Hampir
2 minggu dah tak ada bekalan air paip. Khabarnya ada paip yang pecah dan masih
dalam proses baik pulih. Kat sini kes ketiadaan air untuk tempoh yang lama
adalah perkara biasa. Dan aku pelik, kenapa erk paip tu sentiasa buat hal.
Takkan asyik pecah. Part tu aku musykil jap.
Tiada Air Paip - Tadah Air Hujan & Isi Dalam Botol
Tahun
lepas nyer, 2014, paling lama tak ada air sekitar 1 bulan lebih. Nasib baik ada
lori hantar air salurkan air. Kalau tak payah gak. Sebab nak harapkan hujan.
Hujan pun jarang turun. Air paip kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang. Ada
pun hanya bertahan 10 minit dengan pressure air yang sangat slow.
Untuk
air minuman, aku dan hb hanya beli air mineral yang dalam kotak tu. Air Reverse
Osmosis (RO) khas untuk minuman sahaja. Untuk masakan, kalau ada air paip, kami
tadah dalam botol mineral banyak-banyak. Untuk simpanan stok. Nak guna air
tangki biru tu, ermmm rasa macam tak bersih air dalam tu. Air tangki untuk
kegunaan cuci pinggan, cuci baju, mandi.
Manfaat Bila Hujan Turun
Seronoknya bila hujan boleh simpan air dalam botol berkotak-kotak |
Alhamdulillah,
semalam hujan lebat. Hb pun tadah air guna tong hitam yang masih baru. Settle
tadah air dalam botol mineral besar sebanyak 5 kotak. Yeah! Senang nak masak
nanti.
Hujan Pembawa Rahmat
Alhamdulillah..
di samping menyejukkan bumi, ia membekalkan air buat orang yang ketiadaan air
macam kami kat sini. Syukur alhamdulillah..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