Sinopsis
Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3 Slot Akasia
Dia Isteri Luar
Biasa mengisahkan Dewi Yusra (Nur
Fathia Latiff) yang mencari suami sementara
bertujuan untuk mendapatkan anak melalui hubungan nikah yang sah. Berbagai ujian
saringan dilakukan ke atas calon suaminya namun kesemuanya tidak memenuhi kriteria
yang Dewi inginkan.
Malah Kamarul (Keith
Foo) yang turut dikenali Cik Kem turut sama
mengambil bahagian. Namun ditolak mentah-mentah oleh Dewi. Mana tidaknya, Dewi
begitu geli dengan perwatakan Cik Kem yang begitu lembut, seakan encik sotong. Tidak
dapat Dewi bayangkan, anaknya nanti juga selembut Cik Kem.
Eda (Nonny
Nadirah │ Noni AF5) merupakan teman rapat Dewi. Malah mempunyai
seorang anak perempuan yang begitu rapat dengan Dewi sehingga menggelar dirinya
mama. Eda sering sahaja didera suaminya, dek kerana itu Dewi sering mempertahankan
Eda. Dewi membenci layanan kasar dan sikap kaki perempuan suami kepada rakan
baiknya. Mungkin kerana itu juga Dewi terlalu memilih dan cerewet pasal
jodohnya.
Masa silam sering menghantui Dewi. Dia
masih terbayang-bayang betapa ganas sikap ayahnya yang sering memukul ibunya. Peristiwa
hitam itu memberi kesan ke atas hidupnya. Dia tidak mahu mempercayai lelaki. Namun,
kerana ingin menunaikan hajat hatinya yang inginkan anak dari rahimnya sendiri,
dia memutuskan akan mengahwini lelaki di kalangan gen terbaik, terhebat, alim
dan bijaksana.
Siapa sangka hajat Dewi bakal
tertunai. Seorang jejaka kacak bernama Raden Amzar (Shukri
Yahaya) telah lama jatuh hati padanya. Raden mempunyai
pakej yang cukup lengkap! Memenuhi standard calon suami digariskan Dewi. Malah Raden
tidak bertepuk sebelah tangan. Dewi turut sama menaruh hati pada dirinya.
Calon
yang tepat dan sesuai telah ada di depan mata! Dewi merencana sesuatu agar
Raden menjadi miliknya. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah
secara rahsia di Kota London.
Selepas Dewi disahkan mengandung,
rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal
apabila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam
kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih
belum boleh menerima dirinya lagi.
Hari berganti hari, Dewi makin sayang
akan suaminya. Raden sedaya upaya menjaga Dewi dengan sebaiknya. Apakah yang
akan berlaku apabila kakak Raden yang begitu kuat menjodohkan Raden dengan
gadis pilihannya? Apa reaksi kak long Zahara (Siti
Elizad Sharifuddin) bila mengetahui isteri adiknya tidak
seperti gadis yang dia jodohkan untuk adiknya?
Apa perasaan ibu Raden, Umi (Puan Hjh
Ziela Jalil) bila mengetahui anaknya telah berkahwin dengan wanita lain tanpa memaklumkan
padanya? Adakah Nurul Fateha (Leez Rosli) juga turut sama menaruh perasaan terhadap
Raden? Saksikan segalanya dalam drama Dia Isteri Luar Biasa di slot
Akasia.
Gambar
Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3
Tonton drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) di kaca tv anda:
Novel Dia Isteri Luar Biasa Karya Novelis Umie
Nadzimah
Saksikan drama Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia
Tarikh drama Dia Isteri Luar Biasa
mula disiarkan: 18 Mei 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
belum pernah tengok lagi..huhuhu