Bila Berjanji...Tepatilah Janji!

alhamdulillah...Jumaat tiba lagi
sekadar perkongsian utk kita bersama
mengenai JANJI
bila kita berjanji kpd seseorang..
bila seseorang berjanji dgn kita..

Agama Islam tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam perkara-perkara yang baik dan berkebajikan.


Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1:-



Tafsirnya : 
Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.



Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3:



Tafsirnya : 
Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.



Menepati janji adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang mu’min yang menepati janji akan diberi ganjaran yang sebenar-benarnya oleh Allah Subhanahu Wataala iaitu ganjaran syurga firdaus. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 8 - 11:-



Tafsirnya : 
Janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata Insya-Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : mudah-mudahan Tuhanku memimpin ku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.



Soalan apakah perkataan “Insya-Allah” yang diucapkan itu sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikuti hukum syara'? Inilah yang menjadi kebiasaan di kalangan kita apabila berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan maksud tidak memberatkan apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain “Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji.



Perlu diingat dan difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti ucapan “Insya-Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji. Bahkan perkataan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua.



 Betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soalan janji

 oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima janji.

Sumber: SINI
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Mood Ke Laut

beznye klo betul2 dapat ke laut
blh jugak berenang
berkejaran dgn ombak
minggu ni..mood nak update entry mmg kureng

byk sgt bende nak dipikirkan
debaran menunggu bulan 6..
myb awal bulan..tgh bulan..or ujung bulan
x pasti..
maybe aktiviti berblogging akan dihentikan seketika
oops..jgn pikir yg bukan2 sudah..haha

actually, mood agak tercalar sedikit..
gara2 berdepan sekali lagi dgn penganjur merangkap sponsor yg x jujur
pesanan buat ngko (yg terbabit)
usah menggunakan berbagai alasan
alasan kebudak-budakkan ko tu x masuk akal
klo dah nama 'janji' kene ditunaikan dlm apa cara sekalipun
klo tak mampu..jangan merepek nak janjikan itu ini
cerminkan diri sendiri...lihat kemampuan engko sendiri
ada paham????
yg lain sila cebikkan bibir pd dia
*belajarlah dr kesilapan diri sendiri..
*teguran org lain membina diri kita agar menjadi lebih baik
*hope ko belajar dari kesilapan

kucing aku dah panggil tu
baik aku layan kucing aku yg comel lg gebu tu
kucing aku pun tak suka klo orang x jujur pada dia

kan..kann..kannnnn
kucing pinjam..sila jawab
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Partner Giveaway by Atiqah-Farah

KLIK BANNER UTK JOIN


PEMBAHAGIAN HADIAH :


1x Top Refferal 

33x Random.Org


SENARAI HADIAH :

Doodle 1x  by Atiqah
Novel 4x by Shafawi Dzulkefli
Topup RM5 3x by Nur Ain Othman
Review Blog 5x by Sahizatul Sahimi
Topup RM3 1x by Azwar Syuhada
Bookmark + Review Blog 3x by Qirazlyn LeEn
Topup RM10 1x by Amirah Rushdan
Review Blog 3x dan Cursor 2x by Nur Shaira Elianis
Header Tak Bersambung 2x by Najaha Alia
Topup RM10 2x by Gugu Soriano
Topup RM5 1x by Nurul Firzanah
Background blog 3x *ikut kehendak pemenang* by Nur Syazlia
Novel 1x *Si Kucing Parsi* by Syahira Adisa

Reload Topup RM5 2x by Bintu Yusof
UPDATE :

1. [SENARAI PESERTA]

DUE DATE : 16 JUNE 2013



.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

First Giveaway By Blogger



KLIK BANNER UTK JOIN


senarai hadiah :
1) bedak johnson baby x 1 (elly fazira akma)
2) felt craft x 2 (nur mahirah)
3) rm5 x 10 (cik i l y )
4) bloglist sebulan x 20 (cik fie)
5) wallpaper dekstop x 6
     banner x 2 (nurfarahuda)
6) keychain x 2 (eyma su)
7) pen serawak x 4 (cik angah humaira II)
8) bloglist x 10 (aimi muslihah)
9) bulgarian white rose white+black berry chocolate mask+bloglist sebulan x 1 (nurul najihah)
10) rm5 x 1 (wanie zunidan)
11) baju t-shirt x 2 helai (nadia NK )
 12) bookmark x 3 (husna izzati)


13) header animated x 10 (saadah )


14) bloglist sebulan x 10 (shuhada salmee)


TAMAT: 8 JUN 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Segmen Top Up by Siti Aisyah Khalil


