Sinopsis Drama Babyana TV2

Sinopsis Drama Babyana TV2 | Review Baby Ana TV2

Babyana mengisahkan seorang wanita bernama Yana (Uqasha Senrose) yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada anaknya yang berusia 3 tahun, Baby (Qistina). Hubungan Yana dan ibunya tegang apabila ibunya mendengar berita kehamilan Yana. Pelbagai fitnah dilemparkan ke atas Yana hingga membuatkan ibunya membenci Yana.

Di kota, Yana membuat kerja sambilan sebagai modeling. Ketika itulah Yana berkenalan dengan Ray / Rahman (Sharnaaz Ahmad). Ray jatuh cinta terhadap Yana dalam diam. Perlahan-lahan Ray mendekati dan mengambil hati Yana. Siapa sangka, cinta Ray terbalas. Melihat keikhlasan Ray, Yana menerima Ray dengan hati terbuka. Ray ingin membawa hubungan mereka ke arah lebih serius.

Hubungan Ray dan Yana dicemburui oleh Shikin (Risteena Munim). Ini kerana sejak dari dulu lagi, dia menaruh perasaan terhadap Ray. Namun cintanya tak terbalas. Shikin merencana ingin menghancurkan hubungan Ray dan Yana. Shikin mengupah Ash / Abu (Dafi AF) untuk menyoal selidik latar belakang Yana.

Ada satu rahsia besar yang dipegang oleh Yana. Rahsia itu disimpan serapinya. Ketika berkenalan dengan Ray, Yana memberitahu dia adalah anak yatim piatu. Namun, selepas Shikin membongkar kisah keluarga Yana, Ray begitu kecewa. Dek kerana itu, Ray membuat keputusan ingin memutuskan hubungan dengan Yana.

Walaupun sedih, Yana akur pada keputusan Ray. Di rumah, Yana cuba bermuhasabah diri untuk menghadapi perasaan sedihnya. Rakan serumahnya iaitu Lily (Reen Rahim) sentiasa memberi kata-kata positif buat Yana.

Serabut dengan permintaan ayahnya yang ingin berjumpa dengan bakal isterinya, Ray memutuskan untuk membawa Shikin berjumpa orang tuanya. Pada awalnya Datin Suhaila (Zarina Zinuddin) tidak berkenan terhadap Shikin. Datuk Bakri (Arash Mohd) menyambut kehadiran Shikin dengan terbuka. Tambahan lagi, Shikin adalah anak kepada sahabatnya.

Adakah Shikin bakal menjadi isteri Ray? Akan kembali bertautkah cinta Ray dan Yana? Siapakah ayah sebenar Baby? Saksikan segalanya dalam drama Babyana di TV2. Episod kemuncak: Babyana TV2 Episod Akhir

Gambar Drama Babyana TV2

Sinopsis Babyana drama TV2, Baby Ana TV2 lakonan Uqasha Senrose, review Babyana TV2, gambar dan pelakon Babyana TV2, Babyana episod akhir, lagu tema, Babyana episod akhir, Original Sound Track OST Babyana TV2

Drama Babyana merupakan drama terbaru yang menggantikan drama Parut Cinta sebelum ini. Apa yang menarik, drama Babyana ini dilakonkan oleh pelakon hebat Sharnaaz Ahmad dan pelakon si jelita Uqasha Senrose. Teringin nak tahu ending drama ni. Sama-sama kita tengok drama Babyana hingga episod akhir k.


Drama Babyana lakonan Uqasha Senrose

Sinopsis Drama Babyana TV2, Sinopsis Babyana drama TV2, Baby Ana TV2 lakonan Uqasha Senrose, review Babyana TV2, gambar dan pelakon Babyana TV2, Babyana episod akhir, lagu tema, Babyana episod akhir, Original Sound Track OST Babyana TV2


Tonton Babyana di kaca tv anda:
Pelakon Drama Babyana TV2

Saksikan drama Babyana
Tarikh Babyana mula disiarkan: 29 April 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

Sinopsis macam menarik. Tapi siaran pukul 1 petang. Mmg susah la nak tengok. Kena tengok online la kot. Btw jom singgah blog sy :)

aah jam tak cun sangat
boleh record drama babyana tv2 ni kalau ada astro pvr
tak pun tengok secara online

sharnaaz ahmad berlakon mesti best

dah tengok semalam satu episod. cerita ni cerita lama ye? sebab uqasha tak bertudung dlm cerita ni..

rasanya kot
sebab dalam drama babyana ni uqasha tak pakai tudung
sekarang kan dia dah berhijab
shoot untuk tahun yang lepas2

macam best jer...lebih2 g bila sharnaaz berlakon..


sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com

baru tengok tadi. nampak gaya macam best. pelakon pun hebat hebat belaka.