Custom Made Sticker Kereta

Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda


Anda inginkan kereta anda kelihatan menakjubkan? Menjadi perhatian mata yang memandangnya. Juga ingin mempromosi perniagaan/produk/perkhidmatan/iklan hanya melalui lekatan sticker di kereta anda? Jom dapatkan custom made sticker kereta, ekslusif dari Car Stickers Malaysia.

Apa yang menariknya custom made sticker kereta


Terdapat pelbagai jenis dan rekabentuk sticker yang dihasilkan oleh Car Stickers Malaysia. Design bermacam! Memberi banyak pilihan buat pelanggan memilihnya. Haa…jika anda ingin tampilkan kelainan, anda juga boleh mereka design sticker anda sendiri. Custom made sticker kereta sememangnya terbaik! Memberi kelainan, kekreatifan, unik buat si pemilik sticker kereta.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Produk Shaklee dah sampai.. Yey!

As salam buat rakan pembaca,

Hari tu rakan blogger ada buat promosi untuk dapatkan produk Shaklee ni. Time tu Yumida belum lagi daftar jadi ahli. So, nak beli dengan harga runcit, agak mahai rasanya. Terbaca je dia buat promosi terus Yumida buat order.

GLA complex Zinc complex Alfalfa complex
Barang dah sampai…ho yeah…riang ria hatiku :)
GLA complex
Zinc complex
Alfalfa complex


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Hijabterkini.com

Ingin mencari shawl menarik dan mempesonakan? Juga ingin tahu cara menggayakan shawl? Dapatkan segera di Hijabterkini.com, sebuah website business online yang menjual kepelbagaian jenis shawl dan cara berhijab mengikut arus trendy! Ekslusif dari cantik berhijab dengan fesyen terkini shawl dari hijabterkini.com.

Sesiapa sahaja yang mengenakan hijab, pasti cantik dipandang, kelihatan manis menutup aurat. Siapa kata kalau kita berhijab kita tidak boleh berfesyen? No! no! no! Sekarang ada pelbagai cara kita menutup aurat dengan fesyen shawl yang stylista. Alhamdulillah, muslimah pasti kelihatan cantik berhijab dengan fesyen terkini shawl.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Fungsi bio health heater

Ingat tak sebelum ni Yumida ada sharing pasal bio health heater? Haa..sini Yumida sertakan fungsi atau kegunaan bio health heater ni secara terperinci. Mana tahu, ada sesiapa yang kurang pasti fungsi bio health heater ni, boleh cari info kat sini.

Fungsi bio health heater, kegunaan bio health heater
 Bio health heater
Harga: RM12.00

(1) Relief from Muscular pains during/after exercise or other sports activities.
(2) Keeps muscles warm after exercise or other sports activities.
(3) Relief from back-ache and other body aches.
(4) Keeps the bed and body warm when used as a bed heater.
(5) Helps in physical therapy.
(6) Convenient as a travelling companion.
(7) For the adventurous, can be taken along when going on Camping, Fishing, Mountaineering and other winter leisures & sports.
(8) Can be used as Cold Pack as well when refrigerated -
(a) Relief from fever
(b) Relief from burns
(c) Relief from muscular and body swelling pains.

Moga bermanfaat semuanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Hadiah bernilai RM200 sebab...

As salam buat rakan pembaca,

Baca kat komen tadi pasal entry Terima wang RM100 nilai berganda. Ramai yang tertanya-tanya. Penerimaan wang RM200 tu atas sebab apa.

Hadiah bernilai RM200 sebab..

Hadiah bernilai RM200 sebab..

Hadiah bernilai RM200 sebab..
Pertanyaan rakan blogger

Hadiah RM100.00 dari nile.com.my merupakan hadiah lucky draw. Aah seperti yang penganjur haritu maklumkan, nama pemenang akan disiarkan di page mereka bertarikh 23/01/2014. Disusuli dengan pemberitahuan melalui email. Actually, Yumida pun tak sangka. Buka je Facebook masa tu terus terpandang notification, ada orang tag. Bila buka. Wooo…dah diumumkan rupanya. Yumida salah seorang pemenang cabutan bertuah, dan memenangi hadiah RM100.00. Syukur Alhamdulillah…

Then, Yumida menerima mesej di handphone pasal pembayaran sebanyak RM100.00 ke akaun Yumida. Hepi..ngeee. Boleh kasi tambah duit untuk melancong nanti. Hadiah ni , Yumida dapat tempat ke-2 dalam kontes Ephyra anjuran blogger Eyriqazz. Alhamdulillah…rezeki lagi..seronoknya menyertai segmen/giveaway/contest.. Kita tak tahu kan, mungkin ianya bakal menjadi rezeki kita. So, kalau rakan blogger rajin sertai mana-mana segmen/giveaway/contest, insha Allah, salah satu mesti lekat nyer. Tapi janganlah terlalu mengharap. Kita join untuk suka ria je. Hihi.. Ada rezeki, alhamdulillah. Kalau tak terpilih, tak pe, kita join lagi segmen yang lainnya.