KLIK BANNER UTK JOIN

Hadiah-hadiah
1.Top Up RM5 - 1x
2. Top Up RM10 - 1x
3. Top Up RM5 (Maxis) - 2x
4. Mystery Gift - 16x

 pemenang dipilih oleh Pak Cik Random

TAMAT: 2 Jun 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Giveaway Camera Coins Bank by Nadnod Azizan

KLIK BANNER UTK JOIN


banyak tabung camera yg ada
yumida pun berkenan kaler pink ni
biasa laaa..jiwa gegirl katakan
blog pun kaler pink gak...mmg match sesangat!
pink ni nampak cantik, lembut, ayu..macam tuan blog ni

TAMAT: 2 JUN 2013
JOM JOIN RERAMAI


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Beli Aiskrim Dapat PERCUMA Peti Sejuk

bende ni berlaku bulan lepas
masa nak bayar barang2 dapo kat kaunter cashier
aku terpandang peti aiskrim
dgn excitednye aku lari2 manja
lalu merembat seketul aiskrim
girang hatiku x terkata

entah mengapa hari tu ramai pulak yg bershopping
menunggu la turn nak bayar dari minit ke minit
selesai saja membayar
aku dgn ehem2...sape lagi...si peneman setia: Mr. Kucing
pon mengangkat barang2 dgn gagahnye!

sampai saje dlm keta..
aku bertambah bizi dgn memulas tombol aircond
agak panas jugak cuaca ketika itu

destinasi seterusnye ke kedai mkn..
usus dan limpa ligat menendang-nendang menandakan protes
iye...nak pegi lunch la ni! x sabar betul!

selesai sahaja membedal sepinggan nasi, semangkok abc
aku berkira2 nak window shopping
alang2 dah keluar..biarlah peluh keluar sebakol
jalan sana..jalan sini..jalan situ
3 jam...done! wokeh..jom balik!

semasa dlm perjalanan balik
"eh..tadi i macam ade beli something"
aku bersuara pd Mr. Kucing
dia buat donno
keletihan mungkin
agak menoleh pd seat belakang
"aaaaa! i lupa nak makan aiskrim!"  dush!!!!
sekali check...aiskrim tu dah lembik
hmmm...mood nak makan cancel

bila sampai kat umah..aku masukkan balik aiskrim tu dlm peti sejuk
yg x beznye..bila ia mengeras kembali..rasanye x sama
x sesedap ketika ia betul2 beku & pejal
pengajaran? lain kali klo nak beli aiskrim
beli peti sejuknya sekali..hahaha


aiskrim...lai lai lai...
beli satu dapat percuma peti sejuk!
kat mane korang ade tengok promosi ni?
nanti bagitau kat aku ye..aku pun nak jugak beli ni..hehe

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Simple Giveaway by Nabeel Fikree



Assalamualaikum.


Terima kasih bebanyak kepada mereka semua yang dah sudi jadi sponsor untuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree untuk kali ni. Giveaway kali ni dinamakan sebagai Simple Giveaway sebab hadiahnya simple je. Tak lah banyak mana meletop vavavoom pon hehe. Harap mendapat sambutan dari korang sebab senang je nak join. Guna cara kopi dan pasta je!


Simple Giveaway by Nabeel Fikree


Harap giveaway ni akan mendapat sambutan dari korang. Alang2 kan, bila dah baca tu teruslah join hihi. 


SYARAT-SYARAT :

  1. Follow blog NabeelStories.Com dan jangan lupa follow blog sponsor jugak!
  2. Buat satu entri bertajuk Simple Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy kod yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry.
  4. Tinggalkan link pada ENTRY INI sahaja!


NAK TAHU SENARAI HADIAH?
NAK JOIN? JOM KLIK SINI !

TAMAT: 16 JUN 2013


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

GIVEAWAY liptint from BELLONISTA BEAUTY

KLIK BANNER UTK JOIN


pemenang akan di pilih secara random. 
4 pemenang akan dipilih untuk miliki satu liptint 
-2 dari blog 
-2 dari status fb yang ditag.

dan 2 follower bertuah akan di pilih untuk mendapat sehelai shawl  dr diory_az
1 Follower bertuah akan di pilih untuk mendapat tudung bawal.

giveaway ini akan berlansung sehingga 26/5/2013 jam 1159 pm
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 Blogger Comel di Malaysia

KLIK BANNER UTK JOIN


As salam buat rakan pembaca..

Tercuit di hati ni untuk join segmen yg dianjurkan oleh gegirl yg famous dgn lesung pipitnya iaitu Cik Lyeen Cupcakes. Hati meronta-ronta ingin menjoinkan diri. Terlintas di benak kepala beberapa senarai blogger yg kurasakan cukup comel!

