Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

16 Mei 2015, hari bersejarah buat semua golongan pendidik. Siapa pendidik? Pendidik yang menyampaikan ilmu, yang memberi tunjuk ajar, yang salah diperbetulkan, memberi contoh teladan yang baik. Kami semua yang bergelar anak murid menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang guru curahkan selama ini. Terima kasih cikgu!

Ucapan selamat hari guru, tema hari guru 2015, Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak, kisah zaman sekolah rendah dan guru besar sporting, cabaran jadi guru, kata-katang penghargaan buat warga pendidik, hari guru malaysia
Tema Hari Guru tahun 2015

Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Dari sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah sampai ke universiti guru tanpa lelah dan jemu mengajar kami tentang ilmu dunia dan ilmu kehidupan. Ooops, zaman tadika tak masuk list. Pasal aku dulu tak masuk sekolah tadika. Kat kampung masa tu tak ada sekolah tadika. So, amat beruntung sesiapa yang berpeluang masuk tadika, sebab dari kecik lagi dah diajar ilmu asas sekolah.

Kenangan Zaman Sekolah Rendah & Guru Besar Yang Sporting

Kenangan paling best masa kat sekolah rendah. Dalam kepala asyik nak main je. Habis sekolah pergi main. Kat sekolah boleh belajar sambil bergurau dengan kengkawan. Oh ya, guru besar kami tak garang tau. Masa darjah 4, subjek bahasa inggeris di ajar oleh guru besar. Orangnya suka bercerita. Topik hangat cerita pasal dia pergi mengail. Haha, anak murid pun layan je la.

Kalau guru besar suruh bersihkan rumah kuarters dia, kami suka curik-curik makanan dia. Makan roti. Tapi dia tak marah pun walaupun tahu kami ambil makanan dia. Lepas tu kami siap mintak mi maggi dia sekali. Time tu mahal woo maggi. Mana ada duit perbelanjaan pergi sekolah. Dengan bersihkan rumah guru besar, dapat la merasa betapa enaknya mi maggi time tu. Kenangan!

Ucapan selamat hari guru, tema hari guru 2015, Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak, kisah zaman sekolah rendah dan guru besar sporting, cabaran jadi guru, kata-katang penghargaan buat warga pendidik, hari guru malaysia
Ucapan Selamat Hari Guru

TEMA HARI GURU TAHUN 2015  

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Zaman sekarang makin mencabar tugasan guru. Malah banyak kes pasal guru dan murid dilaporkan kat kaca tv. Moga semua guru kentalkan hati mendidik anak murid. Sematkan kesabaran tinggi dalam diri. Ikhlaskan hati untuk mengajar. SELAMAT HARI GURU..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Salam, pemenang segmen "Kucing Saya Hebat!" sudah diumumkan :)
http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/05/keputusan-pemenang-segmen-kucing-saya.html