Giveaway Saya Sayang Malaysia
Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..
Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia
1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"
2. Copy and Paste Code entry giveaway
3. Follow dan Like fanpage Sponser
4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….
Saya
sayang Malaysia kerana…
1)
…Malaysia aman damai. Rakyat hidup dalam
harmoni. Rasa selamat tinggal di negara sendiri. Even setiap hari berlakunya
kes jenayah namun kegiatan tu masih dalam kawalan pihak polis. Juga terkadang
berlakunya demonstrasi jalanan tapi keharmonian sejagat tetap utuh. Kukuhnya kedamaian
negara kita bak tertera dalam prinsip
Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan
Undang-Undang. Undang-undang yang menjamin keselamatan rakyat Malaysia. Sangat
berterima kasih pada barisan keselamatan dan pertahanan Malaysia.
2)
…rakyat Malaysia prihatin. Bertuahnya saya kerana menjadi salah seorang penduduk
bumi Malaysia. Jika disiarkan program kebajikan, ramai yang menghulurkan bantuan. Tidak kira agama,
bangsa…Melayu, Cina, Tamil dan
lain-lain lagi. Semuanya bermurah hati memberikan bantuan. Jika berlaku
kemalangan di jalan raya, masing-masing menawarkan diri membantu mangsa
kemalangan. Walaupun tanpa pertalian darah. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat
prihatin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni.
3)
…mempunyai ekonomi yang kukuh. Begitu besar
peranan perdana menteri kita dalam menerajui bidang ekonomi negara. Walaupun
baru-baru ini kita dikejutkan dengan krisis
kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter. Saya akur menerimanya. Andai
itu yang terbaik untuk memulihkan keadaan ekonomi kita. Juga telah disarankan
oleh mereka yang arif dalam pembangunan negara. Bayangkan jika keadaan negara
dengan ekonomi yang tidak stabil dan merudum jatuh, pastinya kita sebagai
rakyat akan terjejas teruk! Tapi Alhamdulillah, indahnya menjadi rakyat
Malaysia dengan ekonomi yang stabil dan
kukuh.
4)
…pemerintahan yang adil. Pembahagian
pembangunan yang sama rata buat semua negeri-negeri yang tertakhluk di bawah
Malaysia. Walaupun Sabah dan Sarawak nun jauh di sana dipisahkan oleh Laut China
Selatan. Namun, kami di sini juga merasai pembangunannya. Di bandar dibangunkan
pelbagai frasarana. Di desa diberikan kemudahan jalan raya, bekalan air,
bekalan elektrik. Seperti yang kita ketahui, begitu besar dan luasnya kawasan
Sabah dan Sarawak. Tapi pihak pemerintah
sangat adil dan bermurah hati, dengan memperuntukkan sejumlah dana sebagai
pembangunan. Moga bajet 2014 nanti,
kita akan mendengar lebih banyak isu pembangunan yang akan dibentangkan nanti.
5)
…pihak kerajaan sentiasa membantu mereka yang
kurang berkemampuan. Contohnya melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program e-kasih, bantuan ibu
tunggal, bantuan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU)
dan sebagainya. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
mereka yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, beruntungnya menjadi rakyat
Malaysia. Yang miskin dibantu, hulurkan tangan ringankan beban.
Malahan ia
bukan hanya menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah, malahan golongan umum
turut menerima faedah. Program lain antaranya Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), Bantuan Khas Awal
Persekolahan, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA
1Malaysia), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku
1Malaysia (BB1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma), Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA), 1AZAM, Coop 1Malaysia (Coop1M), Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia, Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dan banyak lagi!
6)
…perpaduan yang utuh! Seperti yang kita
ketahui, Malaysia amat kaya dengan pelbagai
bangsa, agama, kaum dan kesemuanya hidup secara harmoni. Saling menghormati
antara satu sama lain lantas mewujudkan perpaduan.
Sehinggakan konsep 1Malaysia itu
diwujudkan demi menyemai perpaduan sejagat. Alhamdulillah, gembiranya kita
apabila bangun dari tidur setiap hari memikirkan perancangan yang akan
dilakukan hari ini tanpa risau memikirkan tentang rusuhan kaum.
I’m proud to be Malaysian!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