Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3)
Siapa
ada tengok drama TV3 tayangan pukul 7.00 malam tu? Drama terbaru menggantikan
drama Hati
Perempuan berjudul Dia
Isteri Luar Biasa (DILB TV3). Serius, aku tergelak geli hati tengok watak yang dipegang oleh Keith Foo.
Lakonan macam ni baru best! Baru syok nak tonton setiap episod!
Keith Foo dalam drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3). Lamaran kena tolak! Siap kena 'dush' lagi dari Dewi. |
Dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, Keith
Foo memegang watak sebagai Kamrul atau nama glamournya Cik Kem. Seorang designer dalam mereka hias dan memasarkan produk
pelanggan. Walaupun muka nampak ganas
dan macho, serta badan ketul-ketul sasa, lakonan Keith Foo nampak menjadi!
Sedaya upaya ciri-ciri ‘auw’ disuntik dalam dirinya. Serta pergerakan
tangannya yang tak pernah diam. Sambil bercakap, haaa tangan pun ikut sekali. Memang
nampak lelaki lembut la.
Drama slot Akasia jam 7 malam: Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3) |
Drama DILB lakonan Keith Foo & Nur Fathia
Latiff di TV3
Lelaki lembut versus perempuan
ganas dan kasar, haaa cun sangat u olls berdua! Siapa lagi kalau bukan si Dewi Yusra lakonan Nur
Fathia Latiff. Tergelak-gelak aku tengok. Al
kisahnya macam ni, Dewi tugaskan Cik Kem untuk cari calon suaminya. So, Cik Kem
pun aturkan temujanji si Dewi. Macam-macam gelagat calon suami yang Dewi
interview namun kesemuanya tak berkenan di hati. Jadi, dalam diam Cik Kem pun ada
menaruh perasaan kat Dewi. Ingat lelaki
lembut takde perasaan???
Cik
Kem berkira-kira nak aturkan temujanji ‘paling
hot’ kat sebuah restoren mewah. Masa tu si Dewi tak tahu lagi yang hot date
tu di plan oleh Cik Kem. Masa masuk dalam restoren, Dewi pun kagum dengan
pilihan restoren tersebut. Mahal, ekslusif, nampak sangat taste bakal suaminya
seorang romantik.
Cik
Kem berselindung di sebalik topi, sambil ubah suaranya yang lembut sebelum ni
ke suara jantan. Macam-macam ayat
puitis keluar dari mulut dia. Nak tackle hati si Dewi lettew! Lepas tu kan,
Dewi macam dah tahu, lelaki depan dia tu, dia syak si Cik Kem (encik sotong). Mengamuk la Dewi bila
dapat tahu yang Cik Kem pun turut sama nak jadi calon suaminya. Habis kelopak
bunga jatuh kat lantai, marah punya pasal, Cik Kem mengadu sakit ‘teradui-adui’ je kena pukul dengan
bunga.
Lelaki lembut nak simpan misai &
janggut!!
Lepas
insiden tu, Dewi takmo lagi jumpa Cik Kem. Cik Kem pun cuba bermuhasabah diri. Sebab
apa si Dewi takmo terima lamaran dia. Padahal baginya dirinya dah cukup hensem,
Cuma lembut je yang ada. Cik Kem
merencana nak simpan misai pulak. Mana tahu boleh jadi lelaki sejati di
mata Dewi. Kelakar sangat-sangat! Hadoi…
Scene Keith Foo sebagai lelaki lembut menerusi drama DILB TV3 lawak, kelakar & menghiburkan!!! |
Lakonan Keith Foo hebat & semulajadi!!
First
time aku tengok Keith Foo bawa watak lelaki lembut. Sebelum ni, selalu
jadi hero, jejaka hensem, kacak, macho, cair la hati wanita aku tengok. Macam
dalam drama Ariana Rose
tu. Malah Keith Foo pun ada jugak bawa watak antagonis, lelaki pendera, kasar
dan ganas menerusi drama Kasih
Berbisik. Jahat sangat dia dalam drama tu, gerun pulak aku tengok. Drama DILB TV3 ni pula watak sotong, semua
masuk! Memang pelakon hebat la!
Tonton drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) di kaca tv anda:
Novel Dia Isteri Luar Biasa Karya Novelis Umie
Nadzimah
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
Kann. Menjadi betul watak dia
memang kelakar pun..badan ala2 sado tapi lembut..
Mmg best drama ni.hehe
best kan
Ok nak tgk jgk la.