Tiada Adegan Berahi, Lakonan Romantik Melampau & Scene Bersentuhan
Aku
sangat menyokong pendirian pelakon Malaysia terkenal dengan wajah baby face nya
iaitu Izzue Islam. Yang mana pada
penghujung tahun lepas, Izzue Islam
mengatakan dia mula membataskan sentuhan terhadap pelakon wanita dan memberi
syarat tidak melakukan babak romantik.
Kredit
foto adegan intim,
berahi dan panas
Kalau
dibandingkan filem, drama mahupun telemovie zaman sekarang dengan zaman orang
dulu-dulu. Adoyai, seksinya mereka
berlakon. Pelakon wanita dengan berkain kemban, menggunakan tuala, mengenakan
pakaian nipis dan singkat. Zaman sekarang ada ok sikit even ada jugak yang menyerlahkan keseksian ketika berlakon.
Bagi aku, scene macam ni amatlah kurang selesa untuk dipertontonkan secara umum.
Apatah lagi bila yang tengok tu terdiri di kalangan kanak-kanak dan golongan
remaja.
Adegan Panas Dan Intim Dunia Lakonan
Kalau
part adegan intim tu, scene romantis yang ditonjolkan amat
keterlaluan. Masih lagi aku terbayang-bayang zaman kanak-kanak aku bila
melihat cerita Lenjan. Lakonan Datuk
Rosyam Nor dan Sofea Jane. Sampai dah besar pun aku masih ingat. Teramatlah
janggal nak tengok cerita sebegitu. Aksi ranjang yang berlebihan. Memandangkan
masa kecik tak tahu apa-apa, yang disiarkan kat tv tonton je la. Bila dah besar
baru boleh fikir sendiri.
Kenyataan Izzue Islam Berhubung Scene Bersentuhan
“Saya
tidak memilih watak, cuma ada had, tidak ada sentuhan. Ia untuk kebaikan
bersama dan kesejahteraan dalam rumah tangga. Ia juga langkah menjaga adat dan
adab antara lelaki dan perempuan”. - Izzue Islam
Kembali
kepada pendirian Izzue Islam, harap
semua pengarah menitikberatkan benda sebegini dalam penghasilan karya mereka. Scene yang kurang sesuai dipaparkan
kepada umum, boleh diganti dengan scene lain. Sebenarnya kalau tak ada scene
sebegini pun tak ada la sampai bagi impak buruk pada pembikinan filem atau
drama terbabit. Tak terjejas pun. Kalau mendapat pelakon yang berkualiti, yang
hebat menjiwai lakonannya di samping kekreatifan pengarah dalam kerjanya pasti
menghasilkan karya yang meletup!
Pelakon
tak suka adegan bersentuhan, romantik berlebihan, i sebagai penonton pun tak
suka menonton adegan sebegitu.
Info Izzue Islam:
Izzue Islam merupakan salah seorang anggota Forteen. Berstatus
seorang suami dan berasal dari Kelantan. Sering membintangi drama tv, filem dan
telemovie. Memang pelakon popular diminati ramai. Nak tahu lebih lanjut pasal Izzue Islam? Jom baca Biodata Izzue
Islam
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
baguslah macam tu...pelakon perlu ada cara macam tu...
Setuju dengan pendirian Izzue nie.. Sekarang nie nak buka tv pun seram.. Ye lah kita ada anak yg tengah membesar.. Curiosity dia tu membuatkan kadang2 diri terkedu untuk menjawab.. So penyelesaiannya memang x tengoklah drama Melayu.. Kalau tgk pun pilih juga...
bagus la
patutlah jarang tengok izzue islam dalam drama adaptasi novel lagi dah...he he he.... tapi baguslah dan betullah caranya tu....
Baguslah kita ni org melayu islam lg baik elakan adegan yg xelok tu...
makin ramai pelakon macam ni, makin terbuka la minda semua yang terlibat supaya menghadkan babak-babak tak sepatutnya dalam drama atau filem kan?mudah-mudahan..
nice sharing