Info ni aku cedok dr FB
Sumber dari SINI
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH:
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah
malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam
rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka
ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah
tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh
Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu
dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti
seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di
rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah
jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil
membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut
putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas.
Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah
pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah
Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah
Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik
kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia
mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala
sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan
segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada
waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada
waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari
kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami
berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan
segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di
atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang
pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang
diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan
pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi
(kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan
peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa
yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya
Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan
telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka.
Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat
dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi
mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang
mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan
letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah,
jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas
ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan
langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari
kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada
kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita
kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan
sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
SUMBER: Misteri & keajaiban alam
24 comments
okey, baca entry ni tgh2 mlm buat kepala lutut menggeletar. hahha xD
Ummi pernah duduk hotel,ada bunyi seperti orang mengalih perabot, hampir sepanjang malam..memang tertanya-tanya, tak tau pula ada tanda macam ni.
maca time malam2 mcm tok lalu ngerembang bulu tangan mek..
pengalaman dulu-kala.. =)
ok ok...terbaca entry ni tetiba rasa seram pulak...>_<
oyeh.. menakutkan.. errr letak kat penjuru rumah er... kalau nak cover tuk kawasal halaman rumah blh tak letak kat tepi pagar :)
ngutik eh....
huuuu .. meremang kejap .
sangat2 menarik dan berguna. fuh...terasa seram sekejap baca tadi. apasal buat malam ni. patutnya buat malam esok baru seram lebih sis
aadesss dah lah lepas nangga kuch2 ho tahey sorang2 kat dibah tek . blogwalking jak alu nangga hal jin. tidur lok eh :D
salu jugak dengar malam2 kat ruma sewa .. hukhuk
kat rumah sewa pernah diganggu jin sampai pintu bergegar, dinding diketuk2 pukul 3 pagi...ketukan yg sgt kuat kat pintu, sampai sekarang trauma :( sgt menakotkan sbb xtidur lg masa tu..1 rumah sampai 8 pagi xtidur T___T jin ikot balik rumah sewa masa lalu A Famosa Resort pukul 10 mlm..hee @_@
tenkiu for sharing..xpernah tau pon psl ni.. moga kt smua dilindungi allah swt
tenkiu for sharing..xpernah tau pon psl ni.. moga kt smua dilindungi allah swt
alhamdulillah rumah yg js duduk takde benda2 camtu...semoga senantiasa dilindungi olehNya..ameen.
perkongsian yang bagus...akan guna sebagai panduan
ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html
mun benda tok ada dalam atau sekitar rumah nang seram... mintak di jauhkan jak...
bila ckp tang nie...umah sewa lama mmg ada pontianak. tmpt dia suka lepak kt pokok limau dekat tingkap bahagian dapur. setiap kali nak memsak sure naik bulu roma...mintak husband temankan memasak
seram lak bc.....anyway terima kasih sharing :)
singgah blog sy & sy nak share something
nk ajak awk join giveaway mudah:
Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !
ok.tips macam ni yg akan aku copy paste simpan.lepas ni bole amalkan.tak rugi pun kalau buat sebelum apa apa berlaku kan.
nice info..thanks 4 sharing :)
mun nasik cepat basi, ada jin la ya? aduhhhh..cpt basik nasi d rmh huhu
Nice sharing.. :)
ada orang padah..setiap rumah nang ada jin yang tinggal... huhu.. dan mun 3 hari rumah or bilik ditinggalkan... jin ya akan menghuni tempat ya...
btw..kamek tag ktk utk join segmen tok...
http://skatykupown.blogspot.com/2012/05/exclusive-giveaway-by-cik-bunny.html
EmoticonEmoticon