Heboh
sekarang ni pasal beras tiruan yang
diperbuat dari campuran plastik. Beras palsu
ni khabarnya dari China. Bahaya woo kalau makanan tu mengandungi plastik. Bayangkan
korang tanpa kita ketahui, beras plastik
ni tersedia ada dijual di pasaran. Seram!
Kalau
kat rumah, kami beli beras tempatan. Kalau dulu kami beli beras lembut, sekarang
beli beras biasa je. Sebab kat rumah, kucing pun makan nasi jugak. Nasi campur
dengan ikan yang dilenyek. Ada 9 ekor kucing kat rumah kami. So, bila masak
nasi tu, sukatan beras memang dilebihkan. Sebab kucing-kucing ni kuat makan. Beli
beras tempatan, harga jauh lebih murah, kucing pun puas hati dapat makan
sekenyangnya. Sambung lagi kisah beras
palsu tadi tu..
Kandungan Campuran Pembuatan Beras Plastik
Beras plastik tiruan ni diperbuat daripada kentang, kentang manis
dan ditambah dengan resin sintetik bagi menyerupai bentuk beras yang sebenar. Beras tiruan macam ni sukar kita nak
kenal pasti. Sebab bentuk dan warnanya sama macam beras sebenar. Cuma bila beras
plastik tu dah masak baru kita tahu yang ianya adalah beras tiruan. Sebab rasanya
masih keras walupun dah dimasak.
Kesan Bahaya Beras Tiruan Plastik
Pakar-pakar
kesihatan dan pemakanan telah memberi amaran bahawa beras plastik tersebut
boleh membawa maut dan merosakkan sistem penghadaman.
Beras Plastik Dijual Pada Harga Murah
Mengikut
laporan, beras palsu atau beras plastik yang dijual boleh dibeli
dengan harga yang murah. Sama ada beras plastik ni dah masuk kat Malaysia
ataupun belum, ia tak dapat disahkan. Kini, seluruh negara Asia bimbang,
khuatir jika beras tiruan yang
diperbuat dari plastik ni di bawa masuk secara sembunyi masuk ke dalam negara
masing-masing. Sebab cara sembunyi ni sukar nak kesan. Macam orang seludup
barang.
Jadi,
berwaspadalah kita tentang beras
plastik ni. Moga-moga beras tiruan ni belum sampai ke Malaysia.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
bahayanya..huhu
ish²...bahaya...
dah sudah ada beras plastik pula...
Ada terdengar jugak pasal benda ni. Nak beza mana ori gan tiruan yang susah tu, lepas masak tetap keras?? Erks.
dunia sekarang, makanan pun banyak yang dah tak sihat..huhuhuhu
dulu dengar telur saja , sekarang beras pun ada . China mmg pakar dlm produk tiruan :l
terima kasih atas perkongsian sekarang saya boleh jadi detektif untuk mengenal pasti beras tiruan :-)
memang ada ke beras ni. ke dibuat untuk hiasan. memang dijual utk makan ke
beras ni memang wujud. dibuat utk makan. buatan china. tapi tak masuk malaysia.