Jenama
Yeo’s sudah tidak asing dalam diri Yumida. Kebanyakkan barangan dapur sama ada
minuman atau makanan, tertera Yeo’s pada label pembungkusan. Mengapa harus
Yeo’s? Jenama lain tak berkenan ke? Bukan tak berkenan, Yeo’s dah sebati dalam
diri ini bermula dari generasi turun temurun dari ayah dan emak.
Melalui
pengalaman Yumida sendiri, produk Yeo’s menampilkan bahan mentah berkualiti,
bersih, halal! Sememangnya rasa berpuas hati dengan penggunaan produk Yeo’s.
Sentiasa memberikan mutu terbaik kepada pelanggan mereka, haaa macam Yumida ni
la. Jom selongkar diari Yumida bersama Yeo’s.
-ZAMAN SEKOLAH RENDAH-
Air soya Yeo’s penghilang dahaga dan pemberi
tenaga! Rasanya
bukan sahaja sedap, malahan mengandungi khasiat. Air soya Yeo’s diperkaya
dengan susu soya dan berasaskan kualiti soya yang tinggi. Ia mengandungi rendah
lemak, tiada perisa tambahan, tiada tambahan warna dan juga tidak mengandungi
kolestrol. Mengamalkan minum air soya Yeo’s, ianya membantu Yumida dari segi
perkembangan otak, melambatkan penuaan, mempertingkatkan kadar metabolisme dan
membantu mengawal berat badan.
Susu
kacang soya jugalah peneman ketika Yumida mewakili sekolah untuk pertandingan sukan. Pecut 100 meter,
larian berganti-ganti dan marathon. Yumida juga pernah menjulang kejayaan
mendapat tempat ke-3 bagi acara pecut
100 meter. Juga mendapat tempat ke-2
bagi pertandingan badminton. Yumida sememangnya aktif bersukan. Berbekalkan
susu kacang soya, Yeo's pilihan hatiku
memberikan Yumida energi dalam bersukan.
Penyertaan
larian wawasan (marathon) sejauh 2 km
Susu
kacang soya juga menjadi peneman Yumida tatkala menjalani latihan nasyid. Setiap tahun Yumida terpilih bagi
mengikuti pertandingan nasyid. Bermula di darjah 3, 4, 5 dan 6. Menjalani
latihan nasyid begitu meletihkan, bayangkan selesai sahaja habis waktu sekolah,
Yumida dan rakan-rakan terus berlatih nasyid selama 1 jam setengah. Rakan-rakan
lain mengadu lapar, mengantuk, lesu.. Berbekalkan air soya Yeo’s, ianya memberi tenaga buat Yumida. Membasahi tekak yang kering kontang, memberi lontaran vokal yang tinggi dan
lantang.
Susu
kacang soya juga peneman ketika Yumida bersahur
dan berbuka puasa di bulan Ramadhan. Ianya membekalkan protein buat tubuh badan Yumida. Walaupun badan lesu di bulan puasa, namun protein yang disalurkan memberikan Yumida energi sepanjang hari. Kes tak sempat bersahur! Tak sempat minum air soya - badan rasa lemah, letih, tak bermaya..lebih-lebih di dalam kelas, asyik lemah gemalai
je. Tu la, siapa suruh lambat bangun! Huhuhu.. Susu kacang soya kini diperbaharui dengan perisa terbaru seperti air soya
bandung, air soya jagung dan air soya kacang hitam. Banyak variasi! Yang
pastinya semuanya Yumida suka! Sedap!
-ZAMAN SEKOLAH MENENGAH-
Sekolah menengah, Yumida tinggal di asrama. Ada kalanya 2-3 minggu baru
balik. Ayah selalu melawat Yumida ke asrama, membawa buah tangan. Apa lagi..air
kotak soya lah! Sampai berkotak-kotak ayah bawa. Banyak! Sebab ayah tahu anak
dia ni peminat air soya Yeo’s. Khasiat yang terkandung dalam air soya membantu
Yumida dari segi perkembangan otak. Kelebihan yang terdapat dalam susu soya
dan protein soya memberikan
Yumida nutrisi yang mencukupi, memudahkan
proses pembelajaran di dalam kelas. Mudah faham dengan cepat apa yang guru
ajar. Mempunyai daya tumpuan yang baik dan daya ingatan yang kuat.
