Kisah
ni aku terbaca melalui perkongsian di Facebook. Sangat-sangat menyentuh
perasaan aku. Dari awal baca sampai habis, air mata aku asyik merembes keluar. Sedih..dan
aku sendiri sangat kagum melihat ketabahan ibu muda ni menghadapi saat
pemergian anaknya. Anak yang dikandungnya selama 29 minggu itu. Kembali kepada
Ilahi. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Kisah Anak Syurga: Ibu Muda Yang Tabah
Kisah sedih dan bagaimana ibu muda ni berdepan dugaan berat dalam hidupnya dikongsi menerusi sumber sini. Penceritaan dari empunya tuan badan. Tabah sungguh hati ibu muda ni. Moga Allah merahmati hidupnya dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat dirinya.
Kisah sedih dan bagaimana ibu muda ni berdepan dugaan berat dalam hidupnya dikongsi menerusi sumber sini. Penceritaan dari empunya tuan badan. Tabah sungguh hati ibu muda ni. Moga Allah merahmati hidupnya dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat dirinya.
Moga kisah
ini memberi peringatan buat kita, bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada
kita. Redha dan tabah atas ujian yang menimpa diri kita. Dan kita harus
sentiasa beringat, apa yang kita ada hanyalah pinjaman sementara.
KETABAHAN HATI SEORANG IBU KEHILANGAN ANAKNYA
Di Mesir.
Selepas mendapat tahu akan 'surprise' kembar yang Allah
berikan, aku dan suami begitu gembira, bahagia di atas hadiah ini. Aku tahu,
terlalu ramai mereka di luar sana yang menginginkan anak kembar. Dan aku
dipilih Allah untuk membawa 2 janin di dalam 1 rahim. Tika itu, sangat
merasakan betapa sayangnya Allah pada hamba dia dengan memberikan banyak
nikmat, sedangkan dosa kita terlalu banyak dan merasakan tidak layak untuk
menerima anugerah tersebut. Aku dan suami kembali bermuhasabah diatas apa yang
Allah berikan. Sujud syukur dan air mata mengiringi, tanda syukur pada yang
Esa.
Dipendekkan cerita, atas beberapa sebab keadaan dunia
perubatan di Mesir, kami mengambil keputusan untuk aku pulang ke Malaysia dalam
memberikan yang terbaik buat bayi yang dikandung. Walaupun mengetahui berjauhan
itu sangat perit bagi mereka yang telah berkahwin. Namun, apa lagi yang lebih
berharga selain dua anak di dalam perut ini. Maka kami teruskan. Sikap
'percaya' antara satu sama lain kami terapkan sepanjang berjauhan. Siapa yang
tidak sedih, melalui fasa perjalanan mengandung dalam keadaan suami jauh.
Namun, dicekalkan hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi sedikit
supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi hari. Mengandung anak kembar
bagiku, sangat tabah dan perlu kuat untuk menghadapinya. Ibu-ibu yang
mengandung kembar, pasti tahu.
Maka hari demi hari diteruskan seperti biasa, bergilir bulan
disisi keluarga mertua dan keluarga sendiri, menanti kepulangan suamiku yang
sepatutnya pulang pada minggu ke 33 kehamilan. Ketika kandunganku berusia 29
minggu, takdir Allah menentukan untuk aku bersalin pada waktu ini. Aku sudah
mula merasakan sakit-sakit hendak bersalin. Waktu ini, aku berdoa agar anak
yang di dalam kandungan masih dapat bertahan untuk tidak keluar sehingga 'due'
yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya sehingga kepulangan suami yang berbaki 4
minggu. Namun, aku harus bersedia bila-bila masa sahaja untuk bersalin, dan
harus kuat semangat untuk melahirkan anak sulung dalam keadaan suami tiada di
sisi.
Alhamdulillah aku selamat melahirkan dua puteri kembar usai
azan subuh berkumandang pada 11 Mei 2015. Semua terlalu pantas. Suami tidak
sempat untuk pulang kerana masih ada tugas. Kami namakan Maryam Farihah untuk
si kakak dan Marsya Farihah untuk si adik. smile emoticon
Selepas bersalin, kedua bayi terus dimasukkan ke dalam NICU
untuk dipantau rapi di atas sebab kelahiran yang sedikit awal. Sepanjang Maryam
dan Marsya di hospital, aku berulang alik ke hospital untuk melihat bayi
seorang diri dalam keadaan masih berpantang. Sangat respect akan ibu-ibu di
luar sana yang mempunyai anak-anak premie. Dalam keadaan diri sendiri
sakit-sakit, tetapi tetap melihat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu pada
anaknya.
Anak anugerah Allah tak ternilai. Bahagia kita bila menerima perkhabaran hamil |
Sehinggalah ditakdirkan pada hari yang ke 14, (Ahad, 24 Mei
2015), anak pertamaku Maryam Farihah perlahan-lahan pergi meninggalkan aku.
Kata doktor, ada infection dalam darah dan menyebabkan kegagalan oxygen
bergerak dengan baik. Aku pun kurang tahu kaitannya, mungkin juga salah faham.
