Tatkala Cuti Hari Buruh di sambut seluruh pekerja Malaysia, namun mereka ini tetap menjalankan tugas2 mereka seperti biasa. Tiada makna dlm kamus mereka cuti di hujung minggu. Tugas tetap tugas. Merekalah golongan SURI RUMAH yg byk berkorban dlm keluarga mereka.
Petikan dari Berita Harian: BUKAN SENANG JADI SURI RUMAH
Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan
zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha
melahirkan generasi pewaris negara.
Kerja di rumah
tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di
pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah
ketika berada di pejabat.
Apa tidaknya, celik
je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk
tidur.
Malah sebelum
tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya.
Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami
supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah,
membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari.
Waktu senggang
bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan
menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan
keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding
bapa.
Nah! Payah nya kan
menjadi SURI RUMAH..
Menjadi seorang ibu, isteri
& suri rumah memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun setiap
pengorbanan pastinya ada ganjaran yang diberi. Berikut ganjaran pengorbanan isteri
& ibu sebagai renungan bersama, semua ini adalah ganjaran oleh Allah s.w.t
bagi yang ikhlas melaksanakannya dengan hati terbuka.
* PAHALA WANITA MENGANDUNG
* PAHALA WANITA BERSALIN
* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
* PAHALA MEMELIHARA ANAK
* GANJARAN MENOLONG SUAMI
* GANJARAN WANITA SOLEHAH
* KELEBIHAN SEORANG IBU
******************************************************************
Lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri, ibu or suri rumah
dgn sebaiknya & ikhlas kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dirahmati olehNya.
27 comments
wanita mmg super woman!!!
wah, beruntungnya kita mnjadi wanita :):) nak jadi anak, isteri, ibu mithali :)) hi3
beruntung kita kan..!
nur bercita2 mnjadi isteri yg solehah suatu hari nanti..
Tapi entah bilalah jodoh tu..nur
sentiasa bdoa moga ALLAH ketemukan jodoh nur dengan lelaki yg mencintai dan myanyagi nur kerana ALLAH..!
InsyaALLAH..
ya... wanita adalah supermom! :)
supermom, wonder women
di sebalik superb duper power seorang lelaki..adanya seorang perempuan...
Salam...
Untung jadi wanita, mun ekot jak apa suruhan agama mudah masuk syurga tapi perkara tok sik semua urang dapat ekot..
Setuju ngn Ustaz Razak ya... Pa polah ktk time cuti SOm? Mesti bermanja2 ngn hubby... Lomentiknyerrr... haha...
wanita mmg power lah..buat dua kerja la.kt umh dgn pjbat.
true true...memang bukan mudah...bukan tanggungjawab yang ringan...banyak yang perlu dijaga...that's why,kita xperlu tgk jauh untuk superhero ni...dekat aje dorang ngan kite... :)
aduhh..entri membuatkan rase bestnye nak jadi isteri !muahaha ..sabo2.belum tiba masa lagi.
wah..
hahhahah..terasa bertuah sangat jadi wanita nih...hee..:D
nang sik da istilah cuti utk wanita... :)
nang sik da istilah cuti utk wanita... :)
setuju sangat2..hehe
ya betul tu... rehat hanya waktu tido aje
setuju sgt..surirumah patut diberi gaji juga..haha..
alhamdulillah.. bersyukur menjadi seorang wanita :)
Alhamdulillah. Bersyukur d lahirkan sbg seorang wanita. :)
cuti2 layan citer korea jerr jd orang bujang ni...hehe
Alhamdulillah, moga Allah mengurniakan kebaikan atas segala kebaikan yang kita beri..
alhamdulillah sbb kmk dilahirkan sebagai seorang wanita :')
kathy: ya la :)
wanita melengkapi kehidupan lelaki haha
mek bangga jadi perempuan ^^
and i respect my mom the most.. and respect all women out there. they had done a lot for us :)
cita cita aku sekrg nak jadi suri rumah sepenuh masa. best woo..senang giler nak dpt pahala. tp tu la taraf hidup skrg tak mengizinkan.huhuhuhu..
Btul sgt! Suri rumah ni mana ada cuti.. Hehe, mngkin sbb tu la kita ni special jgk dlm Islam.. Byk bnda kita kna brsbar..
EmoticonEmoticon