Kekayaan
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau
rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya
tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai banyak
harta.
Kita selalu
mendengar perkataan berkat, tapi bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan
yang sebenarnya daripada Allah?
Berikut adalah 11 cara untuk mendapatkan
keberkatan:
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah
sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim atau miskin kalau boleh setiap hari.
6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan
pujian dan sebagainya.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat)
perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah: berikan sesuatu yang kita sayangi
(rujuk surah Ali Imran ayat 92)
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat
(dunia untuk akhirat –
bukan dunia untuk dunia).
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan).
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Orang yang
bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan
(belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Sabda Rasulullah,
sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah
walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi
sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas,
insyAllah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah
digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
Amalkan ilmu
yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta –
belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita
tidak ketahui.
Sumber: www.iluvislam.com
*Perkongsian
kita di hari Jumaat ni..moga mendapat manfaat darinya.
SALAM RAMADHAN HARI KE-7
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