Innity Punca Status Nuffnang Jadi Non Glitterati

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat semua. Alhamdulillah hari ni hari yang sangat bagus untuk kita memotong kuku dan melakukan perkara sunah.

Bermula hari Isnin lepas, Nuffnang dengan semangatnya telah menyemak blog aku lantas menukar status aku yang sebelum ini bergelar glitterati kepada Non Glitterati. Tak apa. Aku tak marah. Kalau dulu aku menjadi kelam kabut bila berstatus non glitterati. Kali ni aku cool. Sebab aku dah bersedia menghadapi dan tahu yang Nuffnang akan menarik status glitterati aku.
  
Innity punca status nuffnang jadi non glitterati, innity iklan pesaing nuffnang, senarai kempen cpuv nuffnang, gambar status akaun nuffnang non glitterati
Kini aku berstatus non glitterati Nuffnang

Status Nuffnang Jadi Non Glitterati

Oh ya, aku ada terbitkan artikel yang ni pada bulan lepas: Status Glitterati Nuffnang Bertukar Non Glitterati. Punca aku berstatus non glitterati pasal aku letak 2 blog untuk 1 akaun Nuffnang aku. Untuk masukkan 2 blog, tak ada masalah. Sebab itu adalah salah satu cara juga untuk raih pulangan lumayan dengan Nuffnang. Tapi ianya tidaklah begitu mudah. Ada cabaran jugak.

Untuk mengelakkan akaun Nuffnang kita menjadi non glitterati, pastikan blog kedua iaitu blog baru kita juga ‘aktif’. Maksudnya di sini, trafik blog kena juga bagus. Kalau tak ada pelawat atau trafik blog teruk, Nuffnang akan tukarkan status kepada non glitterati. So, aku pun decide pisahkan blog baru dengan blog lama. Sebab jejaskan peluang aku nak dapatkan kempen CPUV Nuffnang. Settle!

Innity punca status nuffnang jadi non glitterati, innity iklan pesaing nuffnang, senarai kempen cpuv nuffnang, gambar status akaun nuffnang non glitterati
Ada 9 lagi kempen CPUV Nuffnang yang masih lagi berstatus ON GOING

Sedikit perkongsian informasi pasal Nuffnang:

Pasang Iklan Innity Di Blog

Bermula 10 Mei 2015 (Ahad), aku pun tampal iklan Innity dalam blog. Untuk makluman semua, sesiapa yang pasang iklan pesaing Nuffnang status glitterati akan hilang. So, hari Isnin tu sepantas kilat Nuffnang tukar status aku kepada non glitterati. Aku dah jangka pun.

Innity punca status nuffnang jadi non glitterati, innity iklan pesaing nuffnang, senarai kempen cpuv nuffnang, gambar status akaun nuffnang non glitterati
Guna pengiklanan Innity di blog

Innity Punca Status Nuffnang Jadi Non Glitterati

Rugikah aku kalau status glitterati aku hilang?? Ya, ada kerugian di situ. Berbaloikah letak iklan Innity walaupun hilang status glitterati Nuffnang? So far, aku rasakan tindakan aku berbaloi. Sebab sebelum ni aku perhatikan juga corak pengiklanan Nuffnang ni. Asyik tayang iklan biru tu je. Dan aku perhatikan sekitar tengah malam baru iklan disiarkan. Er..iklan biru tu tak menjana apa-apa. Dan tengah malam tu pula..ada ker pembaca yang masih celik mata buat blogwalking atau cari informasi? Penuh persoalan..

Jadi, aku pun nekad. Pasang iklan Innity di blog. Aku nak tengok perkembangan guna iklan Innity ni. Lagipun boleh tambah pengalaman aku menggunakan pengiklanan lain. Nak berjaya, kena berani mencuba dan ambil risiko. Insha Allah, jika perkembangannya positif akan aku kongsikan pengalamannya nanti.

Kisah Innity:
Permohonan Iklan Innity Diluluskan

Pengiklanan Geniee SSP & Status Glitterati

Oh ya, sebelum ni aku juga pernah gunakan pengiklanan lain iaitu Geniee SSP. Bayaran dalam bentuk mata wang dollar. Dah 2 kali cashout. Bakal terima bayaran bulan Jun ni nanti. Alhamdulillah, seronok bila dapat pulangan melalui berblog. Walaupun hanya untuk suka-suka pada mulanya.

Sepanjang pengalaman aku guna iklan Geniee SSP selama 6 bulan, perletakan iklan Geniee SSP tidak mempengaruhi status glitterati. Means, ia iklan yang belum diiktiraf pesaing Nuffnang. Tak tahu la kalau sekarang Nuffnang dah update sistem mereka.

Wokeh, sekian sahaja celoteh aku pasal Nuffnang, Innity dan Geniee SSP. Selamat berhari Jumaat :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

17 comments

try jugak apply innity..tapi tak berhasil nampaknya..

syarat kelayakan untuk apply innity pageviews kena 200,000 setiap bulan, insha Allah kalau trafik blog lebih 200k mungkin ada peluang untuk diluluskan innity.
dah lama apply innity ni, hari tu remove innity sebab clash dgn nuffnang, sekarang nak fokus pada innity, cari pengalaman baru dengan pengiklan lain

wah cayalah Yumida.. jangan lupa share pengalaman ye

insha Allah bbl..baru je guna 5 hari ni..alhamdulillah..so far memberangsangkan
nantikan kemunculan pengalaman beriklan bersama innity coming soon.. tapi lama lagi la..hihihi

tak letak pun iklan nuffnag nih..sebabnya akak ni tak paham..haha

Assalammualaikum.. yumida,

xper lah yumida andainya earning dengan innity lagi masuk... semoga yumida terus berjaya dalam dunia blogging.. Amin.

mselim3

kite baru tahu ade iklan innity. hehe. a'ah, nuffnang sekarang asyik pamerkan iklan biru tu je. bosan pulak

sayang klo blog xde pasang iklan
blh jana sedikit side income
ada tutorial kongsikan cara letak iklan nuffnang dalam blog

setuju! dah cuba baru kita dpt pengalaman berharga

wsalam mselim
terima kasih atas kata2 semangat dri mselim. moga beriklan bersama innity memberi lebih banyak rezeki.. insha Allah

selamat daftar & sign up iklan innity
cuba lok ne tauk dapat..rezeki ya

aah iklan biru tu yg prob, tak jana $. iklan tidur namanya tu. hihi
iklan innity ni iklan yg dah lama bertapak. cuma agak sukar nak dapat. tu la nak try bersama innity ni. mudah-mudahan masyuk... kikiki

Pageview akak tak capai target lagi...dlm 200k sebulan jauh nak kejar tu...nice entry yumida...nnti boleh story yeah...

nak cuba nasib jugalah ...