Comel bukan sebarang comel,
Comel ditakrif mengikut pengkhususanku,
Blogger siapakah yang paling tercomel,
Blogger itulah blogger pujaanku.

Senarai 10 BLOGGER TERCOMEL carta hatiku
Jengjengjeng...

1)    Hasrul Hassan
2)  MIA LIANA
4)    Blog 3 Dalam 1
5)    Hanif Idrus
6)    Deqla Manjew
7)    ||aLeaSaRa||
8)    Nurdani 
9)    AFZALSUKASUKI




Mengapa mesti blogger Hasrul Hassan (HH)?

Seperti yg kita sedia maklum, blog saudara HH ni tip top dgn panduan dlm membina blog. Semestinya entri2 yg dikeluarkan cukup bernas dan menjadi rujukan ribuan blogger di luar sana. Ini termasuklah diri aku sendiri. Abang Hasrul Hassan [nada menggoda ala2 seriau]...i lah peminat secret u. Hikhik.. Even u x tahu keberadaanku, aku tetap setia dgn hasil karyamu. Akan ku sentiasa mendambakan cetusan ilhammu, ku baca, ku fahami, ku ikuti tips2 diberikan olehmu. Demi blogku ini, akan ku pertahankan rasa setia ini dan mengikuti perkembangan blog HH. Ketahuilah...abang Hasrul Hassan sentiasa comel dihatiku.





Blogger comel itu juga...milik  MIA LIANA

Oh akak MIA LIANA.. Sememangnya akak special dihatiku. Kecomelan akak terserlah dgn keramahan akak di ruang komen entriku. Terima kasih atas sokongan akak  MIA LIANA. Even akak di antara blogger yg famous amos, namun akak seorang yg low profile. Sentiasa beramah mesra dgn blogger2 biasa. Akak juga seorang blogger yg sporting yg mana seringkali menjoinkan diri dlm segmen yg dianjurkan oleh blogger2 lain. Malah akak juga tidak kedekut ilmu dlm berkongsi tip-tips mengenai blog/coding html. Akak juga seorang yg prihatin mengenai pertanyaan yg diajukan oleh blogger2 lain. Akak  MIA LIANA memang comei lote dihatiku.





Blogger comel si Kisah Emas Putih (Uzu)

Comelkah empunya diri tuan blog ini? Semestinya comel! Sepadan dgn nama blognya Kisah Emas Putih (Uzu)  dirinya berkulit putih melepak. Lepak bukan sebarang lepak, lepak hanya di kedai emas 916. Emas itu begitu berharga! Begitu jualah pandangan aku mengenai blog ini. Blog yg mempunyai nilai yg begitu berharga. Di sinilah tempat aku mencari sumber2 berita terkini. Kengkadang berita itu belum masuk dalam tv, aku sudah mengetahui perkembangan berita terkini melalui blog Kisah Emas Putih (Uzu). Blog yg mempunyai asset berharga. Blog bermaklumat dan berinformasi. Blog yg bermanfaat begini meletakkan kedudukannya antara yg tercomel dlm carta hatiku.





Blogger Hanif Idrus juga antara yg tercomel

Tiap kali singgah di blog ini, hati ini akan terpaut utk membaca hasil karyanya sehingga habis. Pengolahan ayat yg begitu bagus. Pemikiran yg begitu kritis membuatkan aku jatuh cinta pd penulisannya. Kata dirinya, dia masih berjuang mengenali erti blogging dan menanamkan semangat ingin membangunkan dunia blogging bersama blogger-blogger baru amnya dan mempelajari ilmu blogging yang tiada penghujungnya. Suka bereksperimental dengan SEO dan Alexa dan bercita-cita mencari penyelesaian Page Rank yang lebih mudah agar dapat dikongsi kepada pembaca. Memang benar, blogger Hanif Idrus ni tidak lokek dgn ilmu. Dari blog ini jualah aku mempelajari serba sedikit mengenai blog. Bagiku Hanif Idrus seorang blogger yg unik dan aku suka cara dia melontarkan pandangan. Dan aku memberikan tambahan markah bonus sebab dia seorang yg ramah dan sudi meluangkan masa memeriahkan kotak komen entriku. Sebab itulah dia berjaya menduduki carta comel itu.






