Alhamdulillah,
dah seminggu aku pasang iklan Innity
ni di blog. Sebelum ni aku ada pasang jugak, tapi terpaksa remove Innity pasal Nuffnang
tarik balik status glitterati aku
menjadi non-glitterati. Lama dah
kisah ni, tapi baru-baru ni aku pasang balik. Al kisah: Innity
Punca Status Nuffnang Jadi Non Glitterati
Jana pendapatan blog dengan pengiklan Innity |
Nak tunggu permohonan iklan Innity
ni diluluskan, punya la lama. Aku ingatkan blog aku tak lepas. Tak memenuhi
syarat mereka. Lepas 3 minggu baru mereka email dan bagitau yang blog aku dah
diluluskan: Permohonan
Iklan Innity Diluluskan. Gembiranya aku. Walaupun pada masa yang sama aku
risau bab letak iklan ni guna kod HTML. Al maklum la aku ni tak terer sangat
bab coding tu semua.
Kriteria & Syarat Memohon Iklan Innity:
Pageviews
blog minimum 200,000 setiap bulan
Unique
visitors blog minimum 40,000 setiap bulan
Syarat kelayakan baca SINI
Isi
permohonan Innity anda di SINI
Yang di atas adalah syarat asas nak
mohon iklan Innity. Untuk keterangan lebih lanjut, klik link syarat kelayakan dan baca terma mohon Innity secara terperinci untuk
fahami peraturan ketat yang digariskan oleh pengiklan Innity buat publisher di
kalangan blogger.
Pihak
Innity sangat strict dalam memilih dan menilai blog sebelum permohonan kita
diterima. Segala aspek akan dinilai. Malah blog kita akan dipantu (observe)
sebelum permohonan Innity diluluskan.
Syarat Yang Perlu Dipatuhi Dalam Sesebuah Blog Sebelum Memohon Innity:
-
blog tak boleh "under construction". Mungkin merujuk pada blog yang
dalam proses pengeditan.
-
kandungan blog tidak boleh mengandungi bahan bacaan orang dewasa seperti gambar
seksi, artikel lucah, video porno, link website seks dan sebagainya.
-
tidak boleh langgar hak cipta orang lain.
-
blog tidak boleh mengandungi audio/video download, online streaming dan
perkongsian fail.
-
blog wajib di update sekerapnya (setiap hari)
-
trafik blog tidak boleh diperoleh dengan cara terlarang. Boleh rujuk dalam
syarat kelayakan tersebut. Ada dinyatakan dengan lebih details.
Jika Permohonan Innity Tidak Diluluskan?
Ini berlaku
jika permohonan kita ditolak, di reject atau tidak diluluskan oleh pihak
Innity. Ada cara untuk membuat permohonan semula. Buat permohonan semula
selepas tempoh 30 HARI dari tarikh permohonan kita ditolak.
Permohonan Innity diluluskan di blog ni pada 13 November 2014 |
Jika berminat
nak pasang iklan Innity dan
rasa-rasanya memenuhi segala syarat di atas, jom daftar Innity dengan segera. Oh
ya, korang juga boleh mohon iklan Geniee
SSP. Pengiklan dari Jepun. Bayaran dalam bentuk mata wang dollar. Syarat permohonan
Geniee SSP sama macam di atas. Boleh baca di sini: Cara
Daftar & Sign Up Iklan Geniee SSP
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
sik layak lagik blog kamek nak mohon iklan tok
40,000 uv sebulan. Blog Sha belum sampai tahap gitu, huhu.
40k Yumida..memang tak layak lah kak ana , habis kuat pun di GA dapat 20k je haha ,all the best Yumida.
Owh blog akak memanglah tak layak kowt... hehe...