Mawar
Rashid Peserta Dewi Remaja
Siapa ada tengok episod kemuncak Dewi
Remaja 2014/2015 Finale yang
disiarkan malam Ahad lepas? Seramai 5 finalis akhir yang berentap untuk merebut
gelaran juara Dewi Remaja Edisi 2014/2015. Mawar
Rashid atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri antara yang tercalon finalis
akhir Dewi Remaja. Tahniah!!
Mawar Rashid finalis akhir Dewi Remaja Edisi 2014/2015 |
Mawar
Rashid & Kisah Kontroversi Tak Tahu GST
Dalam satu temubual program realiti
tv, Mawar Rashid telah dikecam oleh banyak pihak gara-gara tak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Kecoh masa tu! Kat laman sosial, ramai
yang mengutuk dari memberi sokongan. Mujur, ada yang tampil mempertahankan Mawar
Rashid dan menyuarakan untuk menghentikan siber buli ke atas finalis Dewi
Remaja tersebut.
Keyboard warrior ni boleh tahan kepedasan
ayat diorang. Main sedap mulut je nak kutuk. Lagi best, masing-masing nak up
entry menghebahkan rakaman Mawar Rashid yang tak tahu GST. Berlumba-lumba nak
dapatkan trafik dengan cara apa pun. Sekalipun, ianya menjatuhkan maruah dan
menyebarkan aib orang lain. Hingga ada yang melabel kepandaian mereka tak
setaraf dengan kecantikan yang ada dalam diri mereka. Over sangat ayat diorang
tu.
Kerana isu GST, Mawar Rashid dikutuk keyboard warrior |
Beringatlah…tak semua benda yang kita
arif dan tahu. Ada juga benda yang kita mungkin kurang tahu, kurang
berpengetahuan. Rilek-rilek sudah..tak payah over sangat.
Masa episod kemuncak Dewi Remaja tu, Mawar
Rashid telah terpilih soalan dari juri Edry Abdul Halim. Umpama ditakdirkan,
soalan yang Edry nak bagi ni ada kaitan dengan Mawar. Tak sangka pulak boleh
kena kat giliran Mawar Rashid. Soalan dia berbunyi macam ni:
“Masyarakat
hari ini begitu terbuka dalam menyuarakan pandangan di media sosial. Sehingga wujudnya
terma keyboard warrior. Apa pendapat anda, tentang kebebasan bersuara seperti
itu banyak mendatangkan kebaikan atau keburukan.”
Nampak tak, soalan tu macam ada kena
mengena dengan Mawar Rashid. Cun sangat-sangat! Mawar pun jawab, yang keyboard
warrior ni ada kelebihan dan keburukan. Kelebihan ialah orang yang dimaksudkan
boleh memperbaiki diri mereka melalui komen dilontarkan. Keburukan ialah
menjatuhkan maruah si mangsa tadi lantas menyebarkan aib di laman sosial. Lagipun
kebanyakan keyboard warrior ni suka menggunakan bahasa kesat, bahasa kasar. Kata
akhir dari Mawar, hentikan siber buli.
Mawar Rashid menang kategori Dewi Remaja Kegemaran |
Jawapan terbaik dari Mawar Rashid! Aku
setuju sangat. Mungkin cara dia yang nampak manja, kelihatan mengada-ngada buat
keyboard warrior tak suka. Tak suka pun, dia tetap jugak antara pemenang untuk Dewi Remaja 2014/2015 untuk kategori Dewi Kegemaran. Tahniah Mawar Rashid!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
macam2
singgah pagi...
klu tak silap aritu..time on tv..
kebetulan mawar tgh jawab soalan nie..so,sempat dgr la jwpn diaaa...
Lagipun semua benda la...yang kita buat hari² ada baik n ada buruknya :)
mmg cara dia jawab isu GST aritu saya pun x suka..tapi sampai lemparkan kata2 kesat dekat dia, itu dah melampau..
hehe..keyboard warrior memang dah banyak dah sekarang ni.kadang benda kecik pun nak diperbesarkan sampai tahap makian.lagi-lagi dalam FB tu.mengucap panjang bila baca komen-komen spesis keyboard warrior negative thinking..