajuk Aku Isterinya

Aku Isterinya? Bunyinya seakan-akan Sebenarnya Saya Isteri Dia. Yang mana, drama tersebut juga pernah dimainkan di kaca tv. Malahan hero utamanya juga sama! Izzue Islam. Cuma kali ni, drama TV3 terbaru di Slot Akasia menampilkan Anzalna sebagai heroin utama dalam Aku Isterinya. Khabarnya, drama Aku Isterinya ni di adaptasi dari sebuah novel. Tajuk novel Aku Bukan Mistress. So, kalau nak terjemahkan tajuk novel tu dalam Bahasa Melayu, mungkin kedengaran liar sedikit. ‘Aku Bukan Perempuan Simpanan’.  Perempuan Simpanan…erk… Aku pulak janggal nak sebut. Pada pandangan aku, sebab tu tajuk drama Aku Isterinya dipilih. Ye ke? Nak tahu lebih lanjut, jom baca ulasan mereka yang arif.


‘Aku Isterinya’ Tajuk Drama Gara-Gara Bahasa Rojak

Campuran bahasa Malaysia dan Inggeris pada judul novel berkenaan adalah alasan utama mengapa ia tidak boleh digunakan kerana tidak mahu menggalakkan penggunaan bahasa ‘rojak’ dikalangan masyarakat negara ini.

“Biarpun ia memberi sedikit kesan kepada drama ini terutamanya kepada pembaca novel asalnya namun pihak kami akur dengan arahan dikeluarkan oleh pihak kementerian dan memilih Aku Isterinya sebagai tajuk ganti,” katanya kepada mStar Online. Drama 28 episod ini boleh disaksikan penonton menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Aku Isterinya – Slot Akasia TV3, sinopsis Aku Isterinya, gambar Aku Isterinya, pelakon Aku Isterinya, Drama TV3: Sebab diberi tajuk Aku Isterinya
Gambar drama Aku Isterinya

Judul Drama Slot Akasia: Aku Isterinya
Drama Yang Diadaptasikan Novel: Aku Bukan Mistress
Jumlah episod : 28
Siaran : Setiap Isnin Hingga Khamis
Waktu : 7.00 Malam - 8.00 Malam
Saluran : Slot Akasia Tv3

Pelakon Aku Isterinya:
Aku Isterinya menggandingkan Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai watak utama dan turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.
Sumber: Page Aku Isterinya (1) & Aku Isterinya (2)

Oooooo…pasal tu tajuk drama tu Aku Isterinya. Sambil mulut melopong bulat!

17 comments

betul tu yumida.. lebih kurang sama je tajuknya dengan sebenarnya saya isteri dia..

Hihi cik akak ada novel tu tapi tk habis baca lagi

Anzalna bila berlakon jadi baek sangat sweet kan muka dia....rietta pown setuju tajuk tu dr tajuk novel diterjemah...xsedap nak dgr, lagi xsdap nk menyebut...

tak kisah la tajuk lain janji cerita sedap..hehee

umm...semalam tengok gak tapi pelakon dalam tu macam berlakon tak menjadi la. pendapat saya sahaja. tak pe kita tengok episod seterusnya. biasa nya awal2 tak berapa best cerita nya. kan.. =)

oooo..sebab tu ke..baru tau..huhu~

sekali dgr tajuk drama nih teringat kat drama sebenarnya saya isteri dia..hampir sama jer maksudnya..hehehe..

oo..dari novel ke drama ni...
baru tahu..

ek ?? ye kan.. bru Zara perasan, tajuk lbh kurg " sebenar nya aku isteri dia " pelakon pon izzue islam jugak.. hehehe

Assalamualaikum dik Yumida...gitu rupanyer...baru tau nampak tajuk dia bertukar ke Aku Isterinya..


EmoticonEmoticon