Drama Masihkan Ada Kasih yang disiarkan di TV1 merupakan drama adatasi dari novel alaf 21. Dari novelis
terkenal iaitu Sharifah Abu Salem.
Ada yang dah tonton drama ni? Cuma jam tayangan tu la, jam 11.05 malam. Fuh,
mata pun dah minta didodoikan. Tapi aku sempat tengok drama ni beberapa episod.
Drama Masihkah Ada Kasih di TV1 |
Pasal suka lakonan Shera Aiyob tu yang
sanggup tunggu drama ni disiarkan. Tengok drama ni, memang agak berat watak
yang dimainkan Shera. Membawa watak Manisah, seorang isteri yang diuji dengan
suaminya yang hanya tahu mengambil peluang ke atas dirinya, malah ditakdirkan
anaknya dapat sakit jantung berlubang. Bebanan yang berat dipikul oleh Manisah.
Sedih drama ni.
Sinopsis Drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca
Masihkah Ada
Kasih mengisahkan
kehidupan pasangan muda, Manisah (Shera Aiyob) dan Firdaus (Fikhree Bakar) yang
terpaksa berdepan dengan pergolakan rumah tangga. Firdaus mengahwini Manisah
bukan kerana cinta, tetapi kerana ingin membuktikan dia mampu merampas Manisah
daripada kawan baiknya, Johan (Karl Shafeq).
Saat cinta Johan kepada Manisah
bermula, Firdaus juga turut menyukai Manisah. Manisah pula memang jatuh cinta
pandang pertama kepada Firdaus. Firdaus sentiasa mencemburui Johan yang menempa
banyak kejayaan dalam usia muda. Dalam usia 26 tahun, dia berjaya mengembangkan
empayar perniagaan peninggalan bapanya sehingga ke Amerika.
Sedangkan Firdaus masih hidup
terumbang-ambing dengan berfoya-foya tanpa arah tujuan. Bapanya, Datuk Mohsin (Raissuddin
Hamzah) selalu mencabar Firdaus, jika dia boleh melakukan seperti apa yang
dilakukan Johan, syarikat perniagaan bapanya akan menjadi miliknya sepenuhnya.
Datuk Mohsin selalu memuji Johan di
depannya membuatkan Firdaus sakit hati.
Manisah, setiausaha Johan seorang
gadis kampung yang sederhana dan berbudi bahasa. Keperibadian Manisah memikat
Johan. Melihat kemesraan Johan dengan Manisah, Firdaus terfikir untuk memiliki
gadis itu.
Manisah menerima cinta palsu Firdaus
dan kedua-duanya berkahwin. Johan pula berhijrah ke New York dan berkahwin
dengan wanita Inggeris. Namun Firdaus mempergunakan Manisah untuk memenuhi
impiannya dalam perniagaan. Demi menyahut cabaran Datuk Mohsin, Firdaus
melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah isteri untuk mendapatkan
kontrak berjuta ringgit.
Namun Manisah tidak tahan terus
terseksa. Tidak sanggup bergelumang dosa angkara kerakusan Firdaus memburu
keuntungan, Manisah menuntut cerai. Firdaus menceraikan Manisah kerana merasakan
Manisah bukan lagi sandaran terbaik untuk memancing peluang.
Manisah sudah pandai memberontak dan
melawan, malah mengugut Firdaus untuk mengadukan perbuatannya kepada Datuk Mohsin.
Firdaus menceraikannya dalam keadaan marah. Manisah terpaksa kehilangan
anaknya, Syafiq (Mohd Afiq Farhat) apabila Firdaus melarikan Syafiq dan
menyembunyikannya.
Bermulalah pencarian Manisah kepada
anak kesayangannya. Lebih memilukan Syafiq dipisahkan darinya ketika anak kecil
itu sedang menderita penyakit jantung berlubang. Konflik demi konflik mula
berlaku sehinggalah Johan kembali dari New York dan membantu Manisah. Apakah
yang akan terjadi seterusnya? Saksikan kesudahan kisah ini menerusi drama Masihkah Ada Kasih di TV1.
Gambar Drama Masihkah Ada Kasih TV1
Saksikan drama Masihkah Ada Kasih TV1 Slot Arca
Tarikh drama Masihkah Ada Kasih
mula disiarkan: 27 Mac 2015
Jumlah episod Masihkah Ada Kasih: 40
Hari: Khamis – Jumaat
Jam: 11.05 malam
Saluran: TV1
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