Apa pun, aku menjadi saksi semuanya. Subuh dia keluar ke dunia, dan kembalinya
juga kepada pencipta pada waktu subuh ditemani hujan rintik-rintik hujan
mengiringi pemergian puteri pertama kesayangan kami. Alhamdulillah, aku tenang.
Hanya memikirkan suamiku, babanya yang masih belum sempat melihat dan memegang
anaknya di depan mata, namun sudah pergi untuk selama-lamanya.. Perginya ke
Syurga. Bahagia di sana, sedang bergembira di Syurga.
Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu
dari rahimku, dan menjadi mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami
sedar yang anak itu hanyalah pinjaman buat kami. Engkau ya Allah yang berhak
untuk mengambilnya kembali. Sesuai dengan namanya Maryam, sebagaimana kisah di
dalam Al-Quran bersalin bersendirian. Begitu juga denganku yang bersalin
bersendirian. Engkau setabah 'Maryam'. Farihah, yang bermaksud kegembiraan,
gembiranya engkau di Syurga menemui Allah azza wa jalla.
Kehadiran kedua puteriku membuatkan kami berdua kembali
berfikir dan terus berfikir akan hikmah yang Allah berikan semua ini. Episod
demi episod datang dan terus datang ke dalam hidup kami. Tidak sempat suamiku
melihat perutku yang memboyot-boyot, menemaniku ketika bersalin, melihat dan
memegang anaknya, dan kini Engkau memanggil Maryam untuk pulang. Suamiku sangat
redha, dan dia sangat tenang dan bersangka baik dengan Allah.
Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan seminggu aku mengandungnya,
melihatnya keluar dari perutku, melihat badannya penuh dengan wire di sana
sini, memegang jemarinya di nicu, bersembang-sembang, bercerita dengannya,
memberi semangat, bernyanyi dan berdoa di depannya, dan membawa jenazah pulang
ke rumah. Pertama kali dapat memegangnya, mengucup, meribanya, dan memeluknya
di saat jasadnya sudah tidak bernyawa. Namun aku bahagia masih sempat
berpeluang menikmati semua itu. Dan Alhamdulillah juga berpeluang untuk
memandikan sendiri jenazah anakku itu.
Maryam sangat cantik, sangat bersih, sangat tenang wajahmu
sayang. Pasti sudah terbayangkan Syurga yang bakal kau jejaki.
Kehadiranmu membuatkan kami semakin mengingati Allah dan
mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih sayang. Aku tahu, ujian itu akan
terus datang. Yakin dan percaya pada Allah, nescaya kita akan tenang.
Ayat 11, dari Surah At-Taghabun ( Sila bangun dan cari Quran
terjemahan! Atau google! tongue emoticon ) sangat menjadi motivasi buatku.
Semalam terfikir-fikir. Ya Allah, teringinnya untuk aku mati syahid. Aku takut,
kematianku bila-bila masa sahaja. Tapi amalku masih belum cukup. frown emoticon
Terima kasih Maryam Farihah, engkau menganugerahkan
pengalaman yang berharga buat mama. Terlalu manis. Dan pastinya suamiku yang
banyak mendidik dan memberi semangat untuk aku menghadapi semua ini.
Sekarang bila rindu Maryam, cepat-cepat bayangkan dia yang
sedang bermain dan berseronok di Syurga. Main lari-lari ke hehe, macam-macam
nikmat ada. Sungguh, tak tergambar ketenangan dan kebahagiaan ini setelah apa
yang berlaku.
"Kita tak ada apa nak serah pada Allah. Apatah lagi nak
berjanji beri ketaatan kalau anak sembuh. Allah tak perlu apa-apa dari kita.
Kita yang perlu taat pada Allah. Ketaatan bukan kalau Maryam sembuh je. Apa pun
jadi pada Maryam, ketaatan pada Allah tetap kena beri. Kalau lah doa penuh
perasaan dan tangisan tu dah cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya
semua rakyat palestin, rohingya, mangsa banjir dan lain-lain dah terkabul
hajatnya. Tangisan kebergantungan mereka pada Allah jauh lebih kuat berbanding
kita. Ada benda lain yang Allah nak dari kita. Percaya dan cinta sepenuh
perasaan. Allah nak bagi syurga. Kita serahkan Maryam pada Allah" - Nasihat dari encik
suami yang cukup menenangkan. Ahhh...
Kembarnya, Marsya Farihah masih sedang berjuang lagi di nicu.
Hari ini cukup 16 hari. Doakan smile emoticon
P/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan, mendapat puluhan
ribu doa dan ucapan. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan terus
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Mama baba sayang Maryam. Tapi sayang Allah pada Maryam
melebihi sayang mama baba pada Maryam :')
Sebak aku membacanya, walaupun dah baca 3-4 kali. Tetap air
mata ni mengalir deras. Al fatihah buat adik Maryam Farihah. Moga kembar yang
sorang lagi bernama Marsya Farihah diberi kekuatan untuk terus bernafas di muka
bumi ini. Moga adik Marsya Farihah kembali sihat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
sebak hati baca...
sedih sangat.. InsyaAllah si anak akan tunggu ibunya di depan pintu syurga nnti..