Blogger tercomel jatuh pada blogger Deqla Manjew

Dia ialah salah seorang rakan blogger yg paling rapat dgnku di alam blogging ini. Apa yg membuatkan gegirl ni istimewa dihatiku, dia seorang memahami, prihatin dan faham dgn jelas mesej penulisanku. Bukan sekadar membaca, namun komen yg diberikan memberikan perincian setiap persoalan yg aku ketengahkan dlm entri. Amat sukar menemui blogger seperti ini. Thanks  Deqla Manjewatas keprihatinanmu..u’re so special! Engko tercomel di antara mereka yg comel-comel itu cayangku Deqla Manjew.





Blogger ||aLeaSaRa|| blogger comel

Sikapnya yg ramah dgn pendapat yg mencuit hati sering memeriahkan di bahagian kotak komen. Apa yg uniknya mengenai akak ||aLeaSaRa||, dia hebat berdoodle. Doodle yg dihasilkan amat kiut. Sesuai ku kategorikannya sebagai yg tercomel-comel belaka. Doodlenya akan diselitkan dlm entri blog. Mesej blog disampaikan dgn gerak geri doodle yg diolahnya. Sangat mencuit hati! Sesiapa yg berkunjung ke blog akak ||aLeaSaRa|| sure takkan rasa bosan. Malah membuatkan hati pengunjung terigau-igau utk bertandang kembali ke blog dia.





Blogger tercomel blogger Nurdani 

Sesiapa yg singgah di blog Nurdani pasti akan terpukau dgn hasil karya Nurdani . Orangnya hebat dlm menghasilkan doodle. Dia merupakan salah seorang idolaku dlm berdoodle. Katanye dgn berdoodle dia boleh meluahkan perasaan melalui lukisan. Antara software yg digunakan utk melukis ialah MS Excel, Paint version 6.1 dan Paint Tool Sai. Wah..hebat! That’s why la hasil lukisannya kebaboom! Aku sukakan perincian setiap hasil karyanya. Malah aku sendiri dlm proses mempelajari dan mendalami teknik melukis doodle. Nurdani ...kau tersenarai sebagai blogger comel dlm carta hatiku.





Blogger ala-ala comel disandang oleh blogger Blog 3 Dalam 1

Ruangan entrinya sentiasa meriah dgn gosip2 artis dan berita terkini. Malah aku sendiri mengikuti perkembangan berita yg disampaikan oleh blogger ini. Gossip bukan sebarang gossip..gosip yg pastinya meletop! Haha...Sesuai dgn jiwaku yg dahagakan berita hiburan dan tempatan. Menerjah blog Blog 3 Dalam 1 membolehkan aku mengetahui perkembangan informasi terkini. Tidak rugi kiranya aku meluangkan masa membaca artikel yg dihasilkan oleh blogger ini. Kerana...bukan sahaja pengetahuan semasa yg aku perolehi..malah, mendapat 3 komen sekaligus utk entri2 ku! Penerjahan yg berbaloi-baloi! Semestinya blogger ini Blog 3 Dalam 1 special di hatiku..kau olwes comel di hatiku.





Blogger comel blogger AFZALSUKASUKI

Sesiapa yg menerjah blog AFZALSUKASUKI, sure tertanggal gigi palsunya. Peringatan kpd makcik pakcik dan juga nenek2..pastikan anda telah melekat polident pd gigi palsu anda. Blogger AFZALSUKASUKI merupakan blogger yg tercomel dgn kegilaanya membuatkan aku sendiri rasa kurang waras apabila singgah di blognya. Hasil karyanya hebat! Mampu memanipulasikan aku ke dunia doraemon dgn pintu ajaib dan terpesona dengan kecantikkan Sizuka. Idea yg pelik, unik dan gila2 membuatkan aku jatuh cinta pada hasil karyanya. Semestinya blogger AFZALSUKASUKI tersenarai sebagai blogger tercomel dlm carta hatiku.





Blogger tercomel akhirnya jatuh jua pada blogger TUGAU GATES

Nama macam pelik. Tapi orangnye lagi pelik! Mengetengahkan idea gila2 membuatkan aku amat sukakan karyanya. Di sinilah aku melayan perasan. Rasa suka, rasa syok sendiri, rasa blues, rasa gila2.. Melupakan segala permasalahan seketika. Tiap2 entrinya membuat aku tersenyum memanjang. Dia teristimewa..berjaya menduduki carta kecomelan dihatiku.



Actually, ade ramai lagi blogger yg kurasakan cukup comel!
Termasuklah korang semua yg tengah membaca entry ni
Happy berblogging u olls :)

Video special utk mereka yg teratas
Video ini telah di upload ke Youtube
Jemput tonton:

http://youtu.be/6A837Uw0UBE

TAG:

TAMAT: 10 JUN 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