Langkah Keselamatan Untuk Elak Dipanah Petir
& Kilat
Macam
yang aku ceritakan dalam entry ni: Kes Maut
Dipanah Petir amatlah menggerunkan. Salam takziah buat ahli keluarga yang
terkena panahan petir. Walaupun diakui mangsa panahan petir berlindung di
sebuah pondok, namun ancaman dipanah petir tetap ada. Ada faktor-faktor
tertentu menjadi punca datangnya aliran arus kilat ke pondok tersebut.
Panahan petir yang dahsyat |
Ramalan
cuaca menjangkakan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk
beberapa minggu lagi, jadi orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan
keselamatan agar terhindar menjadi mangsa
panahan petir. Jom baca 10 tips perlindungan diri ketika berlakunya petir
dan kilat.
1.
HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda
melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu
berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2.
LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir.
Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan
untuk dipanah petir.
3.
JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM
turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4.
JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda
atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit
atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5.
CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan
(bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan
berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan
petir.
Cari tempat berlindung yang selamat ketika terjadinya kilat |
6.
Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit,
platform). Segera berlindung di tempat rendah
atau masuk ke dalam longkang kering.
7.
SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua
belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa
atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8.
JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan
kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di
luar tubuh anda.
9. DI
DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel
elektrik. JANGAN gunakan telefon,
melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap,
dinding, atau tiang.
10.
Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh
sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat,
walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi. Sumber: 10
langkah elak jadi mangsa panahan petir
Harap 10 panduan mencegah diri dari dipanah petir dan kilat bermanfaat
buat pembaca. Cuaca sekarang pun tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas
terik, sekejap hujan angin, hujan ribut yang mengundang ribut petir. Jadi,
sama-samalah kita berwaspada dan ambil langkah keselamatan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
salam jumaat, perkongsian yang menarik
thanks for sharing.
great sharing
Salam Jumaat Yumida, thanks for sharing :)
terima kasih atas perkongsian ,blogger Yumida :-)
wow good sharing. semoga bermanfaat for all.