Himpunan Jutaan Belia bermula

Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun (Sumber:WIKIPEDIA)
Tema Hari Belia 2012: "Kita Mahu Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" (Sumber: Ucapan Perdana Menteri)



Kongsi paparan dada KOSMO

ORANG ramai melihat beberapa kereta Lamborghini yang menyertai konvoi di sekitar Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Tirai Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini dibuka dengan meriah apabila ratusan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi memenuhi jalan-jalan di sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini semalam.
Sebanyak 100 buah kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini bersama 50 buah motosikal berjenama Kawasaki Versys, Superbike serta Vespa menyertai konvoi anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan mempromosi sambutan berkenaan.
Kehadiran konvoi yang turut membawa Jalur Gemilang dan pelekat Himpunan Jutaan Belia 2012 mencuri tumpuan orang ramai yang mula berkunjung ke tapak lokasi penganjuran karnival mega itu.
Lebih menarik lagi, konvoi yang melibatkan 14 buah kelab kereta dan motosikal itu diketuai sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memandu kereta BMW.

Selamat Hari BELIA
Saya pun golongan belia :)
Sama2 kita jadikan HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI!


7 comments

hari belia ni betul2 diadakan dekat ngan opis sy..hihi

Meriah sungguh hari belia tuh hehehe

Yelah Islam pun selalu menggalakkkan untuk sentiasa memperbaiki diri, setipa amalan hari esok seharusnya lebih baik dari hari ini.

Yes!!Good for our Belia nih! Aduh!Lambo tuhhh...sgt nangesss kalo nengok....perghhh!

kita dengar ngan nangga jak dr jauh... huhuhu ;'(

kesian org miskin yg tgk konvoi kenderaan mewah ni. sedih.

cntiknya kete2 ni... dpt tgk je... beli xdpt.. mahai..hihii


EmoticonEmoticon