Yumida
juga menerima anugerah ‘Rakan Nilam’
kerana mempunyai rekod yang baik di pusat sumber. Keaktifan Yumida ke perpustakaan melayakkan Yumida menerima
anugerah tersebut. Bayangkan, anugerah tu hanya diberi buat 10 pelajar seluruh tingkatan
5. Yumida salah seorangnya. Hihi.. Rakan-rakan kata mereka penat, tak
kesampaian nak mengulangkaji dan membuat pinjaman di pusat sumber. Alhamdulillah,
khasiat yang disalurkan melalui air
soya memberi Yumida tenaga berulang
alik ke perpustakaan.
Penganugerahan
Rakan NILAM [Program Nadi Ilmu Amalan Membaca]
Setiap
tahun Yumida sertai perkhemahan unit
beruniform. Seronok! Sebab berkhemah di luar kawasan sekolah, persekitaran
hutan. Sebelum sesi perkhemahan, Yumida menyediakan bekalan diperlukan. Apa
lagi, kena bekal air soya yang mencukupi. Al maklum la, bila berkhemah ni, air
sangat diperlukan. Dah semua sibuk dengan khemah dan pelbagai aktiviti,
pengurusan air tak terjaga. Jadi, dengan adanya air kotak soya ni, membekalkan keperluan nutrisi badan yang mencukupi.
Memberi tenaga untuk membina tapak khemah, menyertai sukaneka perkhemahan unit
beruniform. Ianya juga menjimatkan masa
kumpulan kami. Tak perlu nak angkut air dari sungai, masak air, bancuh air, nak
tunggu air tu sejuk baru minum. Kumpulan kami sentiasa awal bersiap sedia, tak
kena hukum macam kumpulan lain yang lambat. Hmmm..kenangan manis!
-ZAMAN UNIVERSITI-
Awal
kemasukkan ke UMS, semua mahasiswa/mahasiswi diwajibkan sertai program ODEC iaitu outdoor
program. Yang latihan ala-ala PLKN tu. Buat climbing wall, high ropes,
water activity, jungle navigation dan banyak lagi. Macam-macam aktiviti lasak. 2
minggu sebelum ODEC, Yumida buat persediaan. Beli air isotonik. Lama juga memilih di pasar raya, banyak jenama,
banyak perisa. Tetibe Yumida terpandang ‘isotonik Yeo’s H-TWO-0’, terus Yumida
rembat! Air isotonik ni penting
sebab apabila kita melakukan aktiviti sukan, badan kita akan mengeluarkan banyak peluh, dan ianya
perlu dineutralkan semula bagi mengelakkan badan kita terhidrasi. Atau
dalam bahasa mudah, untuk elak kekeringan air dalam badan. Haa…dengan air isotonik
Yeo’s H-TWO-0 ni, Yumida bebas berolahraga tanpa bimbang akan terhidrasi.
Penyertaan
Out-Door Development Centre (ODEC)
Tahun
ke-3, tahun terakhir Yumida di UMS. Masa tu berat badan Yumida mendadak naik! Bayangkan
sebelum masuk ‘U’ berat badan asal 65 kg, tetibe di tahun akhir dah macam donut
dah. Berat mencecah 82 kg. Rasa risau, gelisah, hilang keyakinan,
malu. Bila memikirkan Yumida bakal menempuh alam pekerjaan, berdepan
temuduga..risau bertambah ganda. Then, Yumida ambik tindakan drastik menjaga pemakanan, berjoging setiap
petang. Pada masa yang sama, Yumida amalkan minuman yogurt dan baked
beans.
