Drama Babyana TV2 Episod Akhir

Sinopsis Episod Akhir Drama Babyana TV2 | Episod 13
Yana (Uqasha Senrose) dan Baby (Qistina) terlibat dalam kemalangan. Ibu Yana segera berjumpa dengan Datuk Bakri (Arash Mohd) dan Datin Suhaila (Zarina Zinuddin) untuk berbincang penyerahan jagaan Baby. Yana masih lagi di hospital.

Babyana TV2 episod akhir, sinopsis episod terakhir drama Babyana TV2 episod 13, gambar, pelakon, pengajaran drama Babyana TV2 episod akhir, last episode, ending Babyana TV2, episod kemuncak drama Babyana TV2 lakonan Uqasha Senrose dan Sharnaaz Ahmad, drama Baby Ana TV2
Drama Babyana di TV2 telahpun tamat [episod akhir - episod 13]

Adila (Ezzaty Abdullah) seperti orang hilang akal dan mengamuk apabila melihat Baby. Adila memaki hamun dan meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Yana. Baginya, Yana memang patut terlibat dalam kemalangan. Mendengar cemuhan itu, Lily (Reen Rahim) berasa berang lantas mempertahankan Yana. Tanpa sedar, Lily telah mendedahkan rahsia terbesar Adila!

Rupa-rupanya anak yang dijaga oleh Yana adalah anak Adila. Anak Adila bersama teman lelakinya. Awalnya, Adila ingin menggugurkan kandungannya namun ditegah oleh Yana. Yana sanggup mengambil tanggungjawab untuk membela bayi itu. Malah penyakit HIV yang dihidapi oleh Baby datangnya dari ibunya sendiri, Adila!

Seluruh keluarga merasa terkejut dengan pendedahan itu. Termasuk ibu Yana. Selama ini, dia bermasam muka dnegan anaknya kerana salah faham gara-gara kehadiran Baby. Ibu dan ayah Adila berang mendengar kenyataan itu. Adila melarikan diri selepas ditampar oleh ibunya. Hancur luluh perasaan hati seorang ibu.

Ray / Rahman (Sharnaaz Ahmad) juga dimarahi kerana bersengkokol dengan adiknya demi menutup aib adiknya. Dan kerana itu juga, hubungan cinta Ray dan Yana punah!

Ray berjaya menemui Adila yang kelihatan seperti orang gila di tengah jalan. Dia sudah tidak mengenali dirinya sendiri. Malah penyakit HIV yang dihidapinya bertambah serius. Ray berjanji pada orang tuanya akan sama-sama bertanggungjawab menjaga adiknya.

Ray pergi menemui Yana dan memohon maaf ke atas apa yang berlaku selama ini. Yana berkata dia telah lama memaafkan Ray. Namun peluang untuk terjalin kembali bersama Ray telah tertutup. Hati Yana begitu kecewa sebelum ini dan dia memutuskan untuk berstatus sahabat sahaja bersama Ray. Ray akur dengan keputusan Yana.

Yana bahagia meneruskan hidupnya bersama Baby. Walaupun bukan ibu sebenar, namun hubungan utuh Yana dan baby semakin erat. Yana amat menyayangi Baby. Lily kini menjadi model muslimah berhijab, begitu jua Yana. –Tamat-

 Pelakon yang menjayakan drama Babyana TV2 hingga episod akhir
Uqasha Senrose - Yana
Sharnaaz Ahmad – Ray / Rahman
Risteena Munim - Shikin
Reen Rahim - Lily
Dafi AF – Ash / Abu
Ezzaty Abdullah – Adila
Leeza Zain – Mak Minah
Kuza – Mak Munah
Arash Mohd – Datuk Bakri
Zarina Zinuddin – Datin Suhaila
Qistina – Baby 3 tahun

Gambar Drama Babyana TV2 Episod Akhir
Babyana TV2 episod akhir, sinopsis episod terakhir drama Babyana TV2 episod 13, gambar, pelakon, pengajaran drama Babyana TV2 episod akhir, last episode, ending Babyana TV2, episod kemuncak drama Babyana TV2 lakonan Uqasha Senrose dan Sharnaaz Ahmad, drama Baby Ana TV2
Episod akhir drama Babyana TV2

Pengajaran Drama Babyana TV2 Episod Akhir
1. Jauhi zina dan seks bebas.
2. Sedalam mana rahsia disimpan, pasti suatu hari akan terbongkar jua. Kebenaran pasti akan muncul di pihak yang benar.
3. Jika ada apa-apa masalah, berbincanglah dengan keluarga terlebih dahulu. Jangan dipendam keseorangan. Sebab mungkin akan mencetuskan salah faham dan merenggangkan hubungan.

Drama Babyana TV2 lakonan hebat Uqasha Senrose & Sharnaaz Ahmad:

Drama Babyana TV2 episod akhir telah pun disiarkan pada 20 Mei 2015
Hari: Selasa
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Yeayy.. berjaya follow cerita ni sampai ending. Nasib baik episod dia tak panjang.. =D

Laa dah habis ke? Haha. Sy prnh tgk episod awal awal je. Sekejap betul habis.

drama babyana tv2 ni berjumlah 13 episod je. tu yg habis cepat

cepat je drama babyana ni ditayangkan.

Mcm best jep baca sinopsis citer nie... InsyaAllah jap lagi try tengok (=
Heheee