Permainan TIBAU
Inilah rupanya '
TIBAU ' salah satu permainan tradisional kaum Melanau
Bermula
dengan seorang pemain, kemudian pemain ke 2 akan melompat ke atas pemain
pertama tadi, begitulah seterus pemain ke 3, 4, 5, sehingga Tibau tak boleh
berayun lagi.
Pesta
Kaul merupakan pesta yang diraikan oleh etnik Melanau Sarawak. Pada asalnya,
pesta kaul adalah perayaan selepas selesai musim menuai bagi masyarakat Melanau
di pedalaman atau pesta pantai bagi merayakan musim menangkap ikan bagi
masyarakat Melanau di pesisir pantai.
Pada
zaman dahulu Kaul merupakan upacara pemujaan dan penyembahan oleh masyarakat
Melanau pagan kepada dewa-dewa mereka yang digelar ‘ipuk’ oleh sesetangah suku
kaum Melanau. Upacara ini adalah bagi menandakan kesyukuran mereka kerana
diberi rezeki murah oleh ipuk mereka serta telah dilindungi dari malapetaka dan
wabak penyakit. Sebagai tanda terima kasih, mereka akan menyediakan sajian
berupa pulut kuning, sireh kapur berpinang, bertih padi dan rokok daun nipah
sesuai dengan rutin harian masyarakat setempat. Beberapa jenis kuih juga
menjadi sajian wajib yang akan diletakan didalam pinggan yang diperbuat dari
daun pokok nipah dan diletakan didalam bekas bertiang yang dipanggil , serahang
(seraheng).
Walau
bagaimana pun, upacara penyembahan (kaul) ini telah bertukar menjadi pesta
setelah ramai dikalangan masyarakat Melanau menganut Kristian atau Islam. Apa
yang anda lihat pada hari ini adalah perayaan bagi memperingati tradisi
peninggalan nenek moyang terdahulu dan tidak melibatkan sebarang pemujaan.
Selain
berbagai permainan dan tarian yang dipertontonkan kepada pengunjung tapak
pesta, satu permainan yang amat sinonim dengan pesta kaul Mukah ialah tibau seperti mana yg blh kita lihat pic di atas.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