Kawan-kawan rekemen yogurt bagus untuk berdiet, baked beans pulak sebagai pengganti nasi. Rendah lemak. Yumida disiplinkan diri sendiri untuk capai target kurus. Ambik masa la jugak. Alhamdulillah..memang mendatangkan hasil. 8 bulan selepas tu berat badan Yumida turun ke 70 kg. Sehingga sekarang, masih lagi mengamalkan program diet.
Kawan-kawan rekemen yogurt bagus untuk berdiet, baked beans pulak sebagai pengganti nasi. Rendah lemak. Yumida disiplinkan diri sendiri untuk capai target kurus. Ambik masa la jugak. Alhamdulillah..memang mendatangkan hasil. 8 bulan selepas tu berat badan Yumida turun ke 70 kg. Sehingga sekarang, masih lagi mengamalkan program diet.
Haaa..selain
suka akan air soya, Yumida juga suka akan jus
pink guava Yeo’s. Sedap! Walaupun ditinkan, jus pink guava masih terasa!
Rasa macam minum di kedai makan. Lebih senang lagi apabila kita boleh bawa pink
guava ni ke mana-mana. Sebab apa? Sebab jus pink guava ni dijual dalam bentuk pengetinan. Boleh letak dalam kereta, atas meja, dalam beg dan
sebagainya. Dengan minuman berjus pink guava, ia mempercantikkan kulit Yumida. Nak tahu pasal apa? Sebab jus pink
guava ni membekalkan 10 kali ganda vitamin C! Yumida selalu bekal jus pink
guava ni ketika menghadiri mesyuarat, kursus atau seminar.
Yeo’s PET Bottle peneman setia Yumida semasa berjalan jauh. Pernahkah
kita terfikir semasa berjalan jauh, kita inginkan
minuman yang mudah disimpan dalam kenderaan. Sama ada dalam kereta, van,
bas atau kapal terbang. Nak beli minuman tin, tapi takut tak dihabiskan. Macam
mana nak simpan, takut tertumpah. Nak beli minuman kotak, leceh sebab perlu
beli yang ada penutup. Kalau yang pakai cucuk straw pasti mengundang kehadiran
semut.
Perjalanan
Yumida balik dari Mukah ke Kuching mengambil masa selama 11 jam dalam kenderaan. Kalau menaiki kapal terbang memakan masa 1
jam 10 minit. Kini, Yumida tak perlu risau nak beli minuman tin atau minuman kotak,
sebab Yumida pilih Yeo’s PET Bottle. Menampilkan
produk PET Bottle sebagai minuman botol yang segar dan semulajadi! Kalau dalam kapal terbang Yumida akan bawa Yeo’s PET Bottle berisi 350ml. Tapi
kalau dalam kereta sendiri Yumida
akan bawa saiz yang besar 1.5 liter.
Nak minum senang, boleh dibuka, boleh
ditutup, senang untuk disimpan. Teh ais limau pilihan Yumida. Memberi
kesegaran sepanjang perjalanan.
Kicap pekat Tong Nam Yeo’s sangat popular di Sarawak dan ia digunakan
oleh keluarga Yumida semenjak dahulu lagi. Kualiti
kicapnya pekat, sedap, enak dan lazat. Dengan kicap Tong Nam, Yumida selalu
makan bersama nasi kosong, dicampurkan ke dalam bubur, juga digunakan sebagai
perisa tambahan dalam penyediaan masakan. Contohnya untuk memerap ayam,
menggoreng mi, untuk masakan hitam dan sambal kicap. Sedap! Memandangkan kicap Tong Nam ni pekat, kuantiti kita gunakan sedikit. Memang jimat sebab boleh dipakai
dalam tempoh yang lama.
Malahan
kicap Tong Nam popular digunakan untuk kenduri
besar-besaran. Macam kenduri kahwin abang Yumida hari tu, 2-3 gelen kicap
Tong Nam dibeli. Bagi Yumida, kicap Tong Nam menambah kesedapan masakan di samping mengekalkan kualiti rasa bahan mentah. Itu yang penting! Kicap Tong
Nam sememangnya bermutu tinggi!