Sambil menyertai segmen/giveaway/contest, kita boleh menambah rakan maya, tambah follower blog, mempelajari ilmu yang blogger lain ada. Banyak lagi la. Itu pun kalau line tenet laju, kalau line tenet slow dan meragam, tak dapek nak join apa-apa. Huhuhu…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Cara menggunakan bio health heater

Cara merebus bio health heater:
Bungkus beg bio health heater dengan kain atau sapu tangan.
Rebus di dalam periuk selama 10 hingga 20 minit sehingga biji dalam beg cair sepenuhnya.
Kemudian, gunakan bio health heater sebelum ia kembali sejuk.

Amaran:
Gunakan untuk luaran sahaja.
Meletakkan beg bio health heater selepas direbus akan menyebabkan kulit kita melecur, jadi berhati-hatilah.

cara menggunakan bio health heater
 Bio health heater
Harga: RM12.00

Kalau Yumida lak, lepas beg bio health heater tu direbus, Yumida tukar kain yang digunakan untuk merebus tu tadi. Ganti dengan kain kering. Tapi jangan tebal sangat. Kain sederhana nipisnya.

Lepas tu, Yumida letak kat perut, kat sendi, kat belakang badan, kat tengkuk, kat tapak kaki. Best sangat!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Terima wang RM100 nilai berganda

Alhamdulillah…rezeki bulan Januari ni berganda-ganda.. Semalam menerima kiriman wang RM100.00 dari pihak nile.com.my dan juga menerima RM100.00 lagi dari pihak Ephyra. Syukur….

+
 


Totalnya……
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Jalan-jalan makan angin ke negara orang

As salam buat rakan pembaca,

Bulan Mac nanti, Yumida sekeluarga bakal ke Indonesia. Destinasi kami..ke Bandung dan Jakarta. Seminggu di sana. Then, ke destinasi ke-2 ke Hat Yai, Thailand untuk 3 hari. Excited ni…


Before ni, Yumida sefamily pernah ke negara jiran, Brunei Darussalam. Melihat budaya dan gaya hidup orang lain.. Seronok...

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Cara membezakan handphone kami

As salam buat rakan pembaca,

Masihkah korang ingat dengan entry ini?? Handphone kami sama! Sehati sejiwa tau! Haaa..ada di antara rakan-rakan yang bertanyakan, macam mana nak bezakan handphone kami. Jengjengjeng…jom kita bongkarkan rahsia…


Pertanyaan rakan blogger

Aah semua sama! Model handphone sama! Samsung Galaxy S4 I9505. Spesifikasi Samsung Galaxy S4 I9505. Warna putih sama! Casing hanphone sama! Erk..macam mana nak bezakan nanti..

Tak dinafikan Yumida sering tersalah ambik handphone. Nak rushing punye keje. Terus sambar handphone atas meja. 10 minit lepas tu, terkejut dengar bunyi mesej.”Salah ambik handphone!”. Terpaksa patah balik pulangkan untuk hb.

Cara membezakannya:

 Kelainan casing hanphone

Kelainan sreen protector handphone

Kelainan gambar home screen handphone

Haaa…macam tu la caranya. Actually, bez jugak kalau sama model handphone dengan yang tersayang, sebab apa..sebab boleh mempelajari dan bagi tunjuk ajar antara 1 sama lain. Before ni kami pakai Nokia, tetibe bertukar pakai Samsung agak janggal dengan button functionnya. Hb la yang banyak ajar Yumida cara gunakan handphone Samsung ni. Ermm..bez bez..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 generasi handphone kami sama: Samsung S4, Nokia C6, Nokia N70

Generasi apa erk? Generasi pertukaran handphone. Haha… Wokeh, buat pengetahuan rakan blogger sekalian, selama 3 generasi ni handphone Yumida dan hb semua sama model, sama brand. Sehati sejiwa katakan.. Huahuahua..sila muntah semua :)



samsung s4

Seronok ker handphone sama jenis? Ermm..bagi Yumida biasa je. Cuma yang beznya salah seorang pasangan kita akan bagi tunjuk ajar. Means, takde la kita terkial-kial nak belajar sendiri kan.

Apa pun model handphone, yang penting fungsinya boleh calling dan hantar mesej. Ni paling utama. Function lain, penting jugak untuk memperlengkapkan kita di zaman serba IT ni. Kan kan…wokeh tu je. Juz nak sharing kat u olls..pasal persamaan handphone kami. Hikhik..ngade sunggoh!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Siraplimau.com bongkar rahsia berumah tangga!

Siapa Siraplimau.com???

