Bila Di Landa Musibah


Duhai rakan blogger,

Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidak mahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. 
Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. 

Sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. 

Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.

Sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


**********************************************
Assalamualaikum..
Ni adalah Auto Publish Entry
Daku masih menjlnkn misi, insyaAllah bila aku kembali nnti aku akan jejak korang blk
Doakan kejayaan utk aku k :)

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan aku memohon curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredhaan daripadaMu." Amin.




11 comments

Insya Allah :) Mai doakan urusan kamu dipermudahkan

Salam...

Yang manis-manis tok salu molah kita lupak dan mendorong kita benci ngan benda pahit-pahit. Namun, hakikatnya nok pahit-pahit tok selalu mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta

betul tu....percaya sahaja pada rukun iman yg ke 6 sahaja.

js doakan semoga urusan yumida berjln spt yg dirancang...ameen

semoga urusan kitak berjalan dengan lancar

semoga semuanya berjalan lancar. :)

kembali kepadaNYA, adalah yg terbaik..!

muhasabah diri.. itu yang terbaik...

huhuh mek suka entri tok eyh. thx for sharing ;)


EmoticonEmoticon