Nak
tengok kat Youtube? KLIK SINI
Saranan untuk membangunkan
produk Yeo’s:
Hasilkan
produk minuman berasaskan buah-buahan tempatan seperti rambutan, nanas, mangga
dan tembikai susu. Pengetinan jus segar! Yang mana bahan mentahnya mudah
diperoleh, kesemuanya mengandungi khasiat yang tinggi! Paling penting, ianya
perisa kegemaran orang ramai. Mudah dipasarkan.
Memandangkan
produk Yeo’s terkenal dengan susu kacang soyanya. Yumida cadangkan bangunkan
vitamin tambahan dengan supplement: energizing soy protein. Mungkin untuk 10-15
tahun akan datang. Jenama Yeo’s pun sudah cukup kukuh di Asia dan luar negara. Dengan
kajian dan penyelidikan, tak mustahil Yeo’s boleh menjadi pengeluar supplement
bagi produk energizing soy protein, yang berasaskan kacang soya yang berkualiti
tinggi.
Nak
tengok kat Youtube? KLIK SINI
Haaa…itulah diari Yumida bersama produk Yeo’s. Yeo’s pilihan hati Yumida, pilihan
keluarga, pilihan orang ramai! Yeo’s dah sebati dalam kehidupan Yumida. Jom
berkenalan dengan syarikat Yeo’s. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau lebih dikenali
sebagai Yeo's merupakan syarikat berasaskan produk makanan dan minuman. Jenama
Yeo’s sangat terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Slogan ‘Pilihan Semulajadi’ begitu
berkesan, yang mana rata-rata jenama Yeo’s menjadi pilihan orang ramai. Yeo’s
menghasilkan produk yang bermutu tinggi, mementingkan kesegaran, bahan
semulajadi, khasiat dan menekankan rasa yang lazat di samping baik untuk
kesihatan orang ramai. Sebab itulah Yeo’s sentiasa nombor satu di hati Yumida!
Hebahan
buat semua rakan blogger, sertai majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 yang diadakan pada 8 Mac bertempat Saloma
Bistro. Untuk menyertai bersama - klik banner di bawah untuk pendaftaran.
Pastinya
rakan blogger juga pernah merasai keenakan produk Yeo’s. Sedap! Terbaik!
Memuaskan hati! Berkualiti! Berkhasiat! Halal! Jom sama-sama kita SHARE kisah ini di facebook dan klik
button Google+ pada artikel ini.
Terima kasih.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
168 comments
yg air soya tu memang sedap xD selalu jugak beli soya jenama yeos
soyaa... i like :D
tengah cari idea nak buat contest ni. Jemputlah datang ke blog akak yer..ada kejutan
feveret teh hijau dan teh kundur. :)
kerang tu nampak cam biasa , tapi bila dah kena review dengan sis Yumida,wajib cuba ! :'D
Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Yumida...suka minuman soya ni...apa jenama pun Diana suka yang penting Soya...hehe..
soya terbaik entri ini
Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
Suka kacang panggang Yeo's ^__^
Ya!...produk Yeo's bagaikan sudah sinonim dengan kehidupan kita dari generasi ke generasi.
Semoga berjaya Yumida...support anda! :)
air soya yeos wajib ada dalam peti sejuk :)
kerang dalam tin?
first time dengar,camne ea agak2 rasa dia tu,hermm~
Btw,saya pun suka soya jugak (>-<)
air soya sangat sedap. tapi tak boleh minum selalu. tak elok. huhu
#hana dah tukar url. visit ASHA HANA :)
kicap ya ng xpat tinggal.. hehe
sudah minum ini hari, esok minum lagi^^....
good luck^^)
Paling suka cincau yeos huuuuuu
Suka soya jagung.sedap lak kerang tu sis.
produk yeos ni memang terbaik, pilihan turun temurun..
akak join ke SBB tu?
Suka soya^^
Assalamualaikum, produk yang telah lama dipasaran. yeos Penaja utama SBB ke?
