Sebut sahaja jutawan. Terbayang-bayang
kehidupan yang mewah, kejayaan, wang melimpah ruah. Terdetik di hati, semua
orang ingin menjadi jutawan. Saya mahu, anda mahu, semua orang ingin menjadi
jutawan. Jom ketahui 6 ciri-ciri untuk menjadi jutawan.
6 ciri-ciri dalam diri seorang jutawan:
1.
Bersikap jujur
Mereka yang bergelar jutawan lazimnya
golongan yang terbabit dalam perniagaan atau mereka yang berpangkat tinggi
dalam sesebuah syarikat. Tidak kira apapun jalan karier yang dipilih, ia pasti
memerlukan sikap jujur dalam memenangi hati pelanggan dan orang sekeliling
untuk mendapat sokongan. Kepercayaan dan kredibiliti memainkan peranan yang
amat penting dalam perjalanan menjadi seorang yang bebas masalah kewangan.
Memang benar ada juga kes jutawan yang tidak jujur kita dengar di akhbar,
televisyen atau online, tetapi itu bukanlah apa yang kita inginkan. Biar kaya
harta dan tenang di jiwa.
2. Berdisiplin
Tidak dapat dinafikan amat penting mempunyai disiplin yang tinggi. Sikap menentukan kejayaan seseorang itu. Ia dikatakan seorang yang berjaya mendedikasikan 60 hingga 70 jam setiap minggu pada karier mereka. Justeru kebiasaannya, golongan jutawan tiba paling awal di tempat kerja dan balik paling lewat.
3. Menyesuaikan diri dengan orang sekeliling
Untuk berjaya dalam kewangan, ia bukanlah atas usaha seorang diri. Sokongan orang sekeliling amat diperlukan sama ada bekerja atau berniaga. Seseorang yang berjaya dalam kewangan perlu mudah menyesuaikan diri dengan orang sekeliling untuk mendapat sokongan semua pihak. Mereka perlu mudah didampingi dan sering membuat orang sekeliling selesa. Skil komunikasi amat penting dimiliki untuk berjaya.
4. Mempunyai pasangan hidup atau keluarga menyokong
Mempunyai pasangan hidup atau keluarga yang memberi sokongan padu pasti memberi semangat yang lebih tinggi kepada sesiapa saja. Sememangnya jalan mencapai bebas kewangan ada pelbagai rintangan, tidak kira dalam apa saja industri. Tidak kira betapa kuat semangat yang ada dalam diri sendiri, sokongan keluarga membuatkan semangat tidak luntur.
5. Skil pengurusan yang cekap
Bukan saja mengurus perniagaan, kerja dan pekerja, tetapi juga menguruskan diri sendiri dalam pelbagai aspek. Pengurusan masa amat penting untuk mencapai segala matlamat dengan lebih efisien. Begitu juga mengurus dan membahagikan kerja kerana pastinya tidak semua kerja dapat diselesaikan seorang diri. Pengurusan juga membabitkan pengurusan keluarga untuk memberi persekitaran rumah yang lebih harmoni.
6. Menjaga kesihatan
Dengan mempunyai tubuh badan sihat, pasti diri lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk atau hilang semangat, kadangkala ia bukan masalah kurang semangat dari segi motivasi diri. Tetapi kita kurang bersenam! Badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita. Oleh itu, untuk berjaya kewangan, perlu juga menjaga kesihatan. Menjadi seorang yang bergelar jutawan bukanlah perkara mudah dan membabitkan pelbagai aspek perniagaan dan kehidupan. Jadikan 6 ciri ini sebagai langkah pertama anda untuk mencapai bebas masalah kewangan!

Sumber: Harian Metro
10 comments
singgah sini. Jujur dan berdisplin tu penting .. ^_^ Usaha tangga kejayaan.
Nice info
Nice sharing ;D
InsyaAllah satu hari nanti.....jutawan....
Nice info...
In shaa Allah.. usaha tangga kejayaan..
kena kuatkan semangat dan tak mudah putus asa. :) nice tips Yumida..
Btoll.. kena kuat kalo nak bjaya sbb setiap kejayaan tu tcipta dr beribu kepayahan. Dan kepayahan tu jgk laa yg paling manis bila kita berusha atas usaha sdiri dan ahli kliarga skeliling yg myokong =D
info yang menarik..kena kuatkan semangat menempuh apa jua rintangan dlm mjadi seorang jutawan..bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Assalamualaikum dik Yumida...perkongsian yang menarik...tanpa usaha mana mungkin kita boleh berjaya...
EmoticonEmoticon