KLIK BANNER UTK JOIN
Pagi Raya aku bangun seawal pagi untuk
mempersiapkan aneka lauk untuk dihidangkan pada pagi tersebut. 3 a.m aku mulai
memasak nasi, membantu emak di dapur menumis rencah, masak daging rendang, ayam
kari, sayur dan bermacam hidangan lain. Mood nak beraya. Bangun pun awal.
Kemudiannya, aku mengelap balang kaca
untuk meletakkan biskut di dalamnya. Memotong kek Raya, dan menyusun di dalam
bekas yang disediakan. Potongan kek jugak harus seragam, so nampak cantik bila dihidang nanti. Cawan untuk tetamu minum juga aku bersihkan. Basuh dan
terus dilap. Kemudian, di susun cantik-cantik di atas meja. Supaya senang nak
ambil dan memudahkan kerjaku apabila menghidang air buat para tetamu.
Air bikarbonat aku letakkan dalam
bekas yang besar yang kedap udara. Kemudian dicampur dengan ais. Air disediakan
awal sebab pada hari Raya pertama, tetamu yang terdiri di kalangan kanak-kanak
datang menziarahi rumah kami. Sangat awal! Budak-budak excited nak sambut Raya katakan. Actually, ada benda lain yang membuatkan diorang teruja nak datang beraya awal..nak duit Raya dari tuan rumah. Hehe...
Jam 5 a.m aku meluangkan masa untuk
bertemu denganNya. Selesai sahaja solat Subuh, aku menyambung semula aktiviti
tergendala di bahagian dapur. Segala peralatan memasak...kuali, sudip, sudu,
pinggan, cawan, periuk, ku basuh..ku gosok sebersih-bersihnya. Sisa-sisa
percikan minyak dan rencah di bahagian dapur gas ku lapkan.
Seterusnya aku menggosok baju Raya. Baju
kurung untuk diriku, jubah ibuku, baju melayu suamiku dan baju ayah.
Selesai menggosok baju, aku membantu
suamiku memasukkan wang angpau ke dalam sampul Raya. Angpau untuk emak, ayah,
anak-anak buah, angpau buat adikku, makcik-makcikku dan juga angpau buat
budak-budak yang datang beraya. Biasanya diperuntukkan RM2 untuk setiap budak
yang datang bertandang. Angpau untuk budak-budak hanya diberikan pada hari Raya
pertama je. So, beruntunglah diorang kalau datang ke rumah pada hari pertama
tersebut.
Jam 7.45 a.m kami sekeluarga
bersiap-siap ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sahaja sembahyang raya
dan beramah mesra dengan orang kampung. Kami menziarahi kubur. Mendoakan arwah
ibu yang telah lama meninggalkan kami.
Seterusnya, aku sibuk kembali ke dapur
untuk menyiapkan lauk-pauk dan diletakkan ke dalam kontena. Di kampung kami,
sesi makan bersama-sama dan bertukar makanan biasanya diadakan pada pukul 11
a.m. Bertempat di masjid. Seronok rasanya melihat kemeriahan penduduk kampung
dengan pelbagai juadah yang tersedia.
Jam 2 petang kami sekeluarga telah pun
berkumpul. Kini tibanya saat gembira dan sedih. Kami bersalaman meminta maaf
antara satu sama lain. Situasi yang penuh emosi. Usai sahaja bersalaman, duit
Raya dihulurkan. Tanpa mengira yang tua dan muda semuanya merasa kegembiraan
menerima angpau Raya. Nilai wang bukan menjadi faktor pengukur. Yang penting
kehepian semua orang mendapat sampul Raya. Riuh rendah jadinya.
Jam 5 petang kami mengunjungi rumah
sanak saudara yang terdekat. Raya pertama katakan...semangat berkunjung dari
satu rumah ke rumah berkobar-kobar. Tambahan lagi tersedia juadah menanti
kedatangan kami sekeluarga. Ada yang bertanya resepi kek, resepi biskut, rahsia
membuat rendang yang awesome rasanya. Siap ade yang bergosip-gosip. Haha...itulah
kemanisan bila kita dapat berkumpul beramai-ramai.
Jam 8.30 malam..selesai sahaja solat
Isyak aktiviti membuat asap mula menular. Umpama berperang je bunyinya. Aku seperti
biasa, main bunga api jenis dawai dengan anak-anak buah. Manakala suami aku
pula, main bunga api 16 das. Syok! Berdentam-dentum. Pancaran bunga api yang
pelbagai warna menghiasi ruangan langit. Korang nak tahu. Acara bermain mercun
dan bunga api bermula selesai sahaja habis solat Isyak sehingga ke tengah
malam! Syok wooo.... Seronoknya berhari Raya :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