Punca & Cara Merawat Ulser Mulut

Ulser Mulut Rasanya Sakit Sangat!!!
Siapa pernah kena ulser kat mulut? Sakit woo kena ulser ni. Terutama di bahagian dalam mulut. Dah la tempoh nak baik ambil masa berminggu-minggu. Paling selalu terkena masa bulan puasa.

Kalau tersalah makan, tergigit pipi, lidah atau bibir confirm kecederaan tu akan jadi ulser mulut. Adoi..sakit sangat. Even letak bonjela pun masih sakit dan nak sembuh pun makan masa lama. Terseksanya bila di landa ulser mulut.

Punca Terjadinya Ulser Mulut
Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser. Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.

Gambar Ulser Mulut 
Cara atasi dan rawat ulser mulut, tips sembuhkan ulser mulut, cara cegah ulser, cara cepat hilangkan sakit ulser di mulut, cara merawat ulser mulut pada kanak-kanak, punca ulser mulut, gambar ulser mulut, panduan ubati ulser mulut, petua mujarab ulser mulut, rawatan ulser mulut, tanda-tanda, gejala, simptom ulser mulut
Percayalah... ulser mulut tu sangat menyakitkan!

Tanda-Tanda / Simptom Ulser Mulut
Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Cara Merawat Ulser Mulut
1. Air garam kurangkan rasa sakit pada ulser mulut
Kumur menggunakan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

2. Minum air kelapa untuk elak mendapat ulser mulut
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

3. Rawat ulser mulut kanak-kanak dengan menggunakan marjerin
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

4. Madu rawatan terbaik masalah ulser mulut
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

5. Sembuh ulser mulut dengan cepat menggunakan soda penaik
Soda penaik (baking soda) dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas. Kredit: Cara mencegah ulser mulut

Praktikkan cara di atas, mudah-mudahan ia membantu menyembuhkan ulser mulut yang dihadapi oleh anda. Selamat mencuba!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

saya pernah terkena ulser mulut oh macam tu cara nak rawat ok ok terima kasih kongsi :-)

selalu kena ni... aduh.. stress

makan garam ya part paling best... makin sakit makin nyaman jadinya huhu

bagusnye petua..lagi2 yg pasal majerin tu...

tq perkongsian Yumida, memang sakit kalau terkena kan .

Info berguna untuk rujukan..terima kasih ye..