Memang sedap2 produk yeo' ni
selamat berjaya yer =)
All the best Yumida.. :)
yeos pilihan hatiku....
x join. join segmen dia je :)
aah yeo's penaja utama majlis SBB
Pencarian Sponsor http://babysiiwan.blogspot.com/2014/02/pencarian-sponsor-untuk-giveaway.html
air soya 2 yg sllu bli...sdp :)
btw follow sini.follower #3831.slmt b'hjng mggu
http://izzah-norlizah.blogspot.com/
soya yeo's mmg sedap,, huhu
baru nak tanya..ingat yumida pegi SBB2014
I like Yeo's Chrysanthemum drink!
bagus laa Yeo's buat program macam nie..blogger2 macam kita kadang2 memang memerlukan syarikat2 koprat macam Yeo's ini untuk membantu aktiviti blogger...hehe
Regards,
-Strider-
minum Yeo's masa panas-panas camni..best (Y) tahniah sis Yumida
waaaahhhh... kena beli yeos lah lepas ni sebagai pilihan...
Nak sangat pergi tapi time tu ada kat Miri lah. Kalau ada geng turun dari Miri boleh lah hehe
Yeos pilihan kita jugak..Good luck yumida...
Assalammualaikum,..yumida,
wahh.. bagus gak join segmen yeos nie.. yeos jenama yng tak asing lagi kan..
mselim3
Yeos memang best! ^^,
yeo's pilihanku
Assalamualaikum yanggg, semoga berjaya dan murah rezeki ya. sheila suka minum susu yeos. sodappp (",)
air soya n teh bunga fav kalo produk yeos ni... selalu beli kotak yg besar minum sambil2 buat kerja :D
Assalamualaikum Yumida
saya pun suka prodak Yeos
akak suka minum air soya yeos.. segar je rasanya.. semoga perjaya dalam contest ini yumida.. menabung nivea.. :D
saya suka air soya yeos tu :>
banyak lagi rupanya produk yeos ni kan..favourite sekali soya :)
Wow.. mcm best je kerang tu.. rasa nak cuba lah.. yeos mmg feveret saya terutamanya air teh bunga & soya.. all the best Yumida.. :)
a ah..lya setuju..\oernah beli sardin yeos masa banjir bru2 ni..mmg x diakui..sardin dia mmg sdp..
soya yeos tu pon mmg sedap
yeos mmg sedap..
makanan dlm tin sedap..
and air pun sedap.. i very like
kreatifnya entri ni! in shaa Allah boleh berjaya ni. hehehehe
Yeos minuman anak2 Fuza terutamannya SOYA. fresh
teringin jugak nak pergi. tapi jauh. dah la duduk kat pedalaman ni. hihi.. dgn beronline je jd pengantara. memang bertuah rakan blogger yg dpt sertai majlis SBB tu.
hihi..tengkiu..
yumida pun peminat yeo's
klo berbula puasa bulan ramadhan, air soya mesti ada
Serius sangat kreatif dengan kartun tu..Terror juga yumida buat kartun ya...
Soya yeo's memang fav akak dari dulu sampai skrg.. tak nak dh yg soya lain.. =D
Btw go luck yer yumida..
Jarang sangat nak jumpa KICAP tu.... mee CINTAN pun dah kurang promosi skang - mungkin diorang fokus pada minuman je kan
wah siap ada doodle sebagai modelnya , menarik entry nih...ada chance monang nih...!!!
PM sudah SHARE G+ ya...=)
all the best for the contest ye
assalamualaikum yumida...semoga berjaya yer...:)
Saya suka. Kreatif !
yeo's nang best. hehehe
semua kerana yeos yeah...sedap sangatkan
produk yeo's memg best
Teh ais limau tu memang terbaik.. Beli jenama lain tk berapa sedap.. ade yg terlampau masam.. huhu//
Wah menarik nyer...
soya jugk menjadi pilihan hati. hehehe
:)
Done klik for you.. Good luck...
Nice introduction on Yeo's Products!
moga berjaya yumida..
nice share
Yeo's memang terbaik!!!
Hoho... never try kicap pekat yeos tuh...