Terpandang url blog Siraplimau.com dengan taglinenya ‘Segar Lagi Menyegarkan!’. Dalam hati terfikir.. ‘Owh…sure blog masak-memasak ni’. Ditambah lagi dengan header bergrafikkan segelas air sirap limau, mmm..confirm! Mesti ada resepi menarik di dalam. Nak terjah!

Oh tidak!! Tiada perkongsian resepi yang ditemui..rupa-rupanya blog ini berkisar perihal rumahtangga. Ooo..patutlah blog ni menggunakan nama sirap limau. Masam-masam manis gitu.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Cara Jadi Ahli Shaklee dan Memulakan Perniagaan Shaklee

Cara Memulakan Perniagaan Shaklee Dan Cara Jadi Ahli Shaklee

cara memulakan perniagaan shaklee dan cara jadi ahli shaklee pengedar dealer distributor

Antara bisnes online yang betul betul sedang berkembang pesat ialah Shaklee. Sana sini orang cakap pasal Shaklee, persoalannya macam mana cara untuk memulakan perniagaan Shaklee?

Seronoknya berbisness Shaklee (Pengalaman Puan Mazni)
1. Sepenuhnya buat dari rumah
2. Boleh usahakan bersama suami
3. Modal serendah RM65 sahaja
4. Anak anak boleh bawa semasa gathering
5. Sistem 100% online. Tak perlu keluar langsung
Puan Mazni juga ada kongsikan di dalam artikel kelebihan daftar menjadi ahli shaklee. Meh terjah!

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Set Sendi Shaklee | Atasi Sakit Tulang Untuk Kesihatan

Set Sendi Shaklee | Sakit Sendi Dan Kesihatan Tulang Di Usia Tua

Adakah di kalangan rakan blogger mengalam sakit sendi? Atau ada ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan tulang. Sehingga sukar untuk beribadat dan melakukan kerja harian. Insyaallah Set Sendi Shaklee dapat membantu.

set sakit sendi shaklee kesihatan tulang harga dan cara makan
Inilah dia set sakit sendi Shaklee

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Cara semak point Bonuslink

As salam buat rakan pembaca,

Nak tanya u olls dah ada kad bonuslink? Kalau belum meh apply cepat-cepat. Bukan apa, dengan adanya kad bonuslink ni kita boleh dapat point bila kita beli sesuatu barang dari pihak mereka. Point ni boleh digunakan untuk tebus hadiah, voucher dan banyak lagi. Sangat menguntungkan!

Yang dah apply tu, diucapkan tahniah! Psssst! Selain daripada kita semak point bonuslink melalui cawangan mereka, kita boleh semak sendiri secara online. Mudah je! Meh Yumida ajar satu-satu.

Cara semak point Bonuslink
1. KLIK SINI untuk semak point bonuslink anda.
 2. CHECK POINTS – Isi nombor kad bonuslink anda (yang dalam kad tu)
3. Masukkan captcha di ruangan disediakan
4. Tekan check points
5. Then, taraaa! Points terkumpul anda dah diketahui. Mudah je kan.

Contoh:
Point bonuslink Yumida
Alahai ciput jer...hihihi

Selamat menyemak point bonuslink masing-masing. Pssst! Korang pernah redeem hadiah melalui bonuslink ni? Cer citer…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Mouse untuk lappy

Masa keluar hari Sabtu haritu, sempat singgah kat kedai komputer. Hb pergi tengok hot shower (Joven). Aku lak merayap kat bahagian lain, jenjalan sana sini.

Hot shower (Joven)
Hot shower (Joven)

Then, aku terpandang mouse. Yeah…inilah mouse yang aku cari. Yang wayarnya main tarik-tarik tu. Dulu ade gak beli, tapi wayar dia panjang, tak bez. Aku pikir…2-3 kali. Nak beli tak..nak beli..ker tak..


Inilah mouse yang bikin hatiku tak keruan

Last-last…aku pun beli. Yey! Dapat la memiliki mouse main tarik-tarik ni. Sejak sekian lama, aku mencari mouse macam ni. Merah youuuuu….
  
Mouse
Brand: my10’s
Harga: RM19.90
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL ke-28)

Anugerah Juara Lagu (AJL ke-28) telah pun bersiaran langsung malam semalam. TV3 bermula jam 9 malam sehingga 11.30 malam. Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL ke-28) telah diumumkan. Jom kita tengok!

custom

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28

Pemenang tempat pertama/ Juara Lagu:
Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip
Pemenang tempat ke-2:
Hanya Aku – Hyperact
Pemenang tempat ke-3:
Kalau Aku Kaya – Altimet & Awi Rafael

Persembahan Vokal Terbaik:
Jaclyn Victor
Persembahan Terbaik:
Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku)
Anugerah Lagu Mobile:
Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

Tahniah diucapkan buat semua pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL ke-28) kali ini. Kesemuanya mempamerkan kehebatan masing-masing. Juga buat Hafiz, congrats! Atas kemenangan Hafiz..moga sentiasa sukses dalam dunia hiburan. 

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