Orang
ni yang buat hal, orang lain yang jadi sasaran. Entah apa-apa la orang macam
ni. Sanggup merosakkan kereta Myvi milik orang lain. Ingat murah nak baik pulih
kereta tu. Padahal orang tu tak ada kaitan pun dengan kemalangan di Lebuhraya Duke.
Sejak
insiden nahas Duke, ada segilintir pihak yang tak bertanggungjawab melampiaskan kemarahannya pada pengguna
kereta Myvi lain. Patut ke tak patut buat macam tu? Adoyai..di mana nilai-nilai
murni yang kita belajar kat sekolah? Singkat betul pemikiran mereka. Bertindak
mengikut nafsu amarah.
Kereta Myvi menjadi sasaran pihak yang marah dengan nahas Duke |
Nahas Duke: Lepas Geram Rosakkan Kereta Myvi Lain
Contoh
yang terbaru ni, sebanyak 30 buah kereta Myvi disabotaj oleh pihak yang marah
dengan kemalangan nahas Duke. Kerosakan yang dilakukan terhadap kereta Myvi tersebut meliputi disimbah dengan asid, dipecahkan cermin
serta bampar, malah kereta ditolak ke dalam longkang. Haih…kerja siapa la
yang bangang macam ni. Macam tak ada kerja lain. Kereta orang tuuu!
Nahas Duke yang membabitkan lumba kereta Myvi pada 2 Mei yang lalu |
Dek peristiwa
itu, mangsa juga selaku wakil Gabungan
Myvi 1Malaysia (GM1M) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas
kereta mereka dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab gara-gara marah
dengan kejadian nahas Duke.
Kelab Myvi GM1M tidak ada kaitan dengan Familia Myvi Club (FMC)
GM1M
turut membuat laporan polis untuk memaklumkan masyarakat bahawa kelab pemilik
kereta Perodua Myvi diwujudkan bukan untuk berlumba, sebaliknya bagi
menjalankan aktiviti bermanfaat untuk
kira-kira 830,000 pemilik Myvi di seluruh negara yang berminat. Familia Myvi Club (FMC) yang dikaitkan dengan kejadian itu
bagaimanapun bukan ahli GM1M.
Baca lagi
sekali. Kereta yang korang rosakkan tu tak
ada kena mengena dengan kelab FMC. Kesian mereka yang jadi mangsa keadaan. Berubahlah
korang semua yang dah bertindak melampau tu.
Siasatan Kes Nahas Duke
Kes nahas Duke biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan kita tunggu keputusan dari mahkamah. Jangan sesuka
hati nak tegakkan keadilan dengan cara yang salah. Kita siapa nak berbuat
sebegitu dengan orang lain. Ingatlah, walaupun korang terlepas dari tangkapan membuat
kerosakan pada kereta Myvi lain, amalan kejahatan korang tercatat oleh pihak di
atas sana. Berubahlah..
Al-fatihah
buat 3 sekeluarga mangsa nahas Duke.. Kemalangan lebuhraya di Duke:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
adoi betul2 menyusahkan
dah la kena byr bulan²...
org sabotaj lagi...
nak baik pulih lagi...ish...kesian kat dieorg yg x bersalah tuh...
tu kerja budak budak setan. rosakkan kereta untuk seronok seronok je. kes kemalangan duke jadi alasan untuk menghalalkan kegilaan diorang je
http://kucenmaster.blogspot.com/
Yg langgar org lan, orang lain pula kena. Pelik sifat manusia begini.
ZH Blogger
assalam. jum join GA
tomodachilavendra.blogspot.com/2015/05/simple-rm100-giveaway-byijeni.html
jahatnya.. kesian pemilik kereta myvi yg lain.
tak suka le