All d best n gd luck sweety
yeo's memang terbaik
good luck tau yumida
saya dah tekan apa2 yang patut. hehe :)
ada chance nak menang ni.good luck yumida :)
all the best, yumida!
soya cincau sedap.. dasyat la cara penulisan yumida.. kagum betul fiza...
all the best,Yumida!
gudluck sis!confirm menang ni..amin:)
comel doddle bersama produk Yeos..Good Luck yer. Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.
All the best yumida...banyak info...ada kicap soya kat sana yea....kat sini mungkin akak tak perasan....paling suka teh bunga dan air kundur sungguh menyegarkan...
Zumal rasa Yumida boleh menang nie ;) entri hebat!!!
Hebat-hebat daripada alam kandungan hingga ke dewasa (kini) produk Yeo's sebagai teman makan dan minum. Itulah dia kehebatan produk ini. Siap dengan video klip lagi. Amat meanrik sekali. Semoga berjaya.
Terbaik entry ni... cayalahhh !! :D
sama la..soyanya terasa..sedang2 je rasa manisnya
sama! kita geng! hihi
yey...dpt special dari akak...makasih :)
dah jengah kontes yeo's akak..terbaik..suka resepi tu..menyelerakan!
yumida suka air soya, teh, jambu batu, kelapa..hmm yummeh! menyegarkan!
haha.. rajin nya edit gambar.. letups model tu.. :) licha suka soya cincau
kikiki..tergoda la tuuuuuuuu
sedap kan bila mkn dgn nasi panas!
sama la yumida pun peminat soya...tapi soya yeo's ni unik sikit, ada kepepekatan soya dlm airnya, manisnya sedang2...terbaik!
sokong..hihi..amalkan peminuman soya! baik untuk kesihatan :)
yup sama! kita geng! hihi
sedap kacang panggangnya...letak dlm burger, dlm sandwich, dalam omelette..yummy!
tu la kan BM..dah sebati dalam kehidupan..dari generasi ke generasi...turun temurun
lagipun ianya terkenal sebab berkualiti, halal..semestinya yeo's..pilihan bijak pengguna..ehem2 yumida la tu..kikiki
yup..sama la..setiap kali keluar mesti rembat 3-4 minuman/makanan yeo's. memuaskan hati..
kari kerang..pernah dengarkan? sedap.. cer try beli nanti
kita baby soya..yeyyyyy
tak elok? first time dengar. tengok dalam kajian dia, soya bagus untuk kesihatan kita. cuma kurang digalakkan untuk membuat air soya sendiri, takut tanpa disedari ianya tercemar. effect pd kesihatan kita, itu yg yumida pernah baca. kalau dari segi pengetinan, ianya terjamin bersih dan menyihatkan. wallahua'lam.
aok sama la. kicap tong nam tok pemes kat sarawak jak. rasanya kat semenanjung xda kali. sidaknya pun x tauk gilak kicap tong nam tok. pekat..nang jimat jak mun dipakei.
yup..minum hari2. minuman yg menyegarkan! kan kannnn
yup! kalau demam kan, cincau ni bagus untuk redakan panas dlm badan.org cina selalu minum cincau bila demam.
bulan puasa lak, juz campo dlm air soya n letak ais. perghhhh sedap kak!
aah sama. yg soya jagung tu sedap! beznye kalau dpt layan saat gini. kerang kari pun sedap. dimakan bersama nasi panas.
betul tu..sokong sangat kat akak! turun temurun..dari generasi ke generasi
sama la..kita geng! lagipun air soya sgt berkhasiat!
terima kasih. semua sedap! sebab tu ianya produk turun temurun. produk yg dipercayai dari segi kualitinya.
makasih saudara khir :)
hihi...yeo's kini dimiliki 2 hati..yumida n jamian
moga mendapat tajaan yg ramai. all d bez. thanks sudi singgah :)
sama la. soya sgt berkhasiat n menyegarkan. kalau keluar mesti pilih soya yeos. makasih sudi singgah n follow. salam perkenalan.
