Masalah Simkad Celcom Prepaid Disekat (Tak
Boleh Topup & Reload)
Aku
ada 1 simkad data Celcom jenis prepaid
yang aku gunakan khas untuk online internet je. Memandangkan di kediaman kami
dah ada wifi, so penggunaan simkad data Celcom ni tak diperlukan
sangat. Dah nama ada wireless internet, haruslah guna dengan sebaiknya! Jimat
duit nak topup simkad data Celcom prepaid
setiap bulan.
Namun,
simkad data Celcom prepaid amat-amat
diperlukan ketika balik kampung. Tanpa simkad ni, tak dapat la nak online bila
berada di kampung. Nak dijadikan cerita, aku terlupa nak topupkan simkad data Celcom prepaid ni. Al
maklum la tengah syok online pakai wifi
je. Bila dah dekat nak balik kampung, aku gelabah bila aku check kat tempoh
expire simkad data Celcom prepaid dah
nak dekat nak tamat! Simkad Celcom bakal expired!!
Tak boleh semak baki kredit 'BAL' bila Simkad Celcom Prepaid disekat atau di block |
Aku
pun segera topupkan. Masalahnya, topup aku tak masuk. Tak boleh topup atau reload. Tertera ayat macam ni keluar depan
screen tablet ‘No signal found for
mobile networks’. First aku ingatkan, takde line telefon, tapi aku tengok
kat bar tablet, full je line handphone.
Kemudian,
aku cuba check balance kredit. Nak
tengok berapa baki kredit yang
tinggal. Aku pun dail BAL dan sent ke nombor 2888. Pun sama jugak, tak dapat
nak akses ke rangkaian Celcom. Tertera ‘No
signal found for mobile networks’.
Simkad Celcom Disekat Tak Boleh SMS &
Buat Panggilan Keluar
Risau
tak dapat reload (topup) untuk simkad
data Celcom prepaid, akupun buat sedikit search kat Google. Ada yang bagi
pandangan suruh dail nombor 1111 Celcom
Careline. So aku pun try jugak. Masalahnya aku tak boleh dail guna simkad
tu. Langsung tak boleh. Bila aku cuba hubungi Celcom Service Center (Customer Helpline) menerusi nombor 1111 tu keluar ayat macam ni ‘Not registered on network’. Sah! Simkad data Celcom prepaid aku disekat!
Tak boleh buat panggilan keluar 'CALLING OUT' bila simkad Celcom prepaid dalam fasa termination phase 1 |
Tempoh Aktif Simkad
Celcom Prepaid
Kalau
diikutkan, simkad aku belum lagi kategori ‘expired’ pasal masih lagi belum melebihi tempoh 2 bulan. Sebab kalau
simkad kita tak ditopup melebihi 2 bulan (60
hari) nombor simkad kita akan dinyahaktif (dilupuskan). Perkhidmatan simkad
kita dihentikan (terminate).
Cuma
dalam kes aku ni, simkad aku tak ditopup atau reload dah melebihi 50 hari. Di mana dalam tempoh tu (hari ke 50 hingga hari
ke 60) nombor simkad aku disekat.
Tak boleh reload, tak boleh topup, tak dapat SMS, tak dapat call keluar.
Jika berlaku masalah simkad celcom prepaid disekat hubungi talian khidmat pelanggan Celcom nombor 1111 |
Cara Aktifkan Simkad
Celcom Prepaid Daripada Disekat
Solusinya
hanya satu, pergi ke cawangan Celcom berdekatan dan minta mereka aktifkan
nombor simkad aku kembali. Bayaran RM30 akan dikenakan, dan nilai tersebut akan
masuk ke dalam kredit telefon. Settle. Tapi aku tak settle lagi, pasal tak
dapat keluar dalam masa terdekat ni. Huhuhu.. sedih.. sobs sobs…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
kena selalu beringat tu...
Hehehe.. nampak gayanya cam kena beli simkad baru je..
ye la kan kena beringat selalu
huhu macam2 hal
tak penah ada pengalaman camni..
ke kena beli simkad baru
Dulu ada beli prepaid celcom untuk kegunaan kat kg. cantik nombor dia. Sekali tak topup lebih 3 bulan..terus tak aktif dan tak boleh rectivate balik kata customer service...kecewa..
nice sharing
nampaknya macam kena beli baru lah ni ya.. tak sampai dua bulan lagi dah disekat la pulak ye...
Nak jimat gna ni..hanya berkongsi
http://onexox-simkad-jimat.blogspot.com/
http://simcards.onexox.im
nice blog