yup! sokong sgt dengan adib. ianya terbaik berbanding brand lain. dari segi kualiti soyanya, rasanya, manis pun sedang2 je.
teh diminum ketika cuaca panas memang bez! menghilangkan kelesuan. menyegarkan! like yeo's tea.
aah sokong sgt dgn strider. pd masa yg sama brand yeo's dpt diperluas n diperkukuhkan lagi. sekarang ni bukan sahaja yeo's jd penaja, malahan ada lagi penaja tambahan lain. alhamdulillah. mereka memang sporting n baik hati. klo x silap penaja dr ephyra, yg 1 lg tu lupa namanya.
yup sokong! coz minuman yeo's tu menyegarkan! terbaikkkkkkk!
aah itu suatu kemestian...hihi. rasai kehebatan yeo's. meneroka alam kerongkong. menyegarkan!!!!!!!
tu la...teringin jugak nak pergi...sure heboh n meriah. boleh berkenalan dgn blogger hebat, timba ilmu walaupun tempoh singkat. yg beznya ada cabutan bertuah. hadiah awesome. seronok sgt...tapi tak dpt pergi..yumida lagi jauh. kat kawasan pedalaman ni. nak kena ambik 2 flight baru sampai.
yup sama! kita geng..hihi
wsalam mselim. aah yeos sgt pemes n popular. bukan kat malaysia je, kat asia n luar negara sekali. sangat terkenal!
yup sokong sgt! sangat2 bez! yeo's terbaik!
aah sama dgn kak ina. yeo's sentiasa menjadi pilihan yumida
sama la...soya terbaik! teh mengarkan tatkala diminum ketika cuaca panas. klo pergi market sure rembat 2 kotak besar air soya. sedap!
wsalam atuk. yup! kita sama atuk :) semestinya jatuh cinta dgn yeo's
yey..makasih sis aiza :) aah yumida pun peminat soya yeo's. terbaik dari kualitinya.
yup kita sama!! soya yeo's terbaik
yup sama dgn yumida. suka akan soya. sedap airnya.
cer try pastu mkn dgn nasi panas. terbaik! sama la yumida pun suka teh dgn soya. pendek kata semua produknya sedap2 la.
aah sardin dia menyelerakan. time banjir apa2 makanan pun dirasakan sedap. hihi.. yup yumida pun suka soya yeo's. menyihatkan.
yup makanan n minuman yeo's semuanya sedap. tetibe telan air liur. kes lapar dah ni, teringat air soya, jambu batu, kari kerang..kacang panggang...yummeh!
aah soya sgt menyegarkan n memberi tenaga kan kak...
kikiki...makasih. belajar lukis kat youtube since 2012. pakai excel je. kalau pakai adobe photoshop lagi bagus coz hasilnya aewsome. tapi yumida x reti pakai software tu. huhu... alhamdulillah, berkat ingin belajar. terhasillah doodle di atas. hihi. haish..tetibe malu...makasih abg eyriqaz sudi support artikel yumida. abg eyriqaz blogger otai yg low profile n peramah :)
sama la kak. soya dari yeo's memang terbaik. berkhasiat! makasih atas kata2 sokongan akak :)
mi cintan tu sejak azali lagi ada. kenyal mi nya compare dgn mi lain yumida prefer mi cintan. cuma kengkadang selalu tengok kat supermarket cepat habis. alahai..x sempat nak rembat..
kicap tu pulak popular kat swak..kat semenanjung x pasti ada x dijual.
doodle comei lote..thanks atas klik g+ nya. done jugak support artikel papa mifz. terbaik.. yg percutian tu kan..nice!
thanks cik lily atas kata2 sokongan. ho yeah!
wsalam mama mz. makasih atas doa di atas :)
makasih encik hariz! sure jatuh cinta dgn doodle..
aok eh bena kata ktk..yeo's nang terbaik! berkualiti! bermutu tinggi!
yup sokong akak! hihi..
yup! sanagt sokong..terbaik kan kan
yup sgt sokong. yumida pernah merasai pengalam mcm hana. ada yg over masam. kurang suka. yeo's sedang2 je rasanya.
menarik..tertarik..meh pilih yeo's
yup sangat setuju! yeo's memberi kepuasan buat kita. soyanya sedap n menyihatkan.
thanks akak yg sporting. moga akak dimurahkan rezeki :)
thanks for supporting me :) yup! yeo's the lagend brand!
thanks pcl yg sporting :)
yup...sharing benefit yeo's product for all :)
yup sokong zumal! yeo's forever di hati.
kicap tong nam kebiasaannya famous di sarawak. kat semenanjung x pasti ada x di market kan. thanks support yumida :)
yup sokong sgt. yeo's terbaik! makasih boni kacak. yumida pun dah klik g+ boni. kreatif video boni. lagu dia bez. boleh peminat mintak autograph? hehe
thanks atas kata2 sokong dri farisya. semua peserta hebat2 belaka. memasing dgn idea kreatif. yumida pun x pasti..inshaAllah..sama2 kita doakan. moga yumida de rezeki. aamiin.
thanks smartan dad
yup yumida pun suka cincau campur ngan soya..terbaik!
thanks maszie :)
ramai peserta hebat2 belaka. yumida pun x pasti. apa2 pun doakan untuk kejayaan yumida. insha Allah,jika ada rezeki. aamiin.
hihi..comel kan kannn. thanks sudi klik g+yumida :)
makasih kak sukma. yup yumid apun minat teh yeo's. segar bila diminum ketika cuaca panas.
aah. membesar bersama yeo's. dari kecik sampai k besar. olwes yeo's. all d bez jugak buat saudara kamil.
makasih cik amal atas sokongan
sama la yumida pun suka soya+cincau. bez utk berbuka di bulan puasa. yeo's pilihan terbaik kan kannnn
makasih atas kata2 sokongan dari zumal. moga sama2 kita berjaya. insha Allah...
Patutla macam kenal jer sijil ODEC tu.. Rupanya ex student UMS gak ye.. Hehehe.. Kos apa ekk dulu sis? =)
jenama soya mmg sedap... nak tanya boleh tak?? hari tu yumida ada komplen entry yang di post xkeluar kat feed kan.. so how now??dah setel ke?? nak tahu setel macam mana.. naniey punya makin teruk.. dah beberapa hari update blog tapi xkeluar kat feed...
aah soya memang terbaik! penuh berkhasiat!
yg pasal masalah feed tu. x tahu solusinya mcm mana. dulu, yumida biarkan je. lepas beberapa hari, dah ok dah.
mcm kenal je..macam pernah tgk je sijil tu. kan kan
kos business
thanks acik..
all d bez utk msmw 2014 acik..msmw bagus utk penjenamaan blog
ohh akak UMS ehh duluuuuu , jumpa kt SBB nanti :)
semoga berjaya yumida..!
aah...ex student...
SBB x dpt join..jauh..kat pedalaman ni..teringin gak nak join..tgk yg lain join, cam meriah je, macam havoc je..apakan daya...huhu
oh ya..maybe time tu yumida cuti..sefamily ke indonesia..jln2 mkn angin
jarang dpt keluar jauh ni, sekali keluar tu haa ke negara seberang..hihi
segmen yeo's ni org kata open, tu la yumida sibuk join jugak..hihi
thanks nur atas kata2 sokongannya
nur memang sporting! semua entry yumida nur komen. terbaik! blogger peramah :)
smoga ada peluang yg cerah. good luck sis :-)
xdpt nk join sbb dh tutup.huhu
ppsstt: sgt cntik itu doddle :D
makasih kak support yumida. insha Allah kalau ade rezeki. aah kontes ni ditutup awal hari tu 11hb kot kalau tak silap. hihi..doodle itu tersipu-sipu malu..ada org puji katanya :)
semoga berjaya Umi =)
Yana dtg dr contest yg sama ..Hehe..
http://www.yanasakura.my/2014/02/yeos-pilihan-semulajadiku.html
Oh ya..Yana dah tekan G+ kat artikel nie =